Pagi 6 Mac 2014 pula di hujani tweet-tweet dari mereka yang mengatakan ini kempen terbaik Malaysia dengan mengutip 7 mata... aku dalam diam rasa muak mendengar ayat-ayat nak sedap kan hati macam ni. Sebab ayat-ayat ' kalah bermaruah ' inilah bolasepak Malaysia tidak ke mana-mana melainkan berlegar-legar di sekitar Asean saja.
Kumpulan A
Wakil Asean dalam kumpulan ini Singapore bertemu 2 pasukan yang baru saja berentap di dalam kumpulan B kelayakan piala dunia 2014 zon Asia, Jordan mengejutkan Australia 2-1 tetapi gagal layak ke piala dunia, juga selangkah ke piala dunia tetapi dimalukan oleh Uruguay. Kisah mereka tidak berakhir disitu kali ini mereka bertemu lagi di kelayakan piala Asia, Oman pula menjadi juara kumpulan diikuti Jordan. Sementara itu Syria pula setakat menjadi pengacau dan Singapura pula hanya untuk cukupkan syarat 4 pasukan.
Walaupun berada di ranking paling rendah dalam grup ini Singapura masih juga mampu berbangga apabila menewaskan Syria 2-1, pasukan arab itu berada di ranking 131 fifa iaitu 17 anak tangga di atas Singapura. Oman dan Jordan seperti biasa, layak dengan angkuh dan bergaya ke piala asia 2015
Kumpulan B
Iran, calon utama untuk juara kumpulan setelah layak secara automatik ke piala dunia 2014 seperti dijangka menjadi juara kumpulan B dengan mudah walaupun bertemu sekali lagi dengan seteru mereka Lubnan di grup A kelayakan piala dunia 2014 zon asia. Peluang Kuwait dan Lubnan sama rata kerana mereka saling bersaing untuk menjadi naib juara dengan Kuwait menggunakan peluang yang ada dengan mencatat 2 kemenangan ke atas Thailand iaitu cara paling mudah untuk mengumpul mata dan seri 3 perlawanan sudah memadai untuk layak dengan 9 mata, dan kalah kepada Iran di akhir perlawanan peringkat kumpulan nyata tidak menggangu gugat kedudukan mereka.
Lubnan pula walaupun banyak menjaringkan gol tetapi disebabkan faktor perbezaan gol yang memisahkan mereka dengan China. Ini sungguh pahit untuk diterima kerana mereka bersungguh-sungguh untuk menang tetapi kealpaan menyebabkan Thailand menjaringkan gol yang menjadi punca mereka terpaksa memberi laluan kepada China walaupun China tewas kepada Iraq, perbezaan 2 gol bolos itu menyebabkan Lubnan terlepas slot ke piala Asia 2015 sekaligus menghampakan imigran mereka di sana.
Thailand pula menjadi bahan berita di Asean kerana kempen paling teruk mereka tanpa mengutip sebarang mata tatkala tidak lama dulu mereka pernah menjadi perhatian kerana membelasah China 5-0 dalam aksi persahabatan tetapi dikeroyok pasukan-pasukan rantau Arab tanpa belas kasihan. Boleh diterima dek akal lagi kerana Kuwait dan Lubnan masing-masing jauh meninggalkan mereka di ranking fifa dengan Kuwait di kedudukan 109 dan Lubnan 121. Iran pula ?? pasukan piala dunia jadi memang layak la Thailand menerima nasib sebegitu rupa
Kumpulan C
Kumpulan yang kurang kompetitif dan high class seperti grup A dan B kerana langsung tiada pasukan yang layak ke piala dunia dalam kumpulan ini dan hanya Iraq saja yang layak ke grup B kelayakan piala dunia 2014 zon asia menghuni tempat terakhir. Peluang untuk Arab Saudi,Iraq dan China sama rata dengan masing-masing Arab Saudi berada di ranking 75, China 88 dan Iraq 114.
Seperti biasa ranking menjadi sandaran apabila Arab Saudi menjuarai kumpulan, diikuti Iraq yang melakukan keajaiban dan China yang layak secara 'nasib' atas ihsan Thailand.
