Sunday 13 March 2011

Wright-Lampard-Schemichel

ian wright

legenda arsenal ni menempa kejayaan semasa permulaan kariernya di crystal palace & kemuncak karier nya di arsenal. di arsenal dia masih mampu mengekalkan standard permainanya walaupun pada pertengahan 90 an arsenal telah bertukar 4 pengurus dalam satu tempoh yg singkat di bawah george graham-stewart houston(pgendali sementara)-bruce rioch-arsene wenger. kebiasaanya seseorg pemain menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dgn strategi seseorg pgurus lebih2 lg jika sering bermain di kelab yg slalu memecat pengurus.tetapi ian tetap memberikan persembahan terbaiknya sesuatu yg menyebabkan dia disanjung tinggi oleh para peminat & sumbangannya yg hebat spt memenangi epl musim 1997-1998, piala FA 1993 &1998,piala pemenang piala 1994,piala liga 1993 serta pencapaian peribadi nya memenangi kasut emas pada 1992.
shaun wright-phillips


adalah tidak adil kalau aku membandingkan pencapaian anak angkat & bapa angkat. shaun wright philips bukanlah anak kandung ian wright.tetapi pencapaian shaun lebih baik dari adik tirinya iaitu bradley.shaun telah memenangi liga perdana inggeris bersama chelsea pada 2005-2006,piala FA 2006-2007,& perisai komuniti 2005. dia juga pernah memecah rekod penjualan pemain manchester city pada musim perpindahan musim panas 2005.dia dibeli oleh chelsea dgn harga 21 juta pound,satu rekod penjualan utk man city pada ketika itu.
bradley wright-phillips
anak kandung kpd ian wright.memulakan karier bersama abg tiri nya di manchester city tetapi bagaikan lumrah dlm bola sepak, antara 2 adik beradik yg bermain bola sepak hanya seorg dari mereka akan berjaya & menyerlah. itulah yg berlaku kpd bradley,ketika abg nya mula mencuri perhatian dia gagal menyerlah dan dijual pada harga 500 000 ribu pound kpd southampton pada perpindahan musim panas 2006.selama 3 musim di southampton dia menjaringkan 22 gol daripada 111 penampilan,kini dia bermain utk plymouth argyle.mungkin tuah tidak ada utk bradley tidak spt abg tiri & bapanya mereka terus sukses dlm karier masing2.

frank lampard sr.

bapa kepada frank lampard jr ini memulakan karier nya di west ham united & membantu mereka memenangi piala FA 1975 & 1980 dan divisyen dua pada 1981 .bersama west ham dia telah membuat penampilan sebanyak 660 kali & 22 jaringan.dia telah mencipta rekod sbg pemain yg paling banyak membuat kemunculan utk west ham.

frank lampard jr.

ikon chelsea ini pada awalnya memulakan kerjaya nya di west ham,tetapi pada musim 2000-2001 chelsea telah membelinya pada harga 11 juta pound satu rekod utk pmain muda pada ketika itu.di west ham united,dia   membantu mereka memenangi saingan intertoto cup pada tahun 1999.setelah berpindah ke chelsea, lampard mula menunjukkan kehebatannya bermain di bahagian midfield dgn membantu mereka memenangi EPL 3 kali,piala FA 3 kali,piala liga 2 kali,perisai komuniti 2 kali, dan dia turut melakar kejayaan peribadi setelah memenangi banyak anugerah spt ballon d or(tmpat ke2) pada tahun 2005,pmain tahunan england 2004 & 2005,penjaring terbanyak chelsea 2004-2005,2005-2006,&2007-2008, pmain terbaik EPL 2004-2005,2005-2006.daripada 496 penampilan utk chelsea,lampard telah menjaringkan 166 gol.sesuatu yg menakjubkan & jauh lebih baik daripada pencapaian bapanya.

peter schmeichel
lagenda sepanjang zaman man utd ini telah mencipta kejayaan di peringkat domestik & antarabangsa. dia juga dikenali sbg penjaga gol yg banyak menjaringkan gol :) serta terkenal dgn cubaan menyelamat nya yg memukau penonton. mula mencipta kegemilangan ketika bermain utk brondby,membantu mereka memenangi divisyen 1 denmark 3kali, superliga danish 1,piala danish 1. kemudiannya,setelah berpindah ke old trafford dia menempa nama di peringkat antarabangsa.semasa bermain utk the red devil, dia memenangi 5 kali liga perdana inggeris,piala FA 3 kali,piala liga 1,piala perisai komuniti 4 kali,liga juara juara eropah 1,& piala super uefa 1. dia juga antara pemain pasukan man utd yg mencipta sejarah memenangi treble pada tahun 1999.di peringkat antarabangsa pula,dia antara nadi pasukan denmark yg berjaya memenangi euro 1992.selepas meniggalkan man utd, dia membantu sporting cp memenangi portugese superliga & aston villa menjuarai piala uefa intertoto cup.di hujung kariernya ,dia bermain utk man city dan membantu mereka menewaskan kelab nya 3-1 dlm perlawanan liga.setelah bersara pete melibatkan diri dlm bidang pengacaraan,dia telah mnjadi pgacara untuk program DIRTY JOBS untuk siaran eropah.


kasper scmeichel
memulakan kerjaya profesional nya dgn bermain utk man city,pada awal musim 2007-2008 kasper telah menunjukkan presatasi yg baik semasa bermain utk man city dan menarik perhatian selepas mempamerkan permainan yg memuaskan semasa menentang man utd di eastland di mana  man city menumpaskan red devil 1-0.menjelang pertengahan musim itu dia kehilangan tempat nye kepada pnjaga gol yg meningkat naik,joe hart.kemudiannya,dia menghabiskan musim itu dgn bermain secara pinjaman.setelah andreas isakkson  dilepaskan ke psv eindhoven,kasper kembali mendapatkan tempatnya sbg penjaga gol ke 2,tetapi setelah shay  given  ditandatangani dari newcastle united, kasper memilih jalan keluar ke notss county,dia memecah rekod pembelian notss county apabila dibeli dgn harga 1 juta pound.semusim bersama notss county kasper telah bermain dgn cemerlang apabila berjaya mgumpul clean sheet sebanyak 24 daripada 43 penampilan & notts county berjaya memperoleh kenaikan divisyen ke liga satu iaitu divisyen ke-3 inggeris selepas EPL & CHAMPIONSHIP.pada hujung musim tersebut kasper telah dilepaskan disebabkan kelab tidak mampu membayar gaji nya yg berjumlah 15 000 pound seminggu, ia satu jumlah yg besar utk kelab yg bermain di liga bawahan. pada musim 2010-2011 kasper akhirnya menyertai leeds united yg berjaya kembali ke liga kejuaraan. peluang untuk kasper menonjol semakin cerah kerana ketika ini leeds united sedang bersaing utk merebut tmpat 6 teratas utk bermain di play off utk layak ke EPL

No comments:

Post a Comment