Monday, 28 April 2014

Thursday, 24 April 2014

Rupa Stadium Anfield Bila Siap Di Renovasi Hasil Lakaran Artis

Stadium ini kelak bakal memuatkan 60 000 penonton berbanding pada waktu ini yang hanya menampung 45 000 penonton, renovasi ini dijangka siap pada 2018 dengan projek dijangka bermula pada januari 2015 kerana kelab perlu menunggu rundingan antara majlis bandaraya dengan pemilik rumah di sekitar stadium Anfield selesai baru lah kerja pengubahsuaian akan bermula. Bahagian yang akan melalui proses pengubahsuaian ialah Main Stand iaitu teres/tempat duduk utama dengan menelan belanja 100 juta pound sterling.





Thursday, 17 April 2014

Minyak Masak Avena

Info yang diterima dari FB. Khusus untuk makluman semua supaya kita lebih berhati-hati

facebook : ariel damian
Minyak yang tiada pengesahan Halal...dan berkulat ..menunjukan ianya minyak yang dikitar semula. Maksudnya..minyak masak terpakai yang diperolehi dari kedai2 makan tak kira kedai melayu ,cina & india .bayangkan lah ada antara kedai yang menjual makanan tidak halal..minyak masak terpakai itu di tapis dimasak dicampur cecair untuk menjernihkan nya semula. Kemudian dijual di pasaran. Sama2 kita share. Demi kebaikan.

 




Punca Kejatuhan ATM FA 2014 Dari Pandangan Mata Kasar....

Prestasi ATM Fa musim 2014 di Liga Super Malaysia ini sungguh mengejutkan, tidak pernah aku lihat ATM begitu hambar dan teruk prestasi nya sejak mereka diberi suntikan dana yang besar sejak 2012 yang lalu.

Kejatuhan ini bermula dengan ATM telah melepaskan 2 tonggak utama mereka ke Felda United iaitu Golkeeper, Farizal Harun dan Shukor Adan, pemain defensive midfield,bek tengah ternama dan berpengalaman dalam liga Malaysia. Begitu juga dengan rotation player iaitu A Varanthan yang berhijrah ke Sabah. Ketiga-tiga pemain utama ini di 'ganti' kan oleh selonggok pemain buangan yang diambil dari Felda United dan juga dari pasukan liga super yang lain.

this is class...

Majoriti pemain yang diambil dari Felda United ialah Fauzi Shaari, Rudie Ramli, Azrul Ahmad, Akmal Mohd Noor, Riduwan Maon... pelik sampai 5 pemain di borong dari pasukan yang sama tetapi mereka ini langsung tidak membawa perubahan kepada prestasi pasukan, jika diteliti pengalaman dan rekod mereka pastinya mereka ini layak dilabel pemain-pemain profesional dan tahap permainan mereka pastinya cukup bagus untuk membantu ATM bersaing sekurang-kurang nya di kedudukan 5-8 dalam liga super. Ditambah pula dengan kemasukan Syed Adney Syed Hussein dan Iqbal Suhaimi, 2 penjaga gol yang pernah menjadi penjaga gol no 1 untuk bekas kelab mereka dengan Iqbal Suhaimi menjadi penjaga gol utama T team dan Adney di Sabah,Selangor,Kelantan tidak lama dulu sebelum musim 2013 ke Terengganu menjadi pilihan ke 3 dibelakang Shamirza Yusoff dan Wan Azraie.

Berkenaan pemilihan pemain import pula, Berdasarkan rekod liga perdana II 2003 memang Juan Manuel Arostegui itu ibarat Mesin Gol, tetapi itu dulu..zaman tu dia muda lagi, defender liga M zaman tu pun asal dapat bola je terus rembat ke striker. Kalau nak ikut sejarah Harris Safwan Kamal pun boleh dikira future prospect tapi di mana dia sekarang ?? okay kita kembali ke 2014, walaupun kembali bersama dengan duo nya semasa di MPPJ Selangor dulu iaitu Bruno Sebastian Martelotto itu tidak membantu langsung dalam mempengaruhi rekod jaringannya yang tidak memuaskan dengan  hanya mampu menyumbat 5 gol sahaja dan berada ditempat ke 2 dibelakang Paolo Rangel tetapi itu tidak cukup untuk meyakinkan peminat  yang dia boleh menggantikan pak itam aka Marlon Alex James. Harus diingat JMA juga dikritik hebat penyokong ATM yang muak melihat aksi berat bontot nya di padang.

