jangan terkejut set kabinet dapurnya yang berwarna hitam-hijau itu, ianya bukan baru tetapi set kabinet era 50 an yang dibuang oleh pemilik asal kemudian di baiki dan di cantikkan semula
Wednesday, 28 August 2013
Hiasan Rumah Yang Tidak Memerlukan Belanja
Ini bukan promosi casa impian atau pun deco bersama eric leong, tetapi ini kisah yang berlaku di dunia nyata di mana Jenny Caruthers menghias rumahnya dengan barang-barang terbuang, jenny bukan setakat mengambil barang terbuang kemudian digunakan di rumah, tetapi dia jadi lebih ber inovatif dengan mencantikkan barang terbuang itu dan ada daripadanya diubah menjadi barang baru.
jangan terkejut set kabinet dapurnya yang berwarna hitam-hijau itu, ianya bukan baru tetapi set kabinet era 50 an yang dibuang oleh pemilik asal kemudian di baiki dan di cantikkan semula
lantai kayu dapur nya juga diambil dari kawasan lambakan barang lusuh, dia dalam masa yang sama turut memasarkan hasil kreativitinya itu dengan mengusahakan sebuah kedai yang dinamakan kiss the frog again . antara yang menarik perhatian ialah lampu chandeliar yang diperbuat dari sikat lalang yang dibengkokkan dan lampunya dari bekas jem, kerusi yang dihias dari gaun perkahwinan,kot baju dan tali pinggang keledar, bangku dari tin minyak zaitun, kerusi traktor yang dijadikan kerusi santai. pintu yang dijadikan meja kopi, 2 rangka kerusi dicantum bersama papan luncur lama menjadi bangku dan papan ski yang diubah suai menjadi tempat gantung baju/topi.
jangan terkejut set kabinet dapurnya yang berwarna hitam-hijau itu, ianya bukan baru tetapi set kabinet era 50 an yang dibuang oleh pemilik asal kemudian di baiki dan di cantikkan semula
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment