Saturday 9 April 2011

Kenangan Pahit : England 2-3 Croatia

england vs croatia kelayakan euro 2008 di wembley. dlm game ni england hanya perlu seri menetang croatia utk layak ke euro 2008 tetapi di penghujung perlawanan semuanya musnah.....

rembatan luar kotak penalti niko kranjcar gagal diselamatkan oleh scott carson yg gagal menangkap bola itu dgn kemas

scott carson melakukan kesilapan bodoh dimana bola yg sepatutnya sampai tepat ke dakapannya terlepas dan croatia mendahului 1-0

carson sekali lg gagal menyekat ivica olic dari melakukan serangan dan dia hanya mampu melihat ivica menjaringkan gol utk croatia selesa mendahului 2-0 di separuh masa pertama

pada babak kedua england di hadiah kan penalti dan pada minit ke 56 frank lampard berjaya menyempurnakan penalti utk merapatkan jurang kpd 2-1

minit ke 65 peter crouch berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 aku sbg peminat england mula lega dan berharap perlawanan ini akan berakhir dgn segera & england akan mempertahankan keputusan ini

malang sekali minit 77 mladen petric melepaskan rembatan dan sekali lg carson gagal mempertahankan gawangnya dari dibolosi kedudukan berubah 3-2 sehingga ke masa penamat .

steve mclaren berpayung di tepi padang kerana perlwanan berlangsung dlm keadaan hujan & padang wembley sudah menjadi sawah padi dan para pemain terpaksa bermain di dlm keadaan licin & berlumpur.

No comments:

Post a Comment