Thursday 3 July 2014

Tony Carr - Legenda Akademi West Ham United

Khidmat 40 tahun Tony Carr sebagai pengarah akademi bolasepak West Ham United berakhir bulan ini apabila dia digantikan oleh Terry Wesley, bekas pengarah akademi Birmingham City. Carr, yang terkenal kerana berjaya membawa masuk sejumlah pemain remaja yang kemudiannya menyinar di masa hadapan seperti Jermaine Defoe, Michael Carrick, Frank Lampard, Joe Cole, Glen Johnson dan  Rio Ferdinand. Atas khidmat cemerlang nya lah West Ham United digelar ' academy of football ' kerana mereka banyak memberi peluang kepada anak-anak tempatan bermain di peringkat tertinggi bolasepak Inggeris. Sebenarnya Carr bukan dipecat tetapi dia dilantik sebagai Duta West Ham United dalam tujuan mempromosi kelab itu dan berharap dapat menarik minat bakat-bakat baru untuk mencuba nasib bersama West Ham.



No comments:

Post a Comment