Li Tie
Separuh masa pertama, kawalan bola banyak didominasi oleh Australia tetapi mereka buntu untuk melancarkan serangan dan 25 minit pertama mereka hanya melakukan back pass sesama pertahanan-gol keeper dan menghantar bola jauh ke winger dan Tim Cahill. Paling memeritkan lagi bila Australia tercari cari rentak permainan dan jelas sekali hantaran ke belakang sesama mereka hampir menjerat diri kerana China sering kali berjaya melancarkan counter attack dan ada kala hampir menjaringkan gol cuma nasib tidak menyebelahi mereka.
Kelemahan jelas ketara ialah Mark Bresciano yang sering dimasukkan sebagai pemain simpanan gagal bermain dengan baik di separuh masa pertama, tidak dapat membiasakan diri dengan tempo permainan dan sering melakukan hantaran jauh yang sia-sia. China pula di separuh masa pertama banyak bertahan dengan cemerlang di kawasan mereka apabila menutup ruang tengah dan hanya membiarkan pemain Australia bermain bola di flanker dan kawasan mereka saja. Nampaknya percaturan Allain Perrin seakan menjadi dengan Australia bermain tanpa build up play yang bagus dan hanya menyerang melalui hantaran jauh dan set piece saja. Pujian patut diberikan kepada Wang Dalei, penjaga gol China yang beraksi cemerlang menepis asakan Australia.
Di separuh masa kedua, Australia berjaya mendapatkan rentak permainan mereka dengan pemain China mula melonggarkan ' tembok besar China ' mereka. Permainan Australia lebih menarik untuk ditonton di separuh masa kedua apabila mereka berjaya menjaringkan gol melalui Tim Cahill, sepakan gunting nya mengegarkan stadium setelah sepakan sudut Mark Bresciano yang ditanduk keluar pertahanan China telah ditanduk masuk semula oleh Ivan Franjic yang kemudian sampai tepat kepada Tim Cahill untuk gol pertama Socceroos.
Gol kedua menyusul selepas Matthew Leckie membuat hantaran lintang kepada Cahill dan pertahanan China hanya mengepung dan melihat saja Matthew Leckie membawa bola tanpa memberi asakan keras seperti yang mereka lakukan di separuh masa pertama. Bola sampai tepat ke kepala Cahill yang tidak dikawal ketat oleh 4 pertahanan China di dalam kotak penalti, agak hairan dengan disiplin pertahanan China ini, selain Cahill tiada lagi pemain Australia di dalam kotak penalti dan ada 4 pertahanan China disitu, kenapa 2 dari mereka tidak bersaing merebut bola dengan Tim Cahill ? dan membiarkan dia melakukan tandukan bebas tanpa sebarang cabaran untuk menanduk bola ?
Australia pula boleh menambah jaringan kepada 3-0,4-0 jika pemain mereka seperti Mark Bresciano,Mark Milligan dan Nathan Burns melakukan penyudah dengan tenang di depan pintu gol.
No comments:
Post a Comment