Tuesday 1 July 2014

BEKO - Penaja Terbaru Barcelona

Barcelona memecah tradisi dan prinsip mereka yang tidak mahu mempromosikan komersialisme di jersi apabila mereka mempamerkan logo Qatar Airways di dada jersi dan kini pula mereka menambah logo BEKO, sebuah syarikat perkakasan rumah . Penajaan itu berlangsung selama 4 tahun dengan logo BEKO terpampang di kiri lengan jersi. Logo itu boleh dipamerkan di semua pertandingan seperti La Liga, Copa Del Rey dan jelajah musim panas mereka tetapi tidak boleh digunakan untuk perlawanan Liga Juara-juara Eropah kerana syarat yang dikenakan ialah satu logo itu mesti berunsurkan komersialisme dan satu lagi tidak berunsurkan keuntungan. Untuk slot komersialisme telah diambil oleh Qatar Airways dan Unicef untuk slot bukan bermotifkan keuntungan.



Untuk pengetahuan semua, musim lepas Barca ada membuat perjanjian dengan Intel tetapi logo penajaan Intel itu dicetak di bahagian dalam jersi.




No comments:

Post a Comment