Thursday, 26 March 2015

10 Produk Gagal Di Pasaran

Tidak banyak yang aku ketahui tentang produk ini kerana tidak dipasarkan di Malaysia tetapi cukup terhibur dengan fakta-fakta yang diberikan dalam video ini. Sungguh aneh apabila Clairol Touch menghasilkan syampu yogurt tetapi ditarik balik dari pasaran kerana ada pengguna yang memakan shampu yogurt tersebut dan mengalami sakit perut. Mc Donald Arch Deluxe pula dihentikan hanya kerana harganya yang mahal dan berlebihan jumlah kalori.

Coca Cola pula menghentikan pengeluaran perisa barunya pada 1985 dan kembali ke perisa asal hanya selepas 79 hari di pasaran !! Syarikat Jell O pula mengalami kerugian pada dekad 60 an kerana menghasilkan jeli berperisa sayur-sayuran ! Paling mengejutkan apabila BIC, pengeluar alat tulis menghasilkan seluar dalam tetapi tidak mendapat sambutan dan kembali fokus kepada perusahaan alat tulis mereka.


No comments:

Post a Comment