Saturday, 5 July 2014
Cara Mengatasi Masalah Jalan Berlubang Di Kazakhstan
Akibat bengang dengan masalah jalan raya yang berlubang, para pemandu di Kazakhstan mengambil inisiatif mereka sendiri dengan membuat arca kaki yang diletakkan di lubang untuk memberi isyarat kepada pemandu lain disitu terdapat lubang.
Thursday, 3 July 2014
Tony Carr - Legenda Akademi West Ham United
Khidmat 40 tahun Tony Carr sebagai pengarah akademi bolasepak West Ham United berakhir bulan ini apabila dia digantikan oleh Terry Wesley, bekas pengarah akademi Birmingham City. Carr, yang terkenal kerana berjaya membawa masuk sejumlah pemain remaja yang kemudiannya menyinar di masa hadapan seperti Jermaine Defoe, Michael Carrick, Frank Lampard, Joe Cole, Glen Johnson dan Rio Ferdinand. Atas khidmat cemerlang nya lah West Ham United digelar ' academy of football ' kerana mereka banyak memberi peluang kepada anak-anak tempatan bermain di peringkat tertinggi bolasepak Inggeris. Sebenarnya Carr bukan dipecat tetapi dia dilantik sebagai Duta West Ham United dalam tujuan mempromosi kelab itu dan berharap dapat menarik minat bakat-bakat baru untuk mencuba nasib bersama West Ham.
Senarai Pemain Bolasepak Yang Terikat Dengan Klausa Perpindahan
Adam Lallana dahulunya bermain untuk Bournemouth FC iaitu pasukan bolasepak dimana dia memulakan karier profesionalnya. Semasa dia berpindah ke Southampton, kelab nya ketika itu mengenakan syarat yang mereka akan memperolehi komisen 25% dari harga jualan pemain itu. Bermakna jika dia ( Adam Lallana ) berpindah ke pasukan lain, jika dia dibeli pada harga 1 juta , maka kelab asal nya Bournemouth yang menetapkan komisen 25% itu akan memperolehi 250 000 dari jumlah 1 juta itu dan baki 750 000 itu milik Southampton ( kelab semasa Adam sebelum dia berpindah ke kelab baru ).
Cara klausa ini begitu membantu kelab-kelab yang berada di liga bawahan untuk meraih keuntungan jangka panjang hasil penjualan pemain mereka kerana tetapi tidak semua pasukan bolasepak profesional menggunakan cara ini kerana mereka tidak menjangka seseorang pemain itu di masa hadapan mampu menyinar dan mendatangkan harga perpindahan yang lumayan seperti West Ham United yang rugi besar apabila Michael Carrick dan Rio Ferdinand ( graduan akademi mereka ) dijual oleh kelab semasa mereka ke pasukan lain pada harga yang besar . Dibawah ialah senarai pemain-pemain bolasepak yang mempunyai klausa perpindahan dalam kontrak mereka.
Ashley Young - Watford meraih untung atas angin sebanyak 2.5 juta pound sterling pada 2011 apabila Aston Villa menjualnya ke MU pada harga 17 juta pound.
Dwight Gayle - Dagenham & Redbridge menetapkan 20% perolehan dari kontrak nya ketika dia dijual ke Peterborough, apabila Crystal Palace membeli nya dari Peterborough, D&R memperolehi 1 juta pound dari wang perpindahannya itu.
Gareth Bale - Asalnya dia dijual pada harga 5 juta dari Southampton beserta bayaran tambahan 5 juta berdasarkan penampilan dan lain-lain, kemudian Soton dilanda krisis kewangan dan menyebabkan mereka melupuskan 25 % pemilikan dari kontrak Bale dan menerima saja wang tambahan 3 juta dari Spurs dan penjaga gol muda Tottenham Hotspurs, Tony Forecast ke Southampton sebahagian dari perjanjian itu. Apabila Bale berhijrah ke Real Madrid pada harga 85 juta pound, dianggarkan Southampton rugi 20 juta pound dari pelupusan klausa 25% itu. Lebih malang lagi, Tony Forecast dilepaskan tanpa sebarang bayaran selepas itu.