Berhenti bercakap soal Juan Manuel Arostegui yang hanya tinggal sejarah, Spase Dilevski juga telah dilepaskan kerana kecederaan dan kini diganti pemain Korea Selatan, Park Yong Ho yang beraksi di Olimpik Athens 2004, sekali lagi B Sathianathan menjadikan sejarah sebagai bahan rujukan berbanding prestasi semasa dan statistik pemain. Tak tahulah sama ada abe ya ini mencari pemain dengan merujuk kepada Wikipedia saja semata-mata untuk tahu sama ada pemain itu masih bermain lagi atau tidak. Buktinya 2 perlawanan Park Yong Ho bermain barisan pertahanan sudah bolos 5gol dari  23 gol iaitu jumlah paling banyak dalam liga super setakat ini.

This is class...

Kalau hanya memberi alasan Amiridzwan Taj dan K Reuben cedera sehingga tamat musim liga ini boleh diterima tetapi jika dilihat senarai pemain ATM takkan mereka tidak barisan pelapis yang berkualiti ?? sampaikan Hai O terpaksa bermain di bek tengah kerana kekurangan pemain di posisi pertahanan. Ada mungkin benar juga dakwaan aku yang ATM ini tanpa Amiridzwan Taj dan Marlon Alex James mereka hanyalah Headless Chicken....

Menambah garam ke luka pula dengan Fitri Omar menyertai kelantan pada perpindahan April, sudah la barisan pertahanan ATM tidak banyak pilihan, kini Fitri Omar pula meninggalkan kekosongan di posisi bek kiri. Semakin cacamarba the Gladiators ini, lebih-lebih lagi sebelum berangkat ke Kuching pada minggu lalu dikhabarkan Marlon Alex James tiada dalam rombongan ke Sarawak dan dia disahkan tidak akan bermain lagi kerana kecederaan lututnya kembali menghantui.

Harapan yang tinggal hanyalah berharap Sarjan Venice Elphy Danny Kaya akan berlari di sebelah kiri padang dan merembat tanpa berfikir ke penalti box dengan harapan Norfazly Alias akan menanduk bola ke gawang lawan. Selain itu, segala jenis harapan kenangan silam akan diletakkan di bahu Irwan Fadli Idrus supaya dia kerap membuat free kick tepat ke pintu gol seperti Juninho Pernambucano, Hai O factor tidak boleh diaplikasikan pada saingan liga kerana cuma berkesan di Piala Malaysia, ironi nya sudah 2 tahun berturut-turut Hai O factor gagal menjadikan ATM juara piala Malaysia. Berharap juga Rezal Zambery Yahya, Affizie Faisal Mamat, Bruno Sebastian Martelotto untuk membuat keajaiban....
This is $#@!+3



Tuesday, 15 April 2014

Rivalry Maxi Lopez Vs Mauro Icardi


Maxi Lopez 9 tahun lebih tua dari Mauro Icardi, Semasa Icardi berusia 9 tahun, dia memperolehi tandatangan  Maxi Lopez yang ketika itu baru menyertai Barcelona dari River Plate, banyak persamaan antara mereka berdua ini walaupun usia mereka yang 9 tahun jauh nya.


Semasa Mauro Icardi berpindah ke Sampdoria, dia disambut oleh Maxi Lopez, dan mereka ini juga berkawan baik kerana masing-masing adalah pemain asal Argentina yang menabur bakti di liga Itali, tetapi semua itu tercemar dan rosak kerana bekas isteri Maxi, iaitu Wanda Nara yang pernah hidup bersamanya hingga mempunyai 3 cahaya mata kini menjalin hubungan bersama Mauro Icardi. Wanda Nara mengenali Icardi kerana Maxi Lopez juga yang sering membawa Mauro Icardi bercuti bersama-sama mereka. Disebabkan hubungan yang dirasakan seperti menikam dari belakang itu lah Maxi Lopez enggan berjabat tangan dengan Icardi sebelum perlawanan bermula antara Sampdoria, kelab yang diwakilinya dengan Inter Milan, kelab diwakili Icardi.


