Saturday, 10 January 2015

Australia 4-1 Kuwait Piala Asia 2015


Senyap sungguh timeline FB dan twitter tanpa sebarang update berkenaan Piala Asia 2015 ini, agaknya orang Malaysia ni lupa Piala Asia ni lebih besar dan berprestij dari AFF Suzuki. Seperti yang dijangka cuma tidak cliche seperti biasa.

Perlawanan berlangsung di Melbourne Rectangular Stadium, stadium yang digunakan oleh pasukan bolasepak Melbourne Victory dan Melbourne City, juga digunakan oleh pasukan ragbi, Melbourne Storm dan Melbourne Rebel. Wow !! 4 pasukan berkongsi 1 stadium tapi rumput mampu dijaga dengan baik dan rapi. Situasi yang berbeza dengan rumput di Stadium Shah Alam dan Bukit Jalil yang digunakan oleh 1 pasukan saja.



Australia mudah menewaskan Kuwait dengan jaringan 4-1. Itupun Kuwait terlebih dahulu mendahului hasil gerakan set pieces apabila Tim Cahill gagal mengawal kemas Hussain Fadhel menyebabkan dia mudah menanduk masuk hantaran sudut untuk gol pertama Kuwait. Sebaik saja dikejutkan, Socceroos terus mengatur serangan dan asakan bertubi-tubi ke gawang Kuwait, Kuwait pula cuba melakukan serangan balas tetapi kurang kreativiti menyebabkan mereka hanya mampu menghantar bola ke tengah padang dan kembali bertahan.


Usaha Socceroos akhirnya membuahkan hasil apabila Tim Cahill yang sebelum itu dikawal rapat pertahanan Kuwait akhirnya berjaya lolos untuk menyamakan kedudukan hasil cut inside daripada Massimo Luongo. Stadium yang dibanjiri Green and Gold army bergema !! sungguh aneh situasi ini kerana Australia adalah negara dimana sukan Ragbi,Kriket dan Aussie Rules Football adalah sukan dominan tetapi sokongan yang diberikan oleh warga Down Under membuatkan kita lupa sejenak mereka bukan kuasa besar bolasepak. 


Tempo permainan menjadi milik Australia apabila mereka kerap melancarkan serangan dari kedua-dua belah sayap kerana mereka tidak memiliki midfielder yang kreatif, jadi untuk mencipta gol permainan mereka bermula dari Defender menghantar bola kepada Winger untuk membuat hantaran lintang mencari kepala Tim Cahill.

Gol kedua muncul apabila Massimo Luongo melonjak tinggi dan tandukannya tepat ke penjuru gol kuwait hasil hantaran lintang Ivan Franjic. Kalau diikutkan jumlah shot on goal Australia sudah boleh mendahului 4-1 di separuh masa pertama. Tetapi itulah, palang gol menjadi penyelamat kepada Kuwait yang hanya mampu bertahan di kawasan sendiri tanpa melancarkan sebarang serangan.


Robbie Kruse dijatuhkan dalam kotak penalti dan dengan mudah Mile Jedinak menolak masuk untuk gol ketiga Australia, dari sini kita boleh tahu bahawa Kuwait bukanlah setaraf dengan Socceroos dan cukup untuk kita faham kenapa di Piala Dunia yang lalu mereka tidak bermain pada taraf terbaik kerana Ange Postecoglou cuba menyediakan skuad terbaiknya untuk kejohanan ini dengan mengambil sejumlah besar pemain-pemain muda dan digandingkan dengan pemain berpengalaman untuk membentuk skuad Australia berwajah baru.


Australia seperti tidak berpuas hati dengan 3-1, asakan ke gawang Kuwait dipertingkatkan tetapi kelemahan barisan serangan yang tumpul menyebabkan banyak peluang di sia siakan. Australia masih belum menemui pengganti sesuai  Mark Viduka. James Troisi meledak gol ke 4 apabila dia merembat masuk bola hasil usaha Matthew Leckie yang mengelecek 2 pertahanan Kuwait tetapi gagal menemui sasaran dan peluang itu diambil Troisi untuk gol 4 tuan rumah.

Permulaan yang baik untuk tuan rumah. Tetapi halangan berikutnya lagi berbisa kerana Korea Selatan dan Oman bakal menunggu, 2 pasukan yang sering bersaing dengan Australia untuk pusingan akhir Piala Dunia Zon Asia.


No comments:

Post a Comment