Wednesday, 2 April 2014

Dihalang Bermain Bolasepak Kerana Berbangsa Sepanyol

Carmen Olmos 14 tahun, dilarang mewakili pasukan bolasepak wanita Wortley Fc kerana dia berbangsa Sepanyol. Undang-undang itu memang termaktub dalam undang-undang FIFA walaupun dia hanya pemain amatur, dia boleh mewakili sekolahnya Fulneck School, Pudsey,Leeds, England.  Tetapi tidak boleh mewakili pasukan Wortley FC. Pengetua sukan di sekolahnya dan wakil dari pasukan bolasepak wanita Wortley Fc juga kecewa dengan keputusan itu kerana mengekang peluang Carmen untuk menonjolkan bakatnya. Disebabkan dia dibawah 18 tahun , jadi urusan perpindahan pemain dapat dijalankan dan dia juga pemain tidak berdaftar.


No comments:

Post a Comment