Thursday, 17 April 2014

Punca Kejatuhan ATM FA 2014 Dari Pandangan Mata Kasar....

Prestasi ATM Fa musim 2014 di Liga Super Malaysia ini sungguh mengejutkan, tidak pernah aku lihat ATM begitu hambar dan teruk prestasi nya sejak mereka diberi suntikan dana yang besar sejak 2012 yang lalu.

Kejatuhan ini bermula dengan ATM telah melepaskan 2 tonggak utama mereka ke Felda United iaitu Golkeeper, Farizal Harun dan Shukor Adan, pemain defensive midfield,bek tengah ternama dan berpengalaman dalam liga Malaysia. Begitu juga dengan rotation player iaitu A Varanthan yang berhijrah ke Sabah. Ketiga-tiga pemain utama ini di 'ganti' kan oleh selonggok pemain buangan yang diambil dari Felda United dan juga dari pasukan liga super yang lain.

this is class...

Majoriti pemain yang diambil dari Felda United ialah Fauzi Shaari, Rudie Ramli, Azrul Ahmad, Akmal Mohd Noor, Riduwan Maon... pelik sampai 5 pemain di borong dari pasukan yang sama tetapi mereka ini langsung tidak membawa perubahan kepada prestasi pasukan, jika diteliti pengalaman dan rekod mereka pastinya mereka ini layak dilabel pemain-pemain profesional dan tahap permainan mereka pastinya cukup bagus untuk membantu ATM bersaing sekurang-kurang nya di kedudukan 5-8 dalam liga super. Ditambah pula dengan kemasukan Syed Adney Syed Hussein dan Iqbal Suhaimi, 2 penjaga gol yang pernah menjadi penjaga gol no 1 untuk bekas kelab mereka dengan Iqbal Suhaimi menjadi penjaga gol utama T team dan Adney di Sabah,Selangor,Kelantan tidak lama dulu sebelum musim 2013 ke Terengganu menjadi pilihan ke 3 dibelakang Shamirza Yusoff dan Wan Azraie.

Berkenaan pemilihan pemain import pula, Berdasarkan rekod liga perdana II 2003 memang Juan Manuel Arostegui itu ibarat Mesin Gol, tetapi itu dulu..zaman tu dia muda lagi, defender liga M zaman tu pun asal dapat bola je terus rembat ke striker. Kalau nak ikut sejarah Harris Safwan Kamal pun boleh dikira future prospect tapi di mana dia sekarang ?? okay kita kembali ke 2014, walaupun kembali bersama dengan duo nya semasa di MPPJ Selangor dulu iaitu Bruno Sebastian Martelotto itu tidak membantu langsung dalam mempengaruhi rekod jaringannya yang tidak memuaskan dengan  hanya mampu menyumbat 5 gol sahaja dan berada ditempat ke 2 dibelakang Paolo Rangel tetapi itu tidak cukup untuk meyakinkan peminat  yang dia boleh menggantikan pak itam aka Marlon Alex James. Harus diingat JMA juga dikritik hebat penyokong ATM yang muak melihat aksi berat bontot nya di padang.

Berhenti bercakap soal Juan Manuel Arostegui yang hanya tinggal sejarah, Spase Dilevski juga telah dilepaskan kerana kecederaan dan kini diganti pemain Korea Selatan, Park Yong Ho yang beraksi di Olimpik Athens 2004, sekali lagi B Sathianathan menjadikan sejarah sebagai bahan rujukan berbanding prestasi semasa dan statistik pemain. Tak tahulah sama ada abe ya ini mencari pemain dengan merujuk kepada Wikipedia saja semata-mata untuk tahu sama ada pemain itu masih bermain lagi atau tidak. Buktinya 2 perlawanan Park Yong Ho bermain barisan pertahanan sudah bolos 5gol dari  23 gol iaitu jumlah paling banyak dalam liga super setakat ini.

This is class...

Kalau hanya memberi alasan Amiridzwan Taj dan K Reuben cedera sehingga tamat musim liga ini boleh diterima tetapi jika dilihat senarai pemain ATM takkan mereka tidak barisan pelapis yang berkualiti ?? sampaikan Hai O terpaksa bermain di bek tengah kerana kekurangan pemain di posisi pertahanan. Ada mungkin benar juga dakwaan aku yang ATM ini tanpa Amiridzwan Taj dan Marlon Alex James mereka hanyalah Headless Chicken....

Menambah garam ke luka pula dengan Fitri Omar menyertai kelantan pada perpindahan April, sudah la barisan pertahanan ATM tidak banyak pilihan, kini Fitri Omar pula meninggalkan kekosongan di posisi bek kiri. Semakin cacamarba the Gladiators ini, lebih-lebih lagi sebelum berangkat ke Kuching pada minggu lalu dikhabarkan Marlon Alex James tiada dalam rombongan ke Sarawak dan dia disahkan tidak akan bermain lagi kerana kecederaan lututnya kembali menghantui.

Harapan yang tinggal hanyalah berharap Sarjan Venice Elphy Danny Kaya akan berlari di sebelah kiri padang dan merembat tanpa berfikir ke penalti box dengan harapan Norfazly Alias akan menanduk bola ke gawang lawan. Selain itu, segala jenis harapan kenangan silam akan diletakkan di bahu Irwan Fadli Idrus supaya dia kerap membuat free kick tepat ke pintu gol seperti Juninho Pernambucano, Hai O factor tidak boleh diaplikasikan pada saingan liga kerana cuma berkesan di Piala Malaysia, ironi nya sudah 2 tahun berturut-turut Hai O factor gagal menjadikan ATM juara piala Malaysia. Berharap juga Rezal Zambery Yahya, Affizie Faisal Mamat, Bruno Sebastian Martelotto untuk membuat keajaiban....
This is $#@!+3



No comments:

Post a Comment