Thursday, 10 April 2014
Mario Freitas Do Valle - Penjual Rasmi Fish N Chips Di Fifa 2014 Brazil
Mario Freitas Do Valle adalah seorang chef, dia memiliki hak eksklusif untuk menjual Fish n Chips di kawasan stadium Arena De Amanzonia, stadium di mana England akan menentang Itali. Mario jatuh cinta pada makanan itu selepas dia melawat Aberdeen,Scotland. Dia telah berunding dengan pihak FIFA berkenaan hak penjualan eksklusif itu dan harga jualan fish n chips nya ialah pada harga 2 US dollar. Ikan yang bakal digunakannya ialah ikan Tabaqui, iaitu spesies ikan sungai amazon berbanding kebiasaan fish and chip yang menggunakan ikan kod atau haddock. Setakat ini saja dia sudah menjual 8 tan sebulan menu itu di semua outlet di seluruh Brazil. Pengurus England, Roy Hodgson juga pernah berkunjung ke restoran Tambaqui De Banda milik Mario dan memberikan komen positif tentang fish and chips itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment