Saturday, 1 March 2014

Silent Heaven - Rumah Yang Diperbuat Dari Barangan Terpakai

Kalau di Malaysia, rumah sebegini biasanya dibina oleh pekerja tapak pembinaan dengan menggunakan papan,kayu dan zink terbuang dari kawasan pembinaan. Tetapi di Devon, England pasangan Matthew Lepley 34 dan Jules Smith 54 membina rumah ini untuk merealisasikan impian mereka yang mahukan suasana yang mesra alam dan proses pembinaan rumah  tidak menganggu ekosistem kawasan persekitaran, terdapat 1 bilik tidur, ruang tamu,bilik mandi, tandas luar rumah,dapur dan tab mandi yang dipanaskan menggunakan kayu api. Rumah ini mengambil masa 5 tahun untuk siap dibina sejak pasangan ini berpindah dari London 5 tahun lalu dan membelanjakan 20 ribu pound sterling untuk membeli 20 ekar tanah. Di lot tanah ini juga mereka membina kolam itik yang membekalkan sumber telur kepada mereka dan juga menanam pokok buah-buahan. Tanpa bekalan air dan elektrik rumah ini menyimpan bekalan mereka dengan membina petak berukuran 2 kaki 1/2 ditanam di dalam tanah untuk memastikan bekalan mereka sentiasa sejuk. Bekalan air pula menggunakan sumber air bawah tanah.

Akan tetapi, baru-baru ini majlis daerah Torride menghantar surat kepada mereka untuk merobohkan rumah itu kerana tidak mendapat keizinan secara sah untuk dibina, pasangan itu memilih untuk tidak membuat permohonan kerana mendapati proses itu melecehkan dan banyak membazir kertas dan elektrik. Rumah mereka itu juga mendapat reaksi yang pelbagai dari masyarakat setempat, ada pihak yang menyokong ada pula yang menentang.











No comments:

Post a Comment