Monday 30 March 2015

Perro Aguero Jr Penggusti Yang Mati Di Semasa Beraksi

Perro Aguero Jr sedang bergusti dalam acara tagteam bersama pasanganya, Manik menentang Rey Mysterio dan Xtreme Tiger. Punca kematian Perro adalah disebabkan dropkick dari Rey ke arah bahagian kiri lehernya menyebabkan dia patah tulang belakang. Mysterio tidak menyedari insiden itu hinggalah selepas dia melakukan gerakan penyudah 619 ( yang sebenarnya tidak mencederakan sesiapa ), Perro sudah tidak lagi bergerak.

Perro disahkan mati sejam selepas diusung keluar dari gelanggang, kerana pada waktu kejadian doktor yang betugas sedang merawat 2 penggusti yang cedera. Memang sukan gusti hiburan ini berlakon dan semua nya sudah dirancang tetapi kecederaan dan kesakitan yang mereka alami itu bukan olok-olok, inilah harga yang mahal untuk sebuah hiburan.



No comments:

Post a Comment