Tuesday 15 April 2014

Rivalry Maxi Lopez Vs Mauro Icardi


Maxi Lopez 9 tahun lebih tua dari Mauro Icardi, Semasa Icardi berusia 9 tahun, dia memperolehi tandatangan  Maxi Lopez yang ketika itu baru menyertai Barcelona dari River Plate, banyak persamaan antara mereka berdua ini walaupun usia mereka yang 9 tahun jauh nya.


Semasa Mauro Icardi berpindah ke Sampdoria, dia disambut oleh Maxi Lopez, dan mereka ini juga berkawan baik kerana masing-masing adalah pemain asal Argentina yang menabur bakti di liga Itali, tetapi semua itu tercemar dan rosak kerana bekas isteri Maxi, iaitu Wanda Nara yang pernah hidup bersamanya hingga mempunyai 3 cahaya mata kini menjalin hubungan bersama Mauro Icardi. Wanda Nara mengenali Icardi kerana Maxi Lopez juga yang sering membawa Mauro Icardi bercuti bersama-sama mereka. Disebabkan hubungan yang dirasakan seperti menikam dari belakang itu lah Maxi Lopez enggan berjabat tangan dengan Icardi sebelum perlawanan bermula antara Sampdoria, kelab yang diwakilinya dengan Inter Milan, kelab diwakili Icardi.


Ini kali ke3 aku mendengar rival sailang bolasepak yang paling sadis selepas kisah John Terry dan Paul Terry. Aku menyokong tindakan Maxi Lopez itu yang enggan berjabat tangan dengan Mauro Icardi, kalau aku di tempat Maxi Lopez keadaan mungkin akan jadi lebih teruk di mana aku mungkin akan mencederakan Mauro Icardi.


No comments:

Post a Comment