Sunday, 8 March 2015
Mane Garrincha Stadium Piala Dunia Kini Depot Bas
Seperti yang dijangka, penganjuran Piala Dunia di Brazil akan mendatangkan kesan buruk di masa depan. Stadium Mane Garrincha,Brasillia stadium yang menelan belanja lebih 1.5 bilion ringgit ( 900 juta us dolar ) dan juga stadium kedua termahal dunia selepas Wembley. Kini digunakan sebagai depot bas selepas tidak mampu menarik jumlah penonton yang ramai sejak berakhir piala dunia yang lalu. Buat pengetahuan semua tiada pasukan bolasepak dari liga atasan yang berpangkalan di Brasillia, lebih buruk lagi kelab tempatan yang beraksi di situ hanya mampu menarik 10 000 penonton sahaja berbanding kapasiti stadium itu 72 000. Kos penyelenggaraan bulanan menelan belanja 550 ribu ringgit dan ini menampakkan bahawa penganjuran Fifa World Cup 2014 di Brazil ini hanyalah satu projek pembaziran di mana warga Brazil masih terhimpit dengan masalah kemiskinan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment