Thursday, 2 May 2013

Jersi Liverpool Musim 2013-2014 Didedahkan

Sebagai peminat liverpool yang tidak percaya sebarang rumours perpindahan,aku hanya menyampai kan segala berita rasmi tentang liverpool walaupun sejak liverpool di era brendan rodgers ini aku jadi radikal sedikit kerana kurang bersetuju dengan pemilihan brendan rodgers sebagai manager baru.

jersi terbaru liverpool keluaran warrior ini dilancarkan tengah malam tadi,musim hadapan juga tahun terakhir liverpool di taja oleh standard chartered kerana selepas itu berkemungkinan oredoo syarikat dari qatar akan menaja liverpool.dengan jersi home liverpool masih mengekalkan warna merah gelap,ditambah sedikit warna putih sempena mengambil inspirasi dari jersi liverpool 1982.lambang pula masih burung anfield bukan lambang seperti 2 musim terdahulu,diharap kain ini lebih ringan dan elastik dari liverpool musim 2012-2013 yang mudah berbulu kain nya bila dibasuh.jersi golkeeper pepe reina pun cantik jugak,macam jersi away liverpool musim 2010-2011 bezanya garisan jersi reina berwarna hitam.jika diperhatikan di bahagian garisan jersi merah liverpool ada bertulis liverpool fc.semoga menjadi lebih baik musim hadapan.you'll never walk alone






No comments:

Post a Comment