Ini kali ke3 aku mendengar rival sailang bolasepak yang paling sadis selepas kisah John Terry dan Paul Terry. Aku menyokong tindakan Maxi Lopez itu yang enggan berjabat tangan dengan Mauro Icardi, kalau aku di tempat Maxi Lopez keadaan mungkin akan jadi lebih teruk di mana aku mungkin akan mencederakan Mauro Icardi.


Beermoth - Trak Bomba Diubah Menjadi Bilik Hotel Bergerak

Trak keluaran tahun 1954 Commer Q4 ini dilengkapi dengan katil, pemanas, sinki, peralatan memasak dan meja makan. Kadar sewa untuk 1 malam ialah 60 pound sterling, trak ini diilhamkan oleh Walter Micklethwaith. Lokasi trak ini adalah di kawasan bukit, Aviemore, Scotland.




Nelayan Terjumpa Dildo Dalam Perut Ikan

Bjoern Frilund, Warga Norway terjumpa dildo semasa membelah perut ikan hasil tangkapannya hari itu. Berkemungkinan ikan kod itu menyangka  objek yang diperbuat dari getah itu adalah umpan memancing tetapi dia silap.






Sunday, 13 April 2014

Jersi Bola Ditemui Semula Selepas 18 Tahun Hilang

Scott Hall terkejut apabila menjumpai semula jersi Sheffield Wednesday miliknya yang hilang 18 tahun lalu, jersi itu ditemui di dalam kolam di rumahnya. Mujurlah jersi itu masih berkeadaan baik tanpa mengalami kesan reputan akibat terlalu lama di dalam air.


Thursday, 10 April 2014

Mario Freitas Do Valle - Penjual Rasmi Fish N Chips Di Fifa 2014 Brazil

Mario Freitas Do Valle adalah seorang chef, dia memiliki hak eksklusif untuk menjual Fish n Chips di kawasan stadium Arena De Amanzonia, stadium di mana England akan menentang Itali. Mario jatuh cinta pada makanan itu selepas dia melawat Aberdeen,Scotland. Dia telah berunding dengan pihak FIFA berkenaan hak penjualan eksklusif itu dan harga jualan fish n chips nya ialah pada harga 2 US dollar. Ikan yang bakal digunakannya ialah ikan Tabaqui, iaitu spesies ikan sungai amazon berbanding kebiasaan fish and chip yang menggunakan ikan kod atau haddock. Setakat ini saja dia sudah menjual 8 tan sebulan menu itu di semua outlet di seluruh Brazil. Pengurus England, Roy Hodgson juga pernah berkunjung ke restoran Tambaqui De Banda milik Mario dan memberikan komen positif tentang fish and chips itu.







Sandwich Ikut Susunan Huruf Ciptaan Nick Chapman

 

Sandwich yang tinggi ini diperbuat dari bahan-bahan yang bermula dari huruf A hingga Z, iaitu dimulakan dengan Avocado dan berakhir dengan Zuchini, idea kreatif dan gila ini dinamakan McEverything, pasti ramai yang hairan jika bahan-bahan sandwich ini bermula dari A hingga Z, apakah pula nama bahan yang bermula dari huruf X ?? jawab Nick Chapman untuk itu dia menggunakan terma Xylocarp iaitu merujuk kepada buah yang keras seperti kayu yang tumbuh di pokok, ciri-ciri itu ada pada buah kelapa. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang Nick Chapman sila berkunjung ke dudefoods.com  

bahan-bahan : Avocado
Bacon
Cheese
Doritos
Egg
Fish sticks
Garlic bread
Ham
Italian sausage patty
Jalapeño peppers
Krispy Kreme doughnut
Lettuce
Macaroni and cheese
Noodles
Onion rings
Pepperoni
Queso blanco dip
Ramen noodles
Spinach
Turkey burger
Usingers bratwurst
Veal Parmesan
Waffle
Xylocarp (coconut)
Yams
Zucchini



Saturday, 5 April 2014

Rekod Dunia - Ikan Tuna Paling Berat Berjaya Ditangkap

Donna Pascoe, seorang pemancing wanita berjaya menangkap seekor ikan tuna seberat 411.6 kilogram yang merupakan rekod dunia untuk ikan tuna. Ikan itu ditangkap di Perairan New Zealand dan mengambil masa 4 jam bertarung dengan ikan itu. Ikan itu tidak dijual kerana Donna menangkapnya bukan untuk tujuan komersial seperti yang biasa dilakukan oleh nelayan Jepun.





