Sunday, 25 January 2015

Watford 7-2 Blackpool Comeback Of The Year !!

Mungkin boleh juga dianggap comeback of the decade ?? bayangkan Blackpool mendahului Watford 2-0 di separuh masa pertama. Tetapi di separuh masa kedua mereka bangkit dengan 7 gol !! comeback yang biasa kita lihat hanya 3-4 gol tetapi amat sukar untuk dijangka bagaimana Watford mampu menjaringkan 7 gol ?? dan lebih menarik lagi, kedua-dua pasukan bermain dengan 11 pemain. Hairan...kebiasaannya comeback ini dibantu dengan sekurang-kurangnya 1 atau 1 pemain dikenakan kad merah.



Friday, 23 January 2015

Australia 2-0 China Piala Asia 2015

Perlawanan suku akhir ini berlangsung di Brisbane Stadium ini dihadiri 46 067 orang penyokong. Stadium dimana pasukan A league, Brisbane Roars bermain disamping beberapa pasukan ragbi league dan union. Ange Postecoglou pula melakukan 7 pertukaran dari skuad menentang Korea Selatan yang lalu. Allain Perrin, yang dahulunya pernah mengurus Portsmouth dan Lyon dibantu oleh Li Tie, bekas pemain Everton yang bertindak sebagai penterjemah dan pembantu pengurus.

Li Tie 

Separuh masa pertama, kawalan bola banyak didominasi oleh Australia tetapi mereka buntu untuk melancarkan serangan dan 25 minit pertama mereka hanya melakukan back pass sesama pertahanan-gol keeper dan menghantar bola jauh ke winger dan Tim Cahill. Paling memeritkan lagi bila Australia tercari cari rentak permainan dan jelas sekali hantaran ke belakang sesama mereka hampir menjerat diri kerana China sering kali berjaya melancarkan counter attack dan ada kala hampir menjaringkan gol cuma nasib tidak menyebelahi mereka. 


Kelemahan jelas ketara ialah Mark Bresciano yang sering dimasukkan sebagai pemain simpanan gagal bermain dengan baik di separuh masa pertama, tidak dapat membiasakan diri dengan tempo permainan dan sering melakukan hantaran jauh yang sia-sia. China pula di separuh masa pertama banyak bertahan dengan cemerlang di kawasan mereka apabila menutup ruang tengah dan hanya membiarkan pemain Australia bermain bola di flanker dan kawasan mereka saja. Nampaknya percaturan Allain Perrin seakan menjadi dengan Australia bermain tanpa build up play yang bagus dan hanya menyerang melalui hantaran jauh dan set piece saja. Pujian patut diberikan kepada Wang Dalei, penjaga gol China yang beraksi cemerlang menepis asakan Australia.


Di separuh masa kedua, Australia berjaya mendapatkan rentak permainan mereka dengan pemain China mula melonggarkan ' tembok besar China ' mereka. Permainan Australia lebih menarik untuk ditonton di separuh masa kedua apabila mereka berjaya menjaringkan gol melalui Tim Cahill, sepakan gunting nya mengegarkan stadium setelah sepakan sudut Mark Bresciano yang ditanduk keluar pertahanan China telah ditanduk masuk semula oleh Ivan Franjic yang kemudian sampai tepat kepada Tim Cahill untuk gol pertama Socceroos.


Gol kedua menyusul selepas Matthew Leckie membuat hantaran lintang kepada Cahill dan pertahanan China hanya mengepung dan melihat saja Matthew Leckie membawa bola tanpa memberi asakan keras seperti yang mereka lakukan di separuh masa pertama. Bola sampai tepat ke kepala Cahill yang tidak dikawal ketat oleh 4 pertahanan China di dalam kotak penalti, agak hairan dengan disiplin pertahanan China ini, selain Cahill tiada lagi pemain Australia di dalam kotak penalti dan ada 4 pertahanan China disitu, kenapa 2 dari mereka tidak bersaing merebut bola dengan Tim Cahill ? dan membiarkan dia melakukan tandukan bebas tanpa sebarang cabaran untuk menanduk bola ?


Australia pula boleh menambah jaringan kepada 3-0,4-0 jika pemain mereka seperti Mark Bresciano,Mark Milligan dan Nathan Burns melakukan penyudah dengan tenang di depan pintu gol.


Thursday, 22 January 2015

Australia 0-1 Korea Selatan Piala Asia 2015

50 000 penyokong memenuhi stadium...dan Australia sebagai tuan rumah cuma memerlukan seri saja untuk menjadi juara kumpulan. Tidak banyak rombakan yang dilakukakan Ange Postecoglou dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini .


Tetapi sebaik saja perlawanan bermula Australia bermain di luar dari jangkaan semua, segala gerak serangan dilancarkan dari tengah dan bola dihantar kepada 2 orang penyerang. Berbeza dengan perlawanan terdahulu dimana Socceroos bermain menggunakan pemain sayap sebagai feeder kepada striker,target man. 


20 minit pertama, kedua-dua pasukan lebih banyak bermain secara berhati-hati. Australia lebih banyak menyerang dan mendominasi bola berbanding korea tetapi masih gagal menembusi gawang gol Korea Selatan. Korea Selatan berjaya menjaringkan gol setelah pertahanan Australia gagal mengawasi pergerakan Lee Keun Ho dengan tenang merembat ke pintu gol Australia dari penjuru padang dan ditolak kemas Lee Jung Hyup untuk gol pertama Korea.


Tim Cahill dimasukkan tetapi penjaga gol korea bertindak cemerlang menafikan segala percubaan Socceroos, perlawanan tamat dan Australia bakal bertemu China, manakala Korea bertemu Uzbekistan.


Sunday, 18 January 2015

Adik Beradik Pekerja KFC Bergaduh

Pekerja KFC yang bergaduh sesama sendiri ini adalah pasangan adik beradik, punca pergaduhan kerana tidak membantu kakak nya yang dalam masalah. Tindakan sebegini amat memalukan dan mencemar nama baik KFC.




Wednesday, 14 January 2015

Australia 4-0 Oman Piala Asia 2015


Perlawanan berlangsung di Stadium Australia, Melbourne ini, dihadiri lebih 50 ribu penonton. Tekanan sebelum perlawanan ini lebih memihak kepada Australia kerana dalam perlawanan terdahulu Korea Selatan hanya mampu mencatat kemenangan tipis ke atas Oman, di kedudukan ranking FIFA Oman 93, Australia 100.


Seperti biasa, Oman terlebih dahulu mengasak apabila rembatan Raed Ibrahim ditepis keluar Matt Ryan. Australia mula mendapatkan rentak permainan mereka selepas minit ke 20 dimana mereka berjaya menekan Oman sehingga Ali Al Habsyi resah gelisah di gawangnya sendiri. Sepakan sudut Robbie Kruse tepat mengenai kepala Trenst Sainsburry dan bola sampai ke kaki Matt McKay untuk dia menguis kedalam gol Oman, dimana pemain Oman membuat bantahan Offsaid. 




Keyakinan Australia mula meningkat selepas gol pertama, gerakan cantik 1-2 Robbie Kruse dan Massimo Luongo berjaya menambah gol kedua Socceroos. Robbie Kruse menghantar bola kepada Massimo Luongo, dengan menahan bola menggunakan buku lali dan melambung nya semula kepada Kruse dan disudahi sepakan leret ke pintu gol Oman.



Hantaran lintang Robbie Kruse cuba mencari Tim Cahill tetapi gagal kerana dia dikawal ketat pertahanan Oman, Mark Milligan berjaya mendapatkan bola dan meledak gol ke 3 Australia tetapi dibatalkan pengadil kerana mahu memberikan sepakan penalti kepada Australia setelah Tim Cahill dijatuhkan sebelum itu. Mark Milligan mengambil penalti dan dengan tenang merembat ke penjuru kanan gol Oman untuk Australia mendahului 3-0 di separuh masa pertama. Jika tidak kerana tiang gol dan kecekapan Ali Al Habsyi sudah pasti Austrlia mendahului 5-0 di separuh masa pertama.




Di separuh masa kedua, Australia melakukan pertukaran awal dengan Cahill dan Luongo dikeluarkan untuk memasukkan Mark Bresciano dan Tomi Juric. Tempo permainan Australia kurang rancak di separuh masa kedua, banyak peluan gol terhidang tetapi gagal disudahkan dengan baik kerana mereka tiada penyerang berbisa, Sehinggalah minit ke 77, larian pantas Matthew Leckie disudahi dengan hantaran lintang tepat ke kaki Tomi Juric untuk gol ke 4 Australia. Australia tidak lagi bermain di tekanan tinggi di separuh masa kedua menyebabkan Oman berjaya melancarkan serangan ke pintu gol mereka tetapi kerana kualiti pemain mereka belum di tahap memuaskan. Mark bresciano sepatutnya menjadikan kedudukan 5-0 tetapi rembatan sedikit tinggi dari palang gol.




