2004-2005 dulu tiap tiap jumaat malam, aku selalu tengok program Panggung kat astro ria.
untuk yang tak faham, era 2000 an dulu cuma ada astro ria dan prima je kat astro.
Bila ada demand sikit je diorang memandai tambah channel Kirana yang tak tahan lama.
Pastu datang plak Warna, Citra, Mustika. Mustika ni bukan special pun takat tayang program Warna dalam waktu berbeza.
Warna ni channel khas untuk program lawak je. Citra pulak banyak main cerita cerita lama. Padahal filem filem ni dulu selalu je main kat prima dan ria. Saja nak tambah duit. Sebelum melewati era pertengahan 2000an, Oasis pula dilancarkan. Saluran khusus berkonsepkan Islamic. Sebelum lahir al Hijrah.
Jauh membebel, Panggung ni biasanya dimulakan dengan Adam Hamid akan beri sepatah dua kata sebelum cerita sebenar bermula.
Antara cerita yang aku takkan lupa ialah bila sorang bapa (Shaharudin Thambi) ni menawarkan anak dara dia (Nabila Huda) kepada tetamu dia (Yalal Chin) yang pakar meneka ramuan masakan Asam Pedas dia semua tekaannya betul. Tetapi anak perempuan yang sorang lagi menyerah kan tongkat milik lelaki tua tu. Rupa-rupanya dia terlebih dahulu menyelinap masuk ke dapur dan baca ramuan dalam buku resipi orang gaji tuan rumah. Semasa datang ke rumah, dia bertongkat tetapi di meja makan merasa masakan, tongkatnya tiada!!!
Kisah kedua, Sorang crew/runner (Reefa) hilang harapan dalam hidup. Dia bertugas sebagai krew penerbitan. Tugas dia mencari mana-mana extra yang berminat berlakon dan melakonkan babak babak ganas. Satu hari dia mencari sorang homeless (Adlin Aman Ramli) untuk tugas babak dilanggar kenderaan. Sebaik sahaja adegan sebenar itu difilemkan, Reefa membawa mayat Adlin dan cerita berakhir. Dalam adegan imbas semula, dia terlebih dahulu melakukan tugas itu dan untuk kesan khas yang nyata, dia perlu melakonkan watak dimana kakinya dipatahkan dengan dihempap batang paip, buluh paip yang digantung. Usai itu, dia tempang dan cacat seumur hidup.
Kisah ketiga, 3 sekawan lakonan Que Haidar, Tony Eusoff, Zach Francis Ubu berhibur dan bergaduh dengan bergaduh dengan sorang wanita (Sharifah Sofea) yang dibawa ke rumah mereka selepas perempuan itu bergaduh dan ditinggalkan di tepi jalan. Teman lelaki nya berjaya menjejak mereka dan menyerang mereka malangnay dia mati dalam pergelutan itu. Menyedari yang mereka dalam masalah, dan perempuan itu tahu mereka telah melakukan pembunuhan, mereka tiada cara lain selain terpaksa membunuh wanita itu. Mayat mereka berdua dikerat kerat ke dalam beg dan dibuang ke dalam kolam/tasik tempat mereka selalu memancing. Masalah terjadi lagi bila orang gaji yang baru diupah terkejut apabila menemui jari yang dipotong dalam sinki yang tersumbat. Satu lagi pembunuhan terpaksa dijalankan.
kisah keempat, seorang lelaki tua yang hanya mampu duduk di atas kerusi dan lumpuh hanya mampu melihat saja isteri mudanya membolot semua harta dan merancang untuk bercerai dan berkahwin dengan kekasih gelapnya. Satu hari sewaktu bersantai di lereng bukit, dia berjaya membuka kunci brek kerusi rodanya dan merempuh mati isteri mudanya itu.
Kisah kelima, Tukang gunting tua sering dileteri oleh isterinya (wan maimunah) yang tidak selesa hidup miskin. Rutin hidupnya sama sahaja, pergi kerja dan balik kerja. Tetapi satu hari, dia terlupa membawa bekal yang sering disiapkan oleh isterinya. Dia pun berpatah balik ke rumah, sebelum sampai ke rumah dia terpandang lelaki muda memasuki rumahnya dan dia kembali semula ke kedai gunting. Tiba-tiba berlaku runtuhan di kedai itu, dia yang terselamat telah kembali ke rumah dan mendapati isterinya dalam keadaan selekeh telah menikam mati isterinya. Untuk mendapat alibi, dia kembali ke kedai gunting yang runtuh dan bersembunyi disitu sebelum ditemui oleh orang yang mencari dan menyelamat. Secara tak langsung menimbulkan keraguan bahawa dia lah pembunuh sebenar!
Kisah keenam, ini episod paling dahsyat pada aku. Seorang suami tua berpangkat Dato' (Jalalludin Hassan) yang beristerikan wanita muda berasa cemburu dengan hubungan baik isterinya dan pekerja lelaki muda di syarikatnya. Dia berasa kurang senang dan mahu mereka berdua dihapuskan. satu hari dia menelefon ke nombor telefon rumah nya dan bertanyakan jika isterinya ada, ternyata isteri beliau ada di rumah dan begitu juga seorang pemuda!!! sama seperti sangkaannya.
Dia menyuruh tukang kebun itu dari panggilan telefon untuk masuk ke bilik dan secara senyap senyap membunuh pasangan itu. Pembunuhan itu berjaya dilaksanakan tetapi isteri dato' itu tiba tiba ada di meja mesyuarat lengkap berpakaian! begitu juga dengan lelaki muda itu!
Siapa yang dibunuh itu??? bila dia bertanyakan hal sebenar rupa rupanya itu bukan nombor telefon rumahnya!!! dia tersalah mendail nombor dan 2 individu yang dibunuh itu ialah pasangan suami isteri yang juga majikan kepada tukang kebun yang diarah melakukan pembunuhan tadi! dia telah melakukan pembunuhan dengan sengaja!
#astro #astroria #panggung #adamhamid #kisahseram #pembunuhankejam #Pembunuhantragis #plottwist
dah lame sy cari cerita ni.. cari kat youtube takde huhu.. nak tgk semua episod
ReplyDeleteBetul xde kat utube...cari episode yg saya ada belakon sekali..hahah..xjumpa
ReplyDelete