Apa yang aku perhati tentang bolasepak ni, penyokong tak merubah apa-apa melainkan menaikkan semangat stadium, itu saja. Tak kira lah penyokong tu terdiri dari geng kuaci, rejimen botol air, briged maki hamun, angkatan burger stadium atau pun ultras maksum. Ambil contoh mudah, eropah timur memang terkenal dengan keganasan bola sepak dia, tapi itu tak mampu untuk membawa pasukan-pasukan eropah timur ini untuk pergi lebih jauh sampai ke piala dunia, paling tidak pun negara-negara eropah timur yang terkenal dengan budaya ultras ini masuk layak jugak ke kejohanan Euro. Memang ada negara eropah lain yang memiliki ultras masing-masing seperti Itali,German dan Sepanyol tetapi yang menjadi kunci utama mereka sebagai gergasi bolasepak dunia ialah FA yang bagus dan pemain-pemain yang bermain di tahap tertinggi. Harus diingat jika FA negara dan pemain-pemain pasukan kebangsaan terdiri daripada pemain-pemain yang bagus dan handal pasti pasukan itu boleh mendominasi sukan ini.
Tetapi tidak semua pasukan di dunia ini ada Football Association yang bagus, misalnya negara-negara Afrika tetapi itu bukan alasan bagi mereka untuk tidak berusaha lebih keras dan gigih untuk membawa nama negara mereka ke dalam peta bolasepak dunia. Majoriti negara-negara Afrika tidak mempunyai sistem liga yang bagus untuk pemain mereka, dan atas kesedaran diri sendiri para pemain benua Afrika berebut-rebut mahu bermain di liga luar dengan niat mereka dapat merasai suasana bolasepak sebenar dan meningkat kan kualiti permainan mereka. Jangan terkejut lah dekad demi dekad, benua Afrika sentiasa ada bakat-bakat baru dan legenda bolasepak nya tersendiri. Contoh mudah dekad 2000 an Samuel Eto'o pemain Afrika yang disegani kerana skill dan kualiti yang ada padanya, begitu juga Didier Drogba yang sentiasa konsisten memberikan aksi yang terbaik walaupun kini usianya sudah 35 tahun iaitu usia di mana para pemain sudah memikirkan untuk bersara.
Nama-nama yang disebut di atas datang dari negara-negara yang bolasepaknya tiada para pemain bintang terkenal dan tiada menawarkan gaji beratus-ratus ribu ringgit seminggu. Tetapi bagaimana negara Afrika berkenaan mampu layak ke piala dunia dengan infrastruktur yang serba kekurangan ?? jawapannya, pemain mereka ada inisiatif untuk bergerak ke depan tanpa perlu berharap ada sekumpulan penyokong yang akan bernyanyi FA ( Nama negara ) BANGSAT !!!. Kejayaan yang dikecapi pemain afrika ini bukan datang sekelip mata, ramai dari mereka memilih untuk bermain di liga kelas kedua eropah seperti liga Belanda dengan harapan akan ada agen pemain,pencari bakat yang meninjau mereka dan menawarkan kontrak lumayan. Mereka juga banyak yang berpangkalan di liga Perancis atau negara-negara yang menggunakan bahasa Perancis seperti Belgium dengan harapan mudah untuk mereka berkomunikasi kerana pemain-pemain Afrika ini majoriti dari mereka boleh berbahasa Perancis hasil kesan penjajahan. Ya, itu manfaat yang mereka terima hasil penjajahan. Manakala di Malaysia, sebuah negara yang dijajah oleh Belanda,Portugis,Inggeris dan Jepun tetapi majoriti rakyatnya hanya boleh berbahasa Inggeris itu pun tidak fasih dan hanya segelintir yang boleh berbahasa Jepun kerana mereka dilatih oleh Majikan yang berasal dari negara itu. Bahasa Portugis dan Belanda pula tidak dikenal pasti siapa yang boleh menuturkannya walaupun 2 imperialis itu menjajah begitu lama, bahasa Portugis yang aku tahu dituturkan di Kampung Portugis, Melaka itu pun banyak percanggahan tentang perkataan yang digunakan keturunan Portugis di situ dengan Bangsa Portugis di Portugal.
