Friday, 6 March 2015

Pasangan Kembar Tapi Berbeza Warna Kulit

Ini mungkin boleh dikategorikan sebagai un-identical twins, Jayden dan Xavier Boughey adalah pasangan adik beradik kembar. Mereka juga memiliki satu lagi perbezaan iaitu, Jayden lahir pada 6 November manakala Xavier pada 7 November. Ini kerana Xavier keluar selepas tengah malam 6.11.2004.

Jayden, berkulit coklat mewarisi warna itu dari ibunya yang berketurunan Samoa, Xavier pula mewarisi genetik ayahnya berkulit putih. Mengikut ratio, setiap 1 juta kelahiran bayi kembar hasil perkahwinan berbeza kaum, akan lahir kembar yang berbeza warna kulit. Walaupun berkulit cerah, Xavier sedikit cemburu dengan abangnya kerana dia tidak perlu menyapu sun block pada kulit sebelum berjemur. Mereka juga mempunyai karakter berbeza, oleh sebab itu mereka ditempatkan di kelas yang berbeza di sekolah kerana Xavier dikhuatiri terlalu bergantung harap pada abangnya.






No comments:

Post a Comment