Friday 11 March 2011

liverpool fc


aku ingat kan musim lepas adalah ,musim yg paling teruk utk liverpool dlm dekad awal 2000-an.tp musim ni pun 2x5 jgak,makkin teruk:( tp sejak kenny dalglish jd caretaker manager liverpool ,liverpool dah semakin meningkat prestasi nye.

kenny dalglish era 1970 an & 80 an


kenny dalglish ni dah jd legenda liverpool fc sejak dia banyak membantu liverpool memenangi pelbagai trofi & kejuaraan liga sejak dia memulakan kariernye sbg penyerang liverpool.dia masa tu di bawa masuk  untuk mggantikan striker terhebat liverpool masa tu KEVIN KEEGAN.jd selepas kevin keegan berhijrah ke hamburg sv era kenny dalglish pun bermula.
bermula pertengahan dekad 80 an & awal 90 an beliau dilantik sbg pengurus liverpool
ketika memulakan karier sbg pengurus liverpool kenny dalglish ni masih meneruskan tradisi pengurus liverpool iaitu memenangi banyak trofi,melahirkan penyerang baru yg berbisa,& meneruskan tradisi boot room boys :). semasa menguruskan liverpool kenny ni telah membawa liverpool memenangi kejuaraan liga terakhir mereka pada musim 1990.pada musim tersebut jgak kenny ni telah meletakkan jawatan sbg pengurus sbab tak tahan dgn tkanan dari pihak pengurusan. sjak pengunduran player & manager kesukaan peminat ni liverpool bagaikan terkena sumpahan.selepas meninggalkan liverpool,beliau telah membantu blackburn rovers memenangi english premier league pada musim 1995.

2010/2011
menjelang pertengahan musim 2010/2011 prestasi liverpool semakin merudum dan bergelut untuk kekal di EPL. tetapi setelah roy hodgson dipecat kenny telah dilantik sbg caretaker manager hingga ke akhir musim. pada permulaan nya,liverpool telah tewas kpd manchester united pd piala FA,kalah kpd blackpool pd plawanan EPL. tetapi secara perlahan2 prestasi liverpool semakin meningkat di bawah kendaliannya.sbg contoh liverpool berjaya bersaing utk merebut tmpat ke  saingan eropah utk musim depan. mereka juga berjaya menumpaskan chelsea pada perlawanan yg dramatik & emosi dimana pd minggu terakhir perpindahan januari fernando torrres telah berpindah ke chelsea & pada perlawanan  hujung minggu itu torres menyatakan keinginan nya utk menentang liverpool,sesuatu yg tidak dapat diterima &dimaafkan oleh peminat liverpool.perlawanan tersebut dimenangi liverpool 1-0 hasil jaringan raul meireles pemain yg diasah oleh kenny dalglish.pada minggu terakhir perpindahan itu juga kenny berjaya membawa masuk andy carrol & luis suarez.seterusnya pada bulan mac 2011 liverpool menentang manchester united di anfield.perlawanan tersebut dimenangi oleh liverpool 3-1 hasil jaringan hatrik dirk kuyt. 2 daripada 3 bantuan gol tersebut dihasilkan oleh luis suarez. manakala gol saguhati man united pula djaringkan javier hernandez pada minit akhir perlawanan.

No comments:

Post a Comment