Saturday 31 August 2013

Taman Topiary Levens Hall Di England

Taman Topiary adalah taman di mana pokok-pokok yang terdapat disitu diukir dan di trim ke dalam bentuk tertentu untuk menghasilkan pemandangan yang cantik. Taman Topiary di Leven Hall ini sudah berusia 300 tahun dan berkeluasan 10 ekar. Untuk menghasilkan landskap yang menarik seramai 4 tukang kebun diketuai Chris Crowder telah menghabiskan 6 bulan untuk memotong dan mencantikkan lebih 100 batang pokok di taman Leven Hall itu dan dia telah bekerja di situ selama 26 tahun. Pokok tertinggi di taman itu ialah pokok payung iaitu setinggi 30 kaki dan jangan terkejut pokok di situ bukan sekadar hiasan, ada sesetengah pokok disitu dibina bangku dibawahnya untuk dijadikan tempat berteduh.


 

No comments:

Post a Comment