Saturday, 31 August 2013

Taman Topiary Levens Hall Di England

Taman Topiary adalah taman di mana pokok-pokok yang terdapat disitu diukir dan di trim ke dalam bentuk tertentu untuk menghasilkan pemandangan yang cantik. Taman Topiary di Leven Hall ini sudah berusia 300 tahun dan berkeluasan 10 ekar. Untuk menghasilkan landskap yang menarik seramai 4 tukang kebun diketuai Chris Crowder telah menghabiskan 6 bulan untuk memotong dan mencantikkan lebih 100 batang pokok di taman Leven Hall itu dan dia telah bekerja di situ selama 26 tahun. Pokok tertinggi di taman itu ialah pokok payung iaitu setinggi 30 kaki dan jangan terkejut pokok di situ bukan sekadar hiasan, ada sesetengah pokok disitu dibina bangku dibawahnya untuk dijadikan tempat berteduh.


 

Friday, 30 August 2013

Epic Failed Shuhaimi Baba Dalam Filem Tanda Putera

filem ni sepatutnya dijadikan tandas putera saja memandangkan banyak betul objek di masa hadapan ada di tahun 1969 tu. ada info yang aku dapat mengatakan masa tu Lim Kit Siang ditahan di sarawak atau sabah, bagaimana pula ada satu babak dimana berlatar belakangkan proton iswara aeroback ada watak Lim Kit Siang ??


Thursday, 29 August 2013

Gambar the Beatles Di Tahun 2013

Mike Price, seorang fotografer telah mengabungkan gambar the Beatles di era 60 an dengan suasana gambar itu pada hari ini dengan dibantu ayahnya mereka berjaya menghidupkan semula legenda rock Britain itu di bandar Liverpool, sungguh kreatif apa bila the Beatles dan peminat mereka berwarna kelabu tetapi persekitaran mereka itu di tahun 2013. Ada juga gambar John Lennon bersama makciknya di depan rumah mereka dan rumah itu pada hari ini di miliki oleh Trust Nation dan dibuka kepada orang ramai, Gambar Elsie Starkey, ibu kepada Ringgo Starr yang sedang mengelap cermin tingkap juga ada.


Gambar Warga China Yang Berehat Di IKEA

Di China sekarang sedang dilanda musim panas, jadi sebab mereka ingin kan tempat yang dingin dan sejuk untuk berteduh maka pusat membeli belah perabot terbesar di dunia, IKEA dijadikan tempat mereka berehat. Tindakan ini memang dikira biadap atau pun kurang sopan tidur di atas perabot yang dijadikan pameran untuk jualan tetapi pihak IKEA menjadikan itu satu ' pelaburan masa hadapan '  aku sendiri pun tidak pasti apa itu pelaburannya, sebab orang China ini walaupun negara mereka maju tetapi mentaliti mereka sama dengan negara dunia ketiga, tabiat mereka yang pengotor dan tidak sopan itu menjadi kayu ukur antara China PRC dengan kaum cina di negara maju lain seperti   Singapura, Australia, Kanada, Amerika Syarikat.



Pasangan Suami Isteri Yang Meminati Kereta Kebal

 
Andrew Baker dan Sally mempunyai hobi mengumpul koleksi kereta kebal dan mereka berdua juga menjualnya kepada sesiapa yang berminat. Kereta kebal ini bukanlah model baru tetapi mereka berdua membeli model lama yang sudah lusuh kemudian mencantikkannya, selain kereta kebal pasangan ini juga ada kenderaan tentera yang lain. Harga jualan kereta kebal mereka ini antara 10 ribu pound hingga 100 ribu pound, setakat ini Andrew dan Sally sudah memiliki 80 unit kereta kebal. Dia asalnya seorang pemandu fork lift tetapi atas minat yang mendalam terhadap kereta kebal dia pun menjadi mekanik dan mahir dalam membaik pulih kereta kebal lama dan di baiki dan dicantikkan untuk dijual.









Alat Pemanggang Yang Boleh Digantung Di Balkoni

Now U can Barbeque Everywhere U want !! :)

alat pemanggang serba ringkas ini berharga 59.99 pound sterling, menariknya alat ini boleh disambungkan ke besi pengadang di balkoni rumah, ini cukup memudahkan mereka yang duduk di rumah flat,apartment untuk berbekue kerana kebiasaanya aktivit memanggang memerlukan sebuah ruang yang agak besar. Memang ada perkakas barbekue yang mudah alih dan senang dibawa kemana-mana tetapi belum ada lagi jenis yang boleh disangkut seperti ini,  alat ini amatlah sesuai digunakan jika anda mahu memanggang bahan mentah untuk kapasiti 4-5 orang makan.

jika ingin maklumat lanju boleh layari sila klik link ini



Sepakan Penalti Aneh Dari Bryan Ruiz

Asalnya penalti ini seakan-akan gagal bila tendangan  Bryan Ruiz tersasar ke sebelah kiri pintu gol dan mengenai tiang dan kemudiannya disahkan gol kerana bola itu mengenai golkeeper Burton Hove Albion dan masuk semula ke gawang gol.


Jim Bentley - Pengurus Yang Tegas

Berkenaan isu Yohan Cabaye yang enggan bermain untuk Newcastle Utd kerana namanya disalah sebut sebagai 'KEBAB' oleh Pengarah bolasepak kelab itu, Joe Kinnear. Yohan Cabaye enggan bermain dan meminta untuk berpindah ke Arsenal.


Jim Bentley - pengurus pasukan Morecambe FC kelab league two, peringkat ke 4 liga proffesional Inggeris, berkata  jika ada pemain nya yang degil dia akan menarik kepala pemainnya dan memaksa dia ke gym untuk berlatih. Jim juga sering disalah tafsir sebagai penjaga pintu stadium kerana fizikal nya yang tampak keras dan tegas. Dia juga menegur kesilapan Joe Kinnear yang salah menyebut nama pemain nya sendiri, ini agak memalukan dan sebagai individu yang membawa pemain tersebut ke kelab anda, anda harus membuat double check senarai nama pemain bagi memastikan nama mereka sentiasa disebut dengan  betul dan jika salah menyebut pemain, itu satu tindakan yang tak menghormati pemain. Jangan terkejut kerana pemain Morecambe patuh kepada arahan nya hasil didikannya yang tegas, seperti dia mengarahkan pemainnya yang berasal dari Perancis, Tony Diagne dari bertukar jersi dengan pemain Newcastle dalam pertemuan pusingan ke 3 Piala Capital One / Piala Liga nanti.
 

Skuad nya terdiri dari pemain yang dibawa masuk secara percuma dan anak muda tempatan.Dengan kemenangan 1-0 di pusingan ke 2 ke atas pasukan EPL wolverhampton wanderers, mereka menerima bayaran penyiaran dari Sky TV sebanyak 100 ribu pound dan dihadiri  6 500 penonton, dengan tiket habis dijual. Pemberian 100 ribu pound itu besar maknanya kepada mereka kerana dianggarkan pemain league two menerima 700 ++ seminggu.


Wednesday, 28 August 2013

Pemandangan Dari Udara 'Lautan' Sampah,Tin,Khemah

Tempat di dalam gambar ini bukan tapak pelupusan atau pun pernah dilanda taufan,sebaliknya ialah bekas tapak festival muzik Reading, para pengunjung ada yang berkhemah berhari-hari di situ dan ada juga makanan masih elok yang ditinggalkan seperti makanan dalam tin atau pun tin beer. kebiasaanya sampah disini ialah puntung rokok,makanan yang tidak habis dimakan,barang-barang yang sengaja ditinggalkan.Jika ada barangan yang masih boleh digunakan seperti khemah,payung para pekerja pembersihan akan memberikannya kepada badan amal, untuk membersihkan tempat ini tidak cukup hanya dengan sehari masa 2 minggu diperlukan untuk membersihkan padang ini seperti sedia kala.

untuk melicinkan kerja, jentera kren yang mempunyai magnet akan digunakan untuk mengangkat peralatan seperti besi dan tin, pekerja pembersihan bernasib baik kerana cuaca pada masa ini tiada hujan jadi operasi berjalan seperti yang dirancang cuma suhu yang meningkat menjadi punca sampah berbau dan ini serba sedikit menjejaskan keselesaan. Seperti juga di malaysia, pihak penganjur juga ada mengingatkan pengunjung yang berkhemah supaya membawa pulang barangan mereka, tetapi ramai yang tidak mengendahkan arahan itu. Alasannya, peralatan seperti khemah itu murah dan jika ada festival di tempat lain pasti mereka akan membeli yang baru. Jangan terkejut kerana jumlah pengunjung yang berkunjung ke pesta ini ialah 90 000 orang.

bila tengok tapak ni, teringat aku masa event astro fiesta diadakan di padang politeknik sultan idris shah tahun ni, aku tak pergi sebab aku habiskan masa sabtu dan ahad di KL. Bila pagi isnin dalam perjalanan dari tapak parking kereta aku,ame,syed,abe dan radzie akan menghidu bau bekas makanan basi yang ditinggalkan. wow ! sudah 4 bulan aku tinggalkan sabak bernam, rindu siot zaman belajar dulu, bangun pagi kejut member, tunggu syed sampai rumah borak kejap dan dalam kelas dating.



Trolling Hari Ini

 Troll ni biasanya dibuat untuk menyakat suatu kumpulan dengan niat hanya untuk main2, melaga2kan orang, suka timbulkan gangguan dan provokasi, tapi tiada niat nak menang berhujah pun. Kadang2 dia tak bersetuju pun dengan kenyataannya sendiri sebab tujuannya hanya satu, nak menimbulkan kekacauan. Orang yang suka troll ni akan berlakon seperti seorang macai untuk memanaskan hati pihak lain. Lagi orang panas bontot dengan kenyataannya, lagi dia suka.

Sekian lama tak membahan penyokong sandarkan pada kenangan di internet akhirnya tercapai jua hajat. macam biasa lah, kalau dah sandarkan pada kenangan silam tu memang tak boleh diubah. Misi 33 ?? natang apa ni ?? kalah 33 kali eh ?? ke bangang ber 33 kali ??




TAKE THIS !!!!




Hiasan Rumah Yang Tidak Memerlukan Belanja

Ini bukan promosi casa impian atau pun deco bersama eric leong, tetapi ini kisah yang berlaku di dunia nyata di mana Jenny Caruthers menghias rumahnya dengan barang-barang terbuang, jenny bukan setakat mengambil barang terbuang kemudian digunakan di rumah, tetapi dia jadi lebih ber inovatif dengan mencantikkan barang terbuang itu dan ada daripadanya diubah menjadi barang baru.
jangan terkejut set kabinet dapurnya yang berwarna hitam-hijau itu, ianya bukan baru tetapi set kabinet era 50 an yang dibuang oleh pemilik asal kemudian di baiki dan di cantikkan semula
 
 

lantai kayu dapur nya juga diambil dari kawasan lambakan barang lusuh, dia dalam masa yang sama turut memasarkan hasil kreativitinya itu dengan mengusahakan sebuah kedai yang dinamakan kiss the frog again . antara yang menarik perhatian ialah lampu chandeliar yang diperbuat dari sikat lalang yang dibengkokkan dan lampunya dari bekas jem, kerusi yang dihias dari gaun perkahwinan,kot baju dan tali pinggang keledar, bangku dari tin minyak zaitun, kerusi traktor yang dijadikan kerusi santai. pintu yang dijadikan meja kopi, 2 rangka kerusi dicantum bersama papan luncur lama menjadi bangku dan papan ski yang diubah suai menjadi tempat gantung baju/topi.