Thursday 29 August 2013

Jim Bentley - Pengurus Yang Tegas

Berkenaan isu Yohan Cabaye yang enggan bermain untuk Newcastle Utd kerana namanya disalah sebut sebagai 'KEBAB' oleh Pengarah bolasepak kelab itu, Joe Kinnear. Yohan Cabaye enggan bermain dan meminta untuk berpindah ke Arsenal.


Jim Bentley - pengurus pasukan Morecambe FC kelab league two, peringkat ke 4 liga proffesional Inggeris, berkata  jika ada pemain nya yang degil dia akan menarik kepala pemainnya dan memaksa dia ke gym untuk berlatih. Jim juga sering disalah tafsir sebagai penjaga pintu stadium kerana fizikal nya yang tampak keras dan tegas. Dia juga menegur kesilapan Joe Kinnear yang salah menyebut nama pemain nya sendiri, ini agak memalukan dan sebagai individu yang membawa pemain tersebut ke kelab anda, anda harus membuat double check senarai nama pemain bagi memastikan nama mereka sentiasa disebut dengan  betul dan jika salah menyebut pemain, itu satu tindakan yang tak menghormati pemain. Jangan terkejut kerana pemain Morecambe patuh kepada arahan nya hasil didikannya yang tegas, seperti dia mengarahkan pemainnya yang berasal dari Perancis, Tony Diagne dari bertukar jersi dengan pemain Newcastle dalam pertemuan pusingan ke 3 Piala Capital One / Piala Liga nanti.
 

Skuad nya terdiri dari pemain yang dibawa masuk secara percuma dan anak muda tempatan.Dengan kemenangan 1-0 di pusingan ke 2 ke atas pasukan EPL wolverhampton wanderers, mereka menerima bayaran penyiaran dari Sky TV sebanyak 100 ribu pound dan dihadiri  6 500 penonton, dengan tiket habis dijual. Pemberian 100 ribu pound itu besar maknanya kepada mereka kerana dianggarkan pemain league two menerima 700 ++ seminggu.


No comments:

Post a Comment