Dengan 6 mata dari 2 perlawanan dan 8 gol berjaya dihasilkan dari 8 pemain berbeza, Socceroos cuma memerlukan seri saja ketika bertemu Korea Selatan nanti untuk menjadi juara kumpulan. Ange Postecolglou setakat ini dilihat berjaya melaksanakan tugasnya dengan membina semula pasukan Australia ini dengan menampilkan banyak muka-muka baru dan sedikit saja pemain veteran.



Monday, 12 January 2015

Mahar Laskar Pelangi Meninggal Dunia !!

Verrys Yamarno, yang terkenal dengan watak Mahar dalam filem Laskar Pelangi meninggal dunia petang tadi WIB 15.00 ( 4.00 pm waktu Malaysia ). Dia yang sedang menuntut di Institut Kesenian Jakarta itu  berada di semester ke 3. Dia meninggal dunia selepas meminta rakannya Zulfani menyapu minyak panas di dadanya, dia sejak kebelakangan ini berasa kurang sihat dan sering muntah-muntah. Mahar melanjutkan pelajaran di IKJ bersama 2 rakannya dari Pulau Belitung, Zulfani dan Yogi yang sama-sama membintangi filem Laskar Pelangi.





Saturday, 10 January 2015

Australia 4-1 Kuwait Piala Asia 2015


Senyap sungguh timeline FB dan twitter tanpa sebarang update berkenaan Piala Asia 2015 ini, agaknya orang Malaysia ni lupa Piala Asia ni lebih besar dan berprestij dari AFF Suzuki. Seperti yang dijangka cuma tidak cliche seperti biasa.

Perlawanan berlangsung di Melbourne Rectangular Stadium, stadium yang digunakan oleh pasukan bolasepak Melbourne Victory dan Melbourne City, juga digunakan oleh pasukan ragbi, Melbourne Storm dan Melbourne Rebel. Wow !! 4 pasukan berkongsi 1 stadium tapi rumput mampu dijaga dengan baik dan rapi. Situasi yang berbeza dengan rumput di Stadium Shah Alam dan Bukit Jalil yang digunakan oleh 1 pasukan saja.



Australia mudah menewaskan Kuwait dengan jaringan 4-1. Itupun Kuwait terlebih dahulu mendahului hasil gerakan set pieces apabila Tim Cahill gagal mengawal kemas Hussain Fadhel menyebabkan dia mudah menanduk masuk hantaran sudut untuk gol pertama Kuwait. Sebaik saja dikejutkan, Socceroos terus mengatur serangan dan asakan bertubi-tubi ke gawang Kuwait, Kuwait pula cuba melakukan serangan balas tetapi kurang kreativiti menyebabkan mereka hanya mampu menghantar bola ke tengah padang dan kembali bertahan.


Usaha Socceroos akhirnya membuahkan hasil apabila Tim Cahill yang sebelum itu dikawal rapat pertahanan Kuwait akhirnya berjaya lolos untuk menyamakan kedudukan hasil cut inside daripada Massimo Luongo. Stadium yang dibanjiri Green and Gold army bergema !! sungguh aneh situasi ini kerana Australia adalah negara dimana sukan Ragbi,Kriket dan Aussie Rules Football adalah sukan dominan tetapi sokongan yang diberikan oleh warga Down Under membuatkan kita lupa sejenak mereka bukan kuasa besar bolasepak. 


Tempo permainan menjadi milik Australia apabila mereka kerap melancarkan serangan dari kedua-dua belah sayap kerana mereka tidak memiliki midfielder yang kreatif, jadi untuk mencipta gol permainan mereka bermula dari Defender menghantar bola kepada Winger untuk membuat hantaran lintang mencari kepala Tim Cahill.

Gol kedua muncul apabila Massimo Luongo melonjak tinggi dan tandukannya tepat ke penjuru gol kuwait hasil hantaran lintang Ivan Franjic. Kalau diikutkan jumlah shot on goal Australia sudah boleh mendahului 4-1 di separuh masa pertama. Tetapi itulah, palang gol menjadi penyelamat kepada Kuwait yang hanya mampu bertahan di kawasan sendiri tanpa melancarkan sebarang serangan.


