Oleh sebab tidak dibenarkan menggunakan logo yang sekian lama menjadi identiti mereka, pihak pengurusan telah membuat logo baru dan logo lama itu menjadi hak milik Kementerian Pertahanan. Tetapi mereka masih boleh menggunakan nama Steaua Bucharest. Yang terkesan akibat krisis identiti ini tentunya penyokong, mereka menjadi mangsa akibat perebutan hak antara 2 pihak. Akibatnya mereka kehilangan identiti yang wujud sejak sekian lama. Memang Steaua Bucharest masih boleh beroperasi seperti biasa, tetapi tradisi sejak turun temurun yang dirampas itu menyebabkan mereka berasa sedih dan sayu.
Unit sukan lain yang bernaung dibawah kelab sukan Steau Bucharest seperti bola keranjang masih boleh dibenarkan menggunakan lambang itu. Larangan itu hanya terhad kepada pasukan bolasepak saja. Pemilik semasa, George Becali juga menjadi kambing hitam dalam hal ini kerana dia bermotifkan politiik dengan memiliki pegangan terbesar dalam kelab itu, dia juga cuba mempromosikan ideologi politiknya. Sesuatu yang tidak sihat untuk bolasepak.
Berbeza pula di Malaysia. Terutamanya kelab dari selatan tanah air, sudah la identiti kelab diragut, penyokong pula memberi sokongan membabi buta. Tanpa peduli kepada tradisi dan sejarah kelab.
No comments:
Post a Comment