Thursday, 23 May 2013

Liga Super 2014 : Kamek Datang Balit

Di petang selasa ni dalam kekalutan dan kebosanan aku cuba mencari eskapisme dalam diri,tengok jadual bola liga M,takde yang menghiburkan selain game lions12,itu pun aku kena pergi Singapore baru dapat tengok.nak harap Singapore main dekat KL ni kena tunggu setahun lagi la,last game lions 12 kat KL ni lawan Felda hari tu.
Sedang aku ber tweet tu aku teringat satu mention dari kawan aku, Sarawak vs KL POS Malaysia, selasa 21 5 2013,4.45 pm stadium Selayang.
cis !!!! dah 2 tahun aku tak pergi stadium selayang,lagipun petang ni penentuan Sarawak,kalau Sarawak menang petang ni SAH Sarawak akan layak ke liga super 2014.

IMBAS KEMBALI 2010 & 2011

Stadium Selayang ni sebenarnya jadi ‘stadium angkat’ kepada anak-anak Sarawak di KL yang turun menyaksikan pasukan Sarawak bermain di sini.bila Sarawak di liga perdana stadium ini sudah jadi away home ground kepada ngap sayot kerana kebanyakan pasukan liga perdana menjadikan stadium selayang ini sebagai venue mereka,terutama pasukan yang berpengkalan di KL seperti KL pos,Sime Darby, ATM ( era pra-“Manchester city Malaysia”),Harimau Muda. 


aku mula datang ke stadium ini buat kali pertama pada 2010, ketika itu Sarawak menentang KL pos Malaysia dan tumpas 3-2 tetapi kenangan yang aku tak dapat lupa untuk kali pertama datang itu ialah, itu stadium kali pertama aku menonton Sarawak FA bermain di depan mata dan semasa seorang bek kanan Sarawak melakukan kesilapan,haji zaki sheikh ahmad telah menumbuk bumbung plastik bangku simpanan, betul-betul serius beliau ! aku juga sempat bersalam dengan coach haji zaki sebelum perlawanan bermula,sehingga kini aku respek dia kerana dialah yang menghidupkan semula Sarawak FA bermula 2010 dan dibawahnya juga bermulanya era angkat balit iaitu misi membawa Sarawak FA kembali ke Liga Super Malaysia.untuk musim pertama Sarawak menduduki tempat ke 6,agak baik bagi pasukan yang baru dibentuk dengan majoriti pemain adalah pemain liga Sarawak dan berumur bawah 25.


kami tidak menunggu lama untuk kembali ke liga super,musim kedua haji zaki bersama Sarawak dengan kemasukan bobby Gonzales di bahagian serangan Sarawak berjaya menduduki tempat ke 2 liga perdana,dengan bobby menjadi penjaring ke 2 terbanyak liga di belakang fitri omar.untuk pengetahuan, bobby bersama pasukan lamanya bukan lah penjaring prolifik dan di pertengahan musim juga haji zaki digantikan dengan Robert Rene Alberts, kelibat Robert mula kelihatan semasa perlawanan Sarawak bertemu Harimau Muda,dalam perlawanan yang dibasahi hujan itu Sarawak menang 2-1.walaupun bertukar jurulatih,Sarawak masih mengekalkan konsistensi nya dengan menjadi satu-satunya pasukan liga perdana yang berjaya mengalahkan PKNS dengan jaringan 1-0 di stadium negeri.


perlawanan terakhir Sarawak di stadium selayang ialah pada bulan jun 2011,perlawanan antara Sarawak dengan ATM itu hanyalah pelengkap jadual kerana Sarawak sudah pun layak ke liga super.tetapi untuk mengakhiri musim yang gemilang itu Sarawak mesti mahu menang lebih-lebih lagi kehadiran penyokong mereka di stadium selayang ini yang merayakan kejayaan Sarawak mara ke liga super 2012.di minit akhir perlawanan syaiful sabtu membawa bola di bahagian sayap kiri pasukan Sarawak dan menolak bola masuk ke gawang gol ATM, untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan di minit akhir untuk memastikan penyokong Sarawak gembira walaupun di minit ke 80 semasa kedudukan 0-0 mereka bersorak mereka sudah layak ke liga super,sebaik saja pengadil meniup wisel penamat dengan hanya ada air mineral,penyokong dan pemain Sarawak meraikan kejayaan itu ditepi padang.walaupun kehadiran penyokong dalam 50-70 orang.

BACK TO THE FUTURE : 2013


sampai saja di lrt taman melati,aku bertanya kepada 3 buah teksi untuk menghantar aku ke stadium selayang,bandar baru selayang.hampir 2 buah teksi menolak kerana tidak pergi kesitu,cakap saja la tak tau dimana stadium itu dan aku seakan putus asa,tetapi mujurlah teksi ke 3 tahu stadium itu.tambang diberi 15 ringgit,dan sebelum masuk stadium aku singgah dulu di 99 speedmart bersebelahan al ikhsan,aku membeli air mineral berharga 80 sen dan menyorokkannya di dalam beg silang dimana letaknya bendera Sarawak.

aku mula bersemangat dan sedar bahawa penyokong pasukan Sarawak di lembah kelang juga ada mengikuti perkembangan pasukan ini di luar stadium ada ibu bapa yang membawa anak kecil sekali ke stadium dan ini satu budaya yang bagus supaya anak-anak kita tahu liga Malaysia itulah liga kita.di kaunter tiket harga tiket ialah rm 10 satu,ini lebih murah daripada 2 tahun dulu dimana harga tiket ialah 12 ringgit dan jangan terkejut aku pergi ke stadium mbpj menyaksikan lions 12 bermain harga tiket ialah rm 15 untuk liga dan rm 20 untuk piala FA.

sudah lah harga semurah rm 10 tak kan kamu mahu diskaun lagi ?? perlawanan bermula dengan para pemain sedang memanaskan badan,agak pelik junior eldstal dan muamer salibasic, aka amer Sali memanaskan badan tanpa memakai kit latihan seperti pemain lain,mereka memakai jersi untuk game ini tetapi diterbalikkan baju itu.adakah FAS tidak menyediakan set baju latihan kepada 2 pemain yang baru dibawa masuk melalui perpindahan bulan april ini ?

perlawanan bermula 4:45 petang dan barisan para pemain masuk ke padang melintasi tempat duduk grandstand dahulu dimana letaknya gerombolan penyokong Sarawak era angkat balit.sebaik saja mereka keluar dari bilik persalinan tepukan gemuruh diberikan penyokong.

separuh masa pertama 

Sarawak gagal menyerang kerana pemain pos Malaysia banyak menutup ruang dan membuat perangkap off side.juga di ragui kredibiliti pengadil yang sering membuat keputusan silap apabila foul yang dilakukan pemain pos tidak dipeduli.peluang menjaringkan gol datang melalui hantaran jauh ronny ‘delap’ harun ke junior eldstal yang membuat flick tepat ke pintu gol tetapi g bwele lambat menyerbu ke arah penjaga gol pos Malaysia.
 
di tempat duduk penonton penyokong Sarawak sering memaki hamun refree kerana sudah jelas tindakan refree lebih menyebelahi pos Malaysia, zamri morshidi ada juga cuba melakukan larian ke pintu gol tetapi dia dihalang dan dengan jelas bola itu terkena tangan pemain pos Malaysia tetapi tidak dipedulikan pengadil, amer Sali juga menerima hantaran jauh untuk menyerang tetapi pengadil meniup wisel kerana bola terkena bahunya , kami di grandstand melihat bola itu jelas terkena pada bahu amer Sali.mafry balang juga teruk diasak dan dia bertahan dengan baik sehingga satu ketika tindakannya mengangkat kaki terlalu tinggi untuk clear bola diberikan kad kuning oleh refree.

pemain pos Malaysia bernombor 12 menjadi kutukan penyokong Sarawak kerana dia sering saja jatuh dan berpura-pura sakit.paling menghiburkan bila ada penyokong yang menyanyikan lagu refree kayu mengikut lenggok lagu tema IM4U
#15 junior eldstal sering juga memberi amaran kepada rakan sepasukan jangan terlalu membuang bola dan peluang yang terhidang.dia lebih banyak bersuara dari mana-mana pemain di dalam padang walaupun dia baru saja sebulan berada dalam pasukan ini.

separuh masa kedua

perubahan dibuat dengan zamri morshidi #33 dikeluarkan dan digantikan #8 azizan baba  dan #16 kapten shahrol saperi dikeluarkan untuk memasukkan #3 mazwandi zakaria. di separuh masa kedua Sarawak mula menyerang dan junior eldstal dan g bwele bertahan baik di bahagian tengah. free kick g bwele berada pada sudut cantik tetapi goalkeeper pos Malaysia berjaya menepis keluar bola itu.

corner kick mazwandi zakaria yang dihantar ke amer Sali membuahkan gol dengan amer merembat dari luar kotak penalti.penyokong sarawak mula bersorak.gol kedua muncul pada minit ke 88 dengan bobby G melambung bola dengan kaki kirinya goalkeeper pos Malaysia gagal menolak kemas bola itu dan tercipta lah gol kedua,gol ketiga tercetus dengan bobby G membawa bola melepas pertahana pos Malaysia dan menolak ke penjuru kanan gawang gol pos Malaysia pada minit ke 90.

 
sebaik saja wisel ditiup penyokong Sarawak meraikannya dengan turun ke tepi padang untuk bersalaman dengan para pemain,aku sempat juga bersalaman dengan G Bwele #7.dan bergambar di belakang Robert albert yang meminta rakannya mengambil gambar berlatarbelakang kan kami.selepas saja mereka ke padang untuk cool down,kami pula bersorak dengan sehabis boleh untuk meluahkan betapa gembiranya kami kerana sime darby juga kalah dan kami kini mendahului dengan 49 mata dan masih lagi kekal rekod tanpa kalah.kami bersorak jauh lebih meriah dari meraikan gol pertama,kedua dan ketiga tadi.

 
ketika berjalan di luar stadium ke perhentian teksi, masih terdengar sorakan penyokong masih berada dalam stadium dan di luar stadium ini juga aku bertanya hampir 3 teksi yang tidak tahu mana letaknya rumah aku di datuk keramat.mujur la satu teksi ini sanggup menghantar ke rumah itu pun selepas adik aku tunjukkan jalan yang perlu dia lalui.di twitter junior eldstal memuji penyokong Sarawak dengan berkata walaupun jauh dari tempat asal (Sarawak) mereka (penyokong) begitu menakjubkan. walaupun jumlah kami hanya 200 orang tetapi itu cukup membuatkan pemain rasa bersemangat

No comments:

Post a Comment