Saturday 30 April 2011

THOR

ptg semalam aku pg tgok filem thor kat GSC pavi,harga tiket rm14.aku tgok pun sebab aku nak kenal dgn lebih mendalam siapa THOR ni sebab selama ni aku bace kat majalah je.



poster filem THOR. filem ni ditayangkan di malaysia bermula 28.4.2011. kat amerika syarikat pulak 6 mei 2011.ceritanya bermula dgn dr erik selvig,jane foster & darcy lewis  yg cuba mengambil gambar tentang puting beliung pd satu malam ni di new mexico tetapi semasa mereka cuba menjauhkan kenderaan mereka dari puting beliung itu mereka telah terlanggar dgn thor yg baru saja dibuang oleh odin ke bumi.selepas itu bermula lah flashback tentang negara asgardian,pada satu hari telah berlaku pertempuran antara gergasi frost & puak asgardian yg dimenangi oleh puak asgardian selepas itu mereka telah mengambil peti kuasa kaum gergasi frost.pada satu hari semasa pertabalan raja di asgard para gergasi forst telah menceroboh ke tempat simpanan rahsia di mana peti itu berada & dgn arahan odin,destroyer iaitu gergasi besi telah memusnahkan para gergasi frost itu.dan itu telah mengundang kemarahan thor dan dia dgn adik & rakannya telah pergi ke negara jotunheim utk membunuh mereka kerana mereka telah memungkiri perjanjian yg telah dibuat dgn odin.di jotunheim mereka telah berperang dgn king laufey & gergasi frost & fandral hampir kehilangan nyawanya akibat ditusuk ais yg tajam selepas itu mereka diselamatkan oleh odin & thor telah dibuang ke bumi & dia kehilangan kuasanya.dan di bumi thor dijumpai oleh dr erik selvig,jane foster & darcy lewis. selepas thor dibawa pergi ke hospital. mjolnir,tukul yg menjd senjata thor telah ikut sama tetapi tiada siapa pun yg mampu memegangnya kerana telah dikunci oleh mantera odin supaya hanya manusia yg benar2 layak saja mampu mengangkat tukul itu.thor telah lari drpd hospital & mesin ciptaan jane foster telah dirampas ejen bersekutu SHIELD. dan SHIELD telah membina markas di sekeliling mjolnir.semasa di perpustakaan dr.erik selveg telah menemui satu buku yg mengandungi sejarah negara asgard & segala yg diceritakan oleh thor.kerana dia menyangka thor seorg yg gila.semasa thor ditahan & disoal siasat kerana menceroboh ke kawasan larangan utk mengambil mjolnir tetapi gagal  loki telah dtg kpdnya & menipu yg odin sudah mati & dia tidak boleh kembali ke asgard. setelah loki menjadi raja asgard dia telah merancang utk membawa gergasi frost & king laufey ke asgard utk membunuh odin & mengambil kembali peti kuasa mereka.tetapi loki telah ditentang oleh sif,volstagg,hogun & fandral.mereka ber4 meminta utk dtg ke bumi mengambil thor tetapi loki telah memerintahkan destroyer supaya membunuh thor.di bumi destroyer telah memusnahkan pekan new mexico & sif,volstagg,hogun & fandral cuba menghalang tetapi gagal & thor lemah setelah dilibas oleh destroyer kemudiannya dia mendapat semula kuasanya dan memusnahkan destroyer.di asgaard heimdall yg enggan menurut perintah loki telah dibekukan & laufey hampir berjaya membunuh odin yg koma tetapi dia pula yg dibunuh oleh loki.setelah beberapa kali menyeru nama heimdall,ais yg membekukannya akhir nya lebur dan dia telah membuka jambatan pelangi membawa thor & rakan2 kembali ke asgaard & dia telah bertempur dgn loki & menyebabkan pintu yg menghubungkan bumi & asgaard hancur dan thor tidak dpt kembali ke bumi.


THOR,berasal dari negara ASGARD iaitu negara di dimensi lain.seorg yg angkuh & kurang sabar tetapi berani.senjata utamanya ialah tukul besi yg bernama morjlin
LOKI, adik kepada thor.sebenarnya dia bukan lah adik kandung thor.semasa loki masih bayi ODIN, bapa thor telah menemui nya di negara jotunheim iaitu negara gergasi frost yg dipimpin oleh king laufey.setelah menakluk jotunheim odin telah membesarkan loki dan berharap agar loki mampu menjadi peacemaker antara kedua-dua negara tu.

thor & ODIN,raja negara ASGARD.
jane foster,seorg saintis.mula jatuh cinta dgn thor setelah thor mencuba mendapatkan kembali peralatanya yg dirampas shield iaitu sebuah buku tentang kajian alam semesta & setelah thor menerangkan tentang dunia lain kepadanya.

dr erik selveg.seorg saintis,dia mula mempercayai thor setelah terjumpa buku mengenai lagenda yg terkandung cerita yg diceritakan oleh thor.

darcy lewis, rakan jane foster dia tidak begitu arif tentang sains kerana dia graduan sains politik


king laufey,raja kepada gergasi frost.

gergasi frost,kaum yg bersaiz besar & mampu membekukan sesiapa saja.
heimdall penjaga pintu dunia asgaard dgn dunia lain,seorg pengikut yg setia kpd raja.

fandral, rakan kepada thor.dia handal bermain pedang dia juga berusaha utk membawa thor kembali ke asgaard setelah dibuang ke bumi


 volstagg, seorg yg kuat makan .mempunyai kekuatan fizikal yg   hebat

hogun,seorg yg pendiam dia mahir menggunakan senjata.

sif, seorg pahlawan wanita yg lasak & tangkas.kawan kepada loki & thor sejak kecil

No comments:

Post a Comment