Wednesday, 14 January 2015

Australia 4-0 Oman Piala Asia 2015


Perlawanan berlangsung di Stadium Australia, Melbourne ini, dihadiri lebih 50 ribu penonton. Tekanan sebelum perlawanan ini lebih memihak kepada Australia kerana dalam perlawanan terdahulu Korea Selatan hanya mampu mencatat kemenangan tipis ke atas Oman, di kedudukan ranking FIFA Oman 93, Australia 100.


Seperti biasa, Oman terlebih dahulu mengasak apabila rembatan Raed Ibrahim ditepis keluar Matt Ryan. Australia mula mendapatkan rentak permainan mereka selepas minit ke 20 dimana mereka berjaya menekan Oman sehingga Ali Al Habsyi resah gelisah di gawangnya sendiri. Sepakan sudut Robbie Kruse tepat mengenai kepala Trenst Sainsburry dan bola sampai ke kaki Matt McKay untuk dia menguis kedalam gol Oman, dimana pemain Oman membuat bantahan Offsaid. 




Keyakinan Australia mula meningkat selepas gol pertama, gerakan cantik 1-2 Robbie Kruse dan Massimo Luongo berjaya menambah gol kedua Socceroos. Robbie Kruse menghantar bola kepada Massimo Luongo, dengan menahan bola menggunakan buku lali dan melambung nya semula kepada Kruse dan disudahi sepakan leret ke pintu gol Oman.



Hantaran lintang Robbie Kruse cuba mencari Tim Cahill tetapi gagal kerana dia dikawal ketat pertahanan Oman, Mark Milligan berjaya mendapatkan bola dan meledak gol ke 3 Australia tetapi dibatalkan pengadil kerana mahu memberikan sepakan penalti kepada Australia setelah Tim Cahill dijatuhkan sebelum itu. Mark Milligan mengambil penalti dan dengan tenang merembat ke penjuru kanan gol Oman untuk Australia mendahului 3-0 di separuh masa pertama. Jika tidak kerana tiang gol dan kecekapan Ali Al Habsyi sudah pasti Austrlia mendahului 5-0 di separuh masa pertama.




Di separuh masa kedua, Australia melakukan pertukaran awal dengan Cahill dan Luongo dikeluarkan untuk memasukkan Mark Bresciano dan Tomi Juric. Tempo permainan Australia kurang rancak di separuh masa kedua, banyak peluan gol terhidang tetapi gagal disudahkan dengan baik kerana mereka tiada penyerang berbisa, Sehinggalah minit ke 77, larian pantas Matthew Leckie disudahi dengan hantaran lintang tepat ke kaki Tomi Juric untuk gol ke 4 Australia. Australia tidak lagi bermain di tekanan tinggi di separuh masa kedua menyebabkan Oman berjaya melancarkan serangan ke pintu gol mereka tetapi kerana kualiti pemain mereka belum di tahap memuaskan. Mark bresciano sepatutnya menjadikan kedudukan 5-0 tetapi rembatan sedikit tinggi dari palang gol.




Dengan 6 mata dari 2 perlawanan dan 8 gol berjaya dihasilkan dari 8 pemain berbeza, Socceroos cuma memerlukan seri saja ketika bertemu Korea Selatan nanti untuk menjadi juara kumpulan. Ange Postecolglou setakat ini dilihat berjaya melaksanakan tugasnya dengan membina semula pasukan Australia ini dengan menampilkan banyak muka-muka baru dan sedikit saja pemain veteran.



No comments:

Post a Comment