Wednesday, 14 August 2013

Farnborough FC - Pasukan Bolasepak Yang Unik Dan Dibarisi ' Pemain Bintang '

Biasanya jika sesebuah pasukan itu menandatangani kontrak dengan penaja , maka dengan itu nama penaja akan digunakan untuk unsur komersialisme seperti arsenal menggunakan nama Emirates di stadium baru, Man City menukar nama Eastland kepada Etihad stadium, Munich Football Arena milik Bayern Munich menjadi Allianz arena, FC Salzburg menukar nama kepada Red Bull Salzburg, New York Metrostars menjadi New York Redbull.Tetapi ini yang paling pelik apabila kelab bukan liga yang terletak di Hampshire,London iaitu Farnborough FC yang baru saja menandatangani kontrak dengan Paddy Power sebuah syarikat perjudian. kelab liga south conference ini menerima tajaan bernilai 100 000 pound dan nama stadium mereka juga diubah kepada Paddy Power Park.

Paling mencuit hati mereka dibarisi pemain bintang seperti Lotthar Matthaus, David Beckham, Cafu, Alan Hansen, Roberto Carlos, Lionel Messi dan paling gempak dilatih oleh Jose Mourinho.
JANGAN KELIRU !!! Ini hanya nama samaran kerana mereka di arahkan untuk memakai nama pemain legenda dan berkelas dunia di nama belakang jersi mereka, mungkin atas sebab ingin menaikkan jualan jersi barang kali.

Pengurus pasukan , Spencer Day menukar nama kepada Jose Mourinho, Daniel Bennet menukar nama kepada Lionel Messi, Kevin Scriven menjadi Gordon Banks, David Tarpey menjadi Diego Maradona, Scott Donnely bertukar menjadi David Beckham ( sekadar menyebut beberapa nama )
bila aku tengok pasukan Farnborough ni buat macam ni aku rasa ini pasukan kedua kelakar dalam dunia bolasepak selepas Fc Stjarnan 






No comments:

Post a Comment