Wednesday 2 July 2014

Berakhir Sudah Kempen Piala Dunia 2014 Aku


Tersingkirnya USA di tangan Belgium pagi tadi membuatkan aku tiada pasukan untuk di sokong selepas Australia, pilihan utama aku  dan England tersingkir awal. Lagi menyedihkan kekalahan pagi tadi terjadi di masa tambahan dan banyak peluang gol USA di sia-sia kan barisan hadapan. Walau apa pun kami penyokong USA bangga dengan pencapaian kami ini walaupun kami rasa kami berhak untuk layak ke peringkat seterusnya.


Sukan Soccer di USA bukan lah sukan utama tetapi kami masih mampu menarik sejumlah ribuan penyokong untuk mengikuti perjalanan pasukan soccer USA di Brazil. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang bertungkus lumus membawa pasukan yang asing dalam dunia bolasepak ini di peringkat 16 terakhir, pada awal pertandingan pasukan USA diramal akan pulang awal kerana tersenarai dalam kumpulan maut yang terdiri daripada Ghana, Jerman dan Portugal. 


Terima kasih kepada anda semua yang memberikan sokongan kepada pasukan USA walaupun skuad kami ini serba sederhana tanpa pemain bintang bertaraf dunia.


No comments:

Post a Comment