Perlawanan ke 6 peringkat kumpulan antara China dan Iraq menjadi perhatian kerana kedudukan mereka yang rapat disamping China perlu bergantung harap kepada Thailand untuk meluaskan perbezaan jaringan Lubnan dan Iraq pula perlu menang sama ada menjadi naib juara kumpulan atau tempat ke 3 terbaik. Iraq berjaya mengutip 3 mata berharga dengan menumpaskan China 3-1, Iraq juga menggunakan modus operandi sama seperti Kuwait iaitu menjadikan pasukan Asean seperti Indonesia sebagai lubuk mengutip mata dengan 6 mata dari 9 mata terhasil dengan kemenangan ke atas Indonesia.
Indonesia selaku wakil tunggal asean dalam kumpulan ini di ranking 158 fifa, ramai dari kita sudah menduga Indonesia yang akan berada di tempat ke 4, berdepan pasukan-pasukan yang berada jauh di hadapan mereka Indonesia hanya mampu mengutip 1 mata bertemu China, mungkin ini saja modal yang mereka ada untuk menganjing Malaysia kerana peristiwa Malaysia tewas kepada China dalam piala asia 2007.
Kumpulan D
Ranking tak penting - memang benar apa yang dikhabarkan K Rajagopal ini terjadi. Bahrain yang berada di kedudukan 106 Fifa menduduki tempat teratas mengatasi Qatar yang berada di ranking 99. Malaysia pula dengan angkuhnya mendabik dada kerana mendakwa ini kempen terbaik mereka berbanding kempen-kempen edisi sebelum ini. Pelbagai kata-kata pujian kepada skuad OKS seperti mereka pula yang memenangi tempat ke 3 wild-card itu, memang benar Malaysia memiliki 7 mata iaitu paling paling tinggi di kalangan negara-negara ASEAN yang lain, harus diingat dalam kumpulan ini hanya Qatar yang bermain di peringkat akhir kelayakan piala dunia 2014 zon Asia, itu pun mereka jauh ditinggalkan Korea Selatan dan Uzbekistan.
Yemen pula tarafnya tidak sebaris dengan negara-negara arab lain kerana negara ini hanya menduduki ranking 186 fifa, jadi secara logiknya Malaysia mampu mengumpul 6 mata dalam kumpulan ini kerana dibantu Yemen yang tarafnya sama seperti Andorra,Liechtenstein,San Marino,Faroe Island di Eropah. Jadi jangan terlalu megah dengan apa yang dicapai kerana Malaysia tidak berdepan saingan sengit seperti negara-negara Asean lain.
Kumpulan E
Asean diwakili oleh Vietnam dalam kumpulan ini, dengan Emeriah Arab Bersatu dan Uzbekistan saling mendominasi kumpulan ini tiada sebarang tanda atau keajaiban yang Vietnam atau Hong Kong akan layak ke piala Asia 2015 nanti. Pertemuan terakhir Vietnam bertemu Hong Kong dan mereka menang buat pertama kali setelah tumpas 5 perlawanan terdahulu. Ironinya, ranking Vietnam tinggi 1 anak tangga dari Hong Kong iaitu ranking 143, Hong Kong pula 144 tetapi Hong Kong berjaya mengutip 4 mata dan hanya menjaringkan 2 gol secara keseluruhan. Vietnam tidak bernasib baik seperti Malaysia kerana mereka bertemu dengan 2 buah pasukan Asia yang lebih baik dan lebih tinggi kualiti.
Dalam kumpulan ini hanya Uzbekistan yang layak ke peringkat akhir kelayakan piala dunia 2014 zon Asia itu pun mereka berkongsi mata dengan Korea Selatan dan hanya perbezaan gol menyebabkan Uzbekistan terlepas tiket automatik ke Brazil, Mereka pula hampa di pusingan penentuan setelah tumbang melalui sepakan penalti kepada Jordan. Ranking fifa Uzbekistan ketika ini ialah di ranking 57 fifa dan UAE pula ranking 58. Walaupun 2 pasukan ini gagal ke piala dunia tetapi ranking semasa mereka lebih tinggi dari Korea Selatan,Republik Ireland,Afrika Selatan,Poland,Bulgaria.

No comments:
Post a Comment