Tuesday 28 May 2013

Lions 12 3-1 PKNasshole

 
Pengulas Astro Arena yang berat sebelah dari awal lagi mengatakan pkns akan membuat kejutan di Jalan Besar tetapi 90 minit belum lagi bermula.memang benar pkns menang pertemuan di Stadium Shah Alam untuk liga dan di stadium MBPJ untuk piala FA,tetapi harus diingat tahun lepas lions 12 menang 5-0 di JBS.
imbas kembali

di SSA, pkns menang 1-0 dan jika gabriel quak melakukan penyudah dengan baik sudah tentu keputusan terikat 1-1,dan lions bermain 10 orang di 80 minit terakhir.
Di MBPJ untuk pertemuan piala FA lagi dramatik, perlawanan di petang jumaat tertangguh setelah 30 minit perlawanan bermula.di kala semut merah mendahului menerusi tandukan helmi remeli perlawanan dibatalkan di jadualkan berlangsung semula keesokan harinya di stadium sama tetapi agak pelik kerana tiket lions bertemu pkns yang berlangsung di MBPJ ini beralamatkan stadium Shah Alam,entah pape punya management.

di perlawanan petang sabtu itu,perlawanan dimulakan kembali dengan 0-0 tetapi kad kuning untuk Baihakki Khaizan dan Raihan Rahman di kekalkan.Pkns menjaringkan gol melalui tandukan fauzan dzulkifli, fazrul nawaz #10 juga ada menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana offside.dalam perlawanan itu lions bermula dengan 9 orang pemain kerana pemain yang terlibat dalam kesebelasan hari sebelumnya #17 shahril ishak dan  #9 faritz hameed harus terbang ke singapura kerana shahril ada masalah peribadi dan faritz pula dengan komitmen national service nya.jadi untuk menjadikan 11 orang pemain lions12 dalam perlawanan ulangan petang sabtu itu, 2 pemain simpanan dimasukkan iaitu #13 izzdin shafiq dan #3 faris azienuddin pada minit awal permainan.menyusahkan pegawai perlawanan ini kerana mereka mahu kesebelasan utama yang turun pada perlawanan semalam diturunkan pada perlawanan hari ini

di perlawanan ini juga berlaku insiden kontroversi dimana raihan rahman cuba mengejar pemain pkns tetapi disebabkan raihan menghimpit pemain pkns itu di dilayangkan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang.disebabkan tiada striker yang berkaliber,di minit-minit akhir perlawanan #21 safuwan baharudin menjadi penyerang berpasangan dengan pemain yang membuat debut nya pada perlawanan itu #27 aqhari abdullah,sungguh lincah dia ini walaupun kecil dan dia hampir menjaringkan gol dengan percubaan jarak jauh nya tetapi tinggi melepasi palang gol.

hari ini
babak pertama
 
setelah berehat minggu lalu bertemu atletico madrid,lions 12 kini kembali.di separuh masa pertama sudah dihimpit kontroversi kerana shahril ishak membawa bola tetapi dia dihimpit dari tepi dan tidak diberikan penalti.insiden ini sama seperti  yang berlaku kepada raihan rahman di stadium mbpj dulu tetapi tiada apa-apa hukuman diberikan oleh pengadil.gabriel quak harus menyalahkan dirinya kerana terlalu gopoh dan terburu-buru di depan gol,jika dia tenang dia mungkin menjaringkan 2 gol malam ini.di minit akhir baihakki khaizan memijak kaki roman chmelo dan ini menyebabkan pkns hanya bermain dengan seorang import.

perlawanan di babak pertama lions 12 banyak menyerang tetapi ketumpulan penyudah menyebab tiada gol tercipta,pkns pula mengharapkan nazmi faiz untuk menghantar bola kepada patrick yang berseorangan di barisan hadapan

babak kedua

lions mengatur serangan dari gabriel quak,bertujuan mengumpan  pertahanan pkns keluar dari kawasan mereka dan gabby akan menghantar bola ke kawasan tengah untuk menghidupkan serangan.hasilnya lions memperolehi corner kick dan haris memulakan parti lions 12 tandukan haris itu berpunca dari corner kick yang diambil captain marvel shahril ishak,
 
 
diikuti rembatan nazrul nazari yang dibantu penyudah baik oleh p.gunalan,memang pakar menjaringkan gol sendiri p.gunalan ini.jika ada anugerah rookie of the year,anugerah itu selayaknya diberi kepada nazrul nazari kerana dari posisi sayap saja dia sudah menyumbang sejumlah assist goal untuk musim ini,dan nazrul juga tidak mengalami masalah kecederaan serius seperti yang dialami pemain lain hingga memaksa mereka tidak bermain untuk 2-3 bulan.
 
gol ketiga hasil jaringan#20 khairul nizam dia diketepikan separuh dari musim ini kerana kecederaan yang dialaminya sejak hujung musim lepas lagi.begitu lama dibelenggu kecederaan khairul nizam akhirnya menjaringkan gol pertamanya musim hasil hantaran faritz hameed.gol sagu hati pkns muncul di akhir perlawanan dengan gol tandukan patrick ronaldinho itu sebagai sagu hati dari pkns pulang tangan kosong.
 
lagi menggembirakan perlawanan itu ialah helmi remeli dilayangkan kad merah kerana menolak gabriel quak.kah kah kah kah kah

No comments:

Post a Comment