Walaupun ada 4 penjajah, itu langsung tidak membawa sebarang impak kepada bolasepak Malaysia, sehinggakan George Boateng pernah berkata semasa di Terengganu, dia mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan kerana ada di antara mereka yang tidak boleh bertutur bahasa Inggeris walaupun sudah berusia 25 tahun ke atas, jangan terkejut kerana George Boateng itu sendiri seorang warga Belanda yang boleh bertutur bahasa Belanda dan Inggeris, semasa di England dia mampu bertahan lama di sana kerana dia boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan itu banyak membantunya menyesuaikan diri.
Setakat ini tiada lagi warga Malaysia yang dilahirkan di Malaysia pernah bermain di Belanda atau England, memang benar Nazmi Faiz, Fakri Saarani pernah bermain di Portugal tetapi berapa lama ?? apa yang dipelajari mereka di sana ? apa perubahan yang mereka bawa ke dalam skuad Malaysia ?
Memang benar juga Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim bermain di Fc Ryukyu tetapi kelab ini divisyen 3 Jepun, bukannya divisyen teratas liga Jepun. Berapa ribu minit kah yang Wan Zack,Nazirul Naim lalui ? kita lebih banyak mendengar berita kecederaan duo ini dari jumlah aksi mereka di sana.
Selepas itu tidak kedengaran lagi berita pemain Malaysia mencuba nasib di Eropah, mungkin sebab ini juga bolasepak Malaysia tidak akan maju dan taraf nya dengan zaman Mokhtar Dahari memang tidak akan lari kerana pemainnya juga masih di takuk lama, bawa lah jurulatih sehebat Jupp Heynckess sekalipun, jika pemain ini tiada usaha, kesungguhan dan inisiaif sendiri untuk maju, selagi itulah pasukan kebangsaan tidak akan ke mana-mana.
Berkenaan dengan option ke 2 pula iaitu, Football Association yang bagus tetapi pemain ala kadar, bertaraf sederhana. Contoh ini ialah negara-negara yang mula berjinak-jinak dengan sukan bolasepak seperti Australia dan Amerika Syarikat, harus difahami sukan SOCCER bukan lah sukan utama di negara-negara ini tetapi atas dasar ' Negara Sukan ' mereka cuba untuk membangunkan sukan ini, walaupun tiada pemain berkelas dunia tetapi dengan barisan pemain yang ada ini juga lah yang membantu mereka melayakkan diri ke piala dunia secara konsisten dengan Amerika Syarikat sudah layak ke edisi piala dunia secara merit sejak 1998 ( 1994 layak sebagai tuan rumah ) dan Australia juga semakin meningkat sejak menyertai AFC, dengan layak secara konsisten sejak 2006. Dengan kewujudan negara-negara yang diwakili pemain 'average' ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada kelab-kelab eropah untuk membawa masuk pemain mereka, kerana dibantu ranking negara yang sentiasa berada dalam kelompok 70 terbaik fifa.
Lihat... jika tiada FA yang bagus, para pemain itu harus lah berusaha gigih untuk mencuba nasib di liga luar dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan taraf kualiti permainan mereka, jika tiada pemain yang begitu berkelas dunia asalkan ada FA yang begitu cekap dan efisien mentadbir itu cukup untuk membantu para pemain yang bertaraf sederhana ini untuk menjual bakat mereka diluar kerana dibantu ranking negara yang berada dalam posisi yang bagus. Penyokong ini tidak merubah apa-apa dalam pentadbiran....percayalah ini telah dibuktikan oleh Australia apa bila mereka membuat satu badan pentadbiran baru bernama Football Federation Australia, bukannya mendesak presiden Soccer Australia ( FA Australia sebelum FFA ditubuhkan ) sila letak jawatan dan juga menghentam wartawan yang tidak sebulu dengan mereka.
No comments:
Post a Comment