David Bentley - Arsenal menetapkan klausa 50% dari penjualan pemain ini, dia berhijrah dari Blackburn Rovers ke Spurs pada 2008 pada harga 15 juta pound, kesan penjualan itu Arsenal memperolehi keuntungan atas angin sebanyak 7 juta pound manakala 8 juta lagi milik Blackburn Rovers.
Wednesday, 2 July 2014
Berakhir Sudah Kempen Piala Dunia 2014 Aku
Tersingkirnya USA di tangan Belgium pagi tadi membuatkan aku tiada pasukan untuk di sokong selepas Australia, pilihan utama aku dan England tersingkir awal. Lagi menyedihkan kekalahan pagi tadi terjadi di masa tambahan dan banyak peluang gol USA di sia-sia kan barisan hadapan. Walau apa pun kami penyokong USA bangga dengan pencapaian kami ini walaupun kami rasa kami berhak untuk layak ke peringkat seterusnya.
Sukan Soccer di USA bukan lah sukan utama tetapi kami masih mampu menarik sejumlah ribuan penyokong untuk mengikuti perjalanan pasukan soccer USA di Brazil. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang bertungkus lumus membawa pasukan yang asing dalam dunia bolasepak ini di peringkat 16 terakhir, pada awal pertandingan pasukan USA diramal akan pulang awal kerana tersenarai dalam kumpulan maut yang terdiri daripada Ghana, Jerman dan Portugal.
Terima kasih kepada anda semua yang memberikan sokongan kepada pasukan USA walaupun skuad kami ini serba sederhana tanpa pemain bintang bertaraf dunia.
Tuesday, 1 July 2014
Rob The Original Barbershop - Kedai Gunting Yang Menawarkan Gaya Rambut Bertemakan Fifa 2014
Kedai gunting rambut yang terletak di San Antonio, Texas ini dimiliki oleh Rob Ferrel, seorang tukang gunting dan juga penggaya rambut profesional. Dalam beberapa minggu ini Rob telah menggayakan potret Cristiano Ronaldo, Guillermo Ochoa dan Tim Howard di bahagian kepala pelanggannya.
Xherdan Shaqiri Pemain Bolasepak Berpaha Besar
Pemain bolasepak biasanya memiliki paha yang kecil dan tirus tetapi lain pula dengan hatrik hero Switzerland ini apabila dia memiliki paha yang besar dan berotot menyamai saiz seorang pelumba basikal, Chris Hoy.
BEKO - Penaja Terbaru Barcelona
Barcelona memecah tradisi dan prinsip mereka yang tidak mahu mempromosikan komersialisme di jersi apabila mereka mempamerkan logo Qatar Airways di dada jersi dan kini pula mereka menambah logo BEKO, sebuah syarikat perkakasan rumah . Penajaan itu berlangsung selama 4 tahun dengan logo BEKO terpampang di kiri lengan jersi. Logo itu boleh dipamerkan di semua pertandingan seperti La Liga, Copa Del Rey dan jelajah musim panas mereka tetapi tidak boleh digunakan untuk perlawanan Liga Juara-juara Eropah kerana syarat yang dikenakan ialah satu logo itu mesti berunsurkan komersialisme dan satu lagi tidak berunsurkan keuntungan. Untuk slot komersialisme telah diambil oleh Qatar Airways dan Unicef untuk slot bukan bermotifkan keuntungan.
Untuk pengetahuan semua, musim lepas Barca ada membuat perjanjian dengan Intel tetapi logo penajaan Intel itu dicetak di bahagian dalam jersi.
Untuk pengetahuan semua, musim lepas Barca ada membuat perjanjian dengan Intel tetapi logo penajaan Intel itu dicetak di bahagian dalam jersi.
Subscribe to:
Posts (Atom)