Kambiri - Kambing Kacukan Biri-Biri

Paddy Murphy terkejut apabila biri-biri miliknya melahirkan seekor anak yang rupanya seakan kambing, tetapi berbulu seperti biri-biri. Haiwan unik itu dinamakan kambiri @ GEEP hasil gabungan kambing + biri = Goat + Sheep. Dia juga mengalu-alu kedatangan saintis yang mahu membuat kajian ilmiah ke atas kambiri itu untuk membuktikan yang kambiri itu benar-benar terhasil dari kacukan kambing dan biri-biri.




Friday, 4 April 2014

James Burns - Obses Kepada Star Wars

Tahap obses James Burn ini kepada filem Star Wars menyebabkan dia mengumpul sehingga 35 ribu koleksi berkaitan watak-watak dalam filem itu. Dia juga ada menguruskan satu laman web berkaitan Star Wars iaitu JediNewsCo.UK yang mengumpulkan peminat koleksi mainan Star Wars dari seluruh dunia. Dia mula mengumpul mainan Star Wars seawal usia 7 tahun dan dia juga ada 1 antara 5   replika edisi terhad  pedang lightsaber Luke Skywalker yang ditandatangi khas oleh Mark Hammil - pelakon watak itu.

Thursday, 3 April 2014

Pelajar A-Level Menjana Pendapatan 24 Ribu Pound Sterling Setahun Dari Permainan Video

Fred Pye memperolehi pendapatan sebanyak 2000 pound sebulan melalui akaun youtube miliknya dengan meng upload video permainan GTA V, dari situ dia memberi tips berguna, trick untuk membantu gamers yang lain, memberitahu mereka di mana kereta tersembunyi dan bagaimana cara mendapatkan wang. Dia mula membuka akaun youtube hampir 2 tahun setengah, setakat ini dia telah mempunyai 138 000 pelanggan/subscriber dan video nya sudah ditonton 25 juta kali. Akaun nya NoughPointFourLive menerima 2.5 juta pengunjung setiap bulan dan itu menyebabkan pengiklan memilih untuk memasang iklan di akaun nya dan dari situ lah dia menjana pendapatan 2000 pound sterling sebulan. Itu berbaloi dengan usaha yang diberikannya setelah dia menghabiskan masa 3 jam untuk menghasilkan 1 video




Pemakan Tegar Batu Bata Dari India

Pakkirappa Hunagundi 30 tahun, mengalami masalah PICA iaitu suka memakan benda yang tidak memberi nutrisi. Dia mula mengamalkan tabiat pelik ini sejak berusia 10 tahun, dia berkata jika diberi batu bata atau ayam goreng kfc dia lebih rela memilih untuk memakan batu bata. Ibu nya juga pernah meminta nya berhenti dari melakukan tabiat pelik itu tetapi dia enggan dan mendakwa selama 20 tahun mengamalkan diet pelik itu dia tidak pernah menghidap sebarang penyakit yang berpunca dari dietnya itu. Setiap hari dia akan memakan 1 batu bata, 3 kilogram lumpur dan batu kerikil.





Pet Cafe - Kafe Untuk Melepak Bersama Haiwan Peliharaan Di Hanoi,Vietnam

Kafe ini menyediakan haiwan-haiwan jinak seperti ular,labah-labah,landak,tupai,iguana dan lain-lain. Sambil menikmati teh atau kopi kita boleh membelai haiwan-haiwan yang disediakan di sini. Ini sungguh unik kerana kebiasaanya kafe melarang haiwan peliharaan  di premis mereka.