Di petang
selasa ni dalam kekalutan dan kebosanan aku cuba mencari eskapisme dalam
diri,tengok jadual bola liga M,takde yang menghiburkan selain game lions12,itu
pun aku kena pergi Singapore baru dapat tengok.nak harap Singapore main dekat
KL ni kena tunggu setahun lagi la,last game lions 12 kat KL ni lawan Felda hari
tu.
Sedang aku ber
tweet tu aku teringat satu mention dari kawan aku, Sarawak vs KL POS Malaysia,
selasa 21 5 2013,4.45 pm stadium Selayang.
cis !!!! dah 2 tahun aku tak pergi stadium selayang,lagipun petang ni penentuan
Sarawak,kalau Sarawak menang petang ni SAH Sarawak akan layak ke liga super
2014.
IMBAS KEMBALI 2010 & 2011
Stadium
Selayang ni sebenarnya jadi ‘stadium angkat’ kepada anak-anak Sarawak di KL yang
turun menyaksikan pasukan Sarawak bermain di sini.bila Sarawak di liga perdana
stadium ini sudah jadi away home ground
kepada ngap sayot kerana kebanyakan pasukan liga perdana menjadikan stadium
selayang ini sebagai venue mereka,terutama pasukan yang berpengkalan di KL
seperti KL pos,Sime Darby, ATM ( era pra-“Manchester city Malaysia”),Harimau
Muda.
aku mula datang
ke stadium ini buat kali pertama pada 2010, ketika itu Sarawak menentang KL pos
Malaysia dan tumpas 3-2 tetapi kenangan yang aku tak dapat lupa untuk kali
pertama datang itu ialah, itu stadium kali pertama aku menonton Sarawak FA
bermain di depan mata dan semasa seorang bek kanan Sarawak melakukan
kesilapan,haji zaki sheikh ahmad telah menumbuk bumbung plastik bangku
simpanan, betul-betul serius beliau ! aku juga sempat bersalam dengan coach
haji zaki sebelum perlawanan bermula,sehingga kini aku respek dia kerana dialah
yang menghidupkan semula Sarawak FA bermula 2010 dan dibawahnya juga bermulanya
era angkat balit iaitu misi membawa Sarawak FA kembali ke Liga Super
Malaysia.untuk musim pertama Sarawak menduduki tempat ke 6,agak baik bagi
pasukan yang baru dibentuk dengan majoriti pemain adalah pemain liga Sarawak
dan berumur bawah 25.
kami tidak
menunggu lama untuk kembali ke liga super,musim kedua haji zaki bersama Sarawak
dengan kemasukan bobby Gonzales di bahagian serangan Sarawak berjaya menduduki
tempat ke 2 liga perdana,dengan bobby menjadi penjaring ke 2 terbanyak liga di
belakang fitri omar.untuk pengetahuan, bobby bersama pasukan lamanya bukan lah
penjaring prolifik dan di pertengahan musim juga haji zaki digantikan dengