Wednesday 20 April 2011

andres villa boas

andres villa boas
si andres ni mula terkenal selepas mengambil alih jawatan pengurus kelab academica di liga portugal.mase tu academica sdg bergelut dgn penyingkiran dan selepas andres mengurus kelab itu dia telah mengubah strategi & corak permainan mereka dan pada musim itu(2009-2010) mereka telah melangkah ke separuh akhir piala portugal dan tumpas kpd porto dan mereka mengakhiri musim itu dgn menduduki tempat ke 11, 10 mata dari zon penyingkiran. dia juga di gelar 'mourinho baru' kerana sebelum ini dia menjawat jawatan sbg pembantu pasukan pengurusan mourinho semasa di chelsea & inter milan.spt mourinho dia juga tidak pernah bermain sbg pemain profesional kerana andres baru berusia 34 tahun!!! semasa dia 17 tahun dia telah  memperolehi lesen kejurulatihan C dari  UEFA. dan menjadi ketua jurulatih pasukan bolasepak british virgin island utk tempoh yg singkat sebelum menyertai pasukan pengurusan mourinho.

pada musim 2010-2011 dia telah membawa FC porto(kelab yg pernah diuruskan oleh mourinho  ) memenangi liga portugis,dia juga pengurus yg termuda di liga portugis.dia juga mencipta rekod baru utk porto setelah mengharungi 36 perlawanan di semua kejohanan tanpa kalah,dgn separuh drpd rekod itu dicapai semasa di bawah pengurusan jesualdo ferreira. rekod itu juga mengatasi rekod yg dicipta oleh mourinho dgn 33 perlawanan.

mourinho(the special one)

No comments:

Post a Comment