Thursday, 3 July 2014

Senarai Pemain Bolasepak Yang Terikat Dengan Klausa Perpindahan

Adam Lallana dahulunya bermain untuk Bournemouth FC iaitu pasukan bolasepak dimana dia memulakan karier profesionalnya. Semasa dia berpindah ke Southampton, kelab nya ketika itu mengenakan syarat yang mereka akan memperolehi komisen 25% dari harga jualan pemain itu. Bermakna jika dia ( Adam Lallana ) berpindah ke pasukan lain, jika dia dibeli  pada harga 1 juta , maka kelab asal nya Bournemouth  yang menetapkan komisen 25% itu akan memperolehi 250 000 dari jumlah 1 juta itu dan baki 750 000 itu milik Southampton ( kelab semasa Adam sebelum dia berpindah ke kelab baru ).

Cara klausa ini begitu membantu kelab-kelab yang berada di liga bawahan untuk meraih keuntungan jangka panjang hasil penjualan pemain mereka kerana tetapi tidak semua pasukan bolasepak profesional menggunakan cara ini kerana mereka tidak menjangka seseorang pemain itu di masa hadapan mampu menyinar dan mendatangkan harga perpindahan yang lumayan seperti West Ham United yang rugi besar apabila Michael Carrick dan Rio Ferdinand ( graduan akademi mereka ) dijual oleh kelab semasa mereka ke pasukan lain pada harga yang besar . Dibawah ialah senarai pemain-pemain bolasepak yang mempunyai klausa perpindahan dalam kontrak mereka.


Ashley Young - Watford meraih untung atas angin sebanyak 2.5 juta pound sterling pada 2011 apabila  Aston Villa menjualnya ke MU pada harga 17 juta pound.


 Dwight Gayle - Dagenham & Redbridge menetapkan 20% perolehan dari kontrak nya ketika dia dijual ke  Peterborough, apabila Crystal Palace membeli nya dari Peterborough, D&R memperolehi 1 juta pound dari  wang perpindahannya itu.


Gareth Bale -  Asalnya dia dijual pada harga 5 juta dari Southampton beserta bayaran tambahan 5 juta berdasarkan penampilan dan lain-lain, kemudian Soton dilanda krisis kewangan dan menyebabkan mereka melupuskan 25 % pemilikan dari kontrak Bale dan menerima saja wang tambahan 3 juta dari Spurs dan penjaga gol muda Tottenham Hotspurs, Tony Forecast ke Southampton sebahagian dari perjanjian itu. Apabila Bale berhijrah ke Real Madrid pada harga 85 juta pound, dianggarkan Southampton rugi 20 juta pound dari pelupusan klausa 25% itu. Lebih malang lagi, Tony Forecast dilepaskan tanpa sebarang bayaran selepas itu.


David Bentley - Arsenal menetapkan klausa 50% dari penjualan pemain ini, dia berhijrah dari Blackburn Rovers ke Spurs pada 2008 pada harga 15 juta pound, kesan penjualan itu Arsenal memperolehi keuntungan atas angin sebanyak 7 juta pound manakala 8 juta lagi milik Blackburn Rovers. 

No comments:

Post a Comment