Aurelien Hayman 20 tahun,seorang lelaki yang mampu mengingati setiap apa jua perkara yang berlaku di masa lepas dengan baik.ini bukan genius atau kerana dia suka membaca semula diari hariannya tetapi ini disebabkan penyakit Hyperthymesia iaitu sejenis mampu mengimbas kembali memori dengan tepat dan pantas.
sebagai contoh dia ditanya apa yang berlaku pada 1 oktober 2006, dia menjawab hari itu hari sabtu, pada hari itu dia memakai baju biru,dia ada mengajak seorang perempuan keluar bersamanya tetapi pelawaannya ditolak,dia mendengar lagu when you were young kumpulan the killers,langit ketika itu cerah dia juga memberitahu pada hari khamis rumahnya terputus bekalan elektrik.
secara umumnya setiap orang dari kita hanya mampu mengingati kenangan lama dalam jarak 11 usia kita.contohnya seorang manusia berumur 20 tahun hanya mampu mengingati dengan jelas apa yang dia lalui sejak dia berumur 9 tahun.penyakit hyperthymesia ini berpunca dari kedua-dua frontal lobe otaknya berbanding manusia biasa yang mengingati maklumat dari frontal lobe sebelah kanan.
tetapi kebolehan itu tidak membantu nya menjadi pelajar cemerlang dalam menjawab peperiksaan dalam jurusan sastera bahasa Inggeris di Durham Universiti.penyakit jenis ini dijangkan hanya berlaku kepada 20 orang saja di dunia ini dan Aureliean dijangka satu-satunya warga Britain yang menghidap nya