Wednesday, 19 March 2014

Penagih Tegar Irn Bru

Andrew McSherry 52 tahun seorang penagih tegar air berkarbonat Irn Bru ,Irn Bru adalah air berkarbonat dari Scotland yang menjadi identiti negara itu dan menjadi pesaing utama Pepsi dan Coca Cola disana. Disebabkan ketagihan minuman  yang tinggi kandungan gula itu dia menghidap masalah jantung dan telah melalui pembedahan pintasan jantung. Purata 1 hari dia meminum sebanyak 8 liter air Irn Bru sejak 20 tahun dulu dan dijangka telah menghabiskan sebanyak 35 000 pound untuk air Irn Bru saja.


Selepas pembedahan itu, Andrew telah berhenti buat seketika dari mengambil minuman itu tetapi kemudian kembali ke meminumnya tetapi kali ini meminum Irn Bru versi tanpa gula dan hanya meminum 4 liter sahaja. Dia tidak dapat menghentikan tabiat buruknya itu kerana dia tidak mengambil alkohol dan tidak minum air lain selain Irn Bru.





No comments:

Post a Comment