Robbie Kruse dijatuhkan dalam kotak penalti dan dengan mudah Mile Jedinak menolak masuk untuk gol ketiga Australia, dari sini kita boleh tahu bahawa Kuwait bukanlah setaraf dengan Socceroos dan cukup untuk kita faham kenapa di Piala Dunia yang lalu mereka tidak bermain pada taraf terbaik kerana Ange Postecoglou cuba menyediakan skuad terbaiknya untuk kejohanan ini dengan mengambil sejumlah besar pemain-pemain muda dan digandingkan dengan pemain berpengalaman untuk membentuk skuad Australia berwajah baru.


Australia seperti tidak berpuas hati dengan 3-1, asakan ke gawang Kuwait dipertingkatkan tetapi kelemahan barisan serangan yang tumpul menyebabkan banyak peluang di sia siakan. Australia masih belum menemui pengganti sesuai  Mark Viduka. James Troisi meledak gol ke 4 apabila dia merembat masuk bola hasil usaha Matthew Leckie yang mengelecek 2 pertahanan Kuwait tetapi gagal menemui sasaran dan peluang itu diambil Troisi untuk gol 4 tuan rumah.

Permulaan yang baik untuk tuan rumah. Tetapi halangan berikutnya lagi berbisa kerana Korea Selatan dan Oman bakal menunggu, 2 pasukan yang sering bersaing dengan Australia untuk pusingan akhir Piala Dunia Zon Asia.


Apabila Logo Kelab Bolasepak Diwarnakan Dengan Warna Musuh Ketat

Logo Man City lebih cantik dalam warna merah, logo Newcastle dan Sunderland rupa-rupanya mirip anrara satu sama lain. Rasa seperti dalam dimensi lain pula


Tuesday, 6 January 2015

10 Negara Termurah Dan Termahal

Diukur berdasarkan CPI - Consumer Price Index - meletakkan India berada di tangga teratas untuk yang termurah dan Norway untuk yang termahal. Jika India murah lihat lah berapa gaji yang mereka perolehi rata-rata pekerja di India dibayar pada harga yang murah ( underpaid ) tidak padan dengan kerja mereka yang berat seperti buruh dan bertukang. Norway pula memang taraf hidup paling tinggi, tapi jika dinilai pada gaji yang mereka terima agak lumayan dan setimpal dengan kerja mereka.

Contoh : Norway gaji 5 ribu - harga Iphone 6 plus - 1 ribu.
               India gaji 1 ribu - harga Iphone 6 plus - 3 ribu

Memang Norway negara paling mahal, tapi taraf hidup yang tinggi itu dapat diseimbangkan dengan gaji mereka yang besar dan kuasa beli yang tinggi.



Monday, 5 January 2015

Penceroboh Perpustakaan MMU Berjaya Diberkas

Babi hutan yang menceroboh masuk ke perpustakaan MMU dengan merempuh dinding kaca hingga pecah berjaya ditumpaskan dengan bantuan bomba.


Komen Peminat JDT Yang Tak Kering Gusi

Tengok gaya macam pandai sangat pasal bolasepak asia ni, tapi yang kelakar nya AFC Champions League dan ACL pun boleh keliru... Tu la, bila sokong team baru wujud setahun jagung. Tu entah layak ke tidak main AFC Champions League tu. AFC Champions League  atau ACL tu same la, apa bengap sangat IQ penyokong lanun ini ??



Diskaun Harga Paling Maksimum !!!!

Cuba kira jurang harga sebelumnya dan harga pada masa kini...besar nilai nya tu #Sarcasm


Friends Of BN Kantoi !!

Memang benar banjir di Kelantan terjadi akibat penebangan hutan berleluasa tetapi dengan menggunakan imej di tempat lain untuk menggambarkan suasana di Kelantan amatlah tidak profesional. Apa salahnya jika gunakan imej,gambar yang sebenar ??



Pengunjung Perpustakaan Yang Tidak Dijangka

Macam mana babi hutan boleh ada dalam library MMU ni ?? pelik bin ajaib.


Saturday, 3 January 2015

Pallet Kayu Diubahsuai Menjadi Parquet

Keluarga ini melihat lambakan palet kayu yang akan dilupuskan. Tetapi mereka terfikir untuk membuat sesuatu darinya dan dari situ timbul idea untuk menghasilkan parquet, sungguh inovatif mereka ini apabila merubah bahan buangan menjadi bahan hiasan yang tahan lama.

sumber : palet kayu diubahsuai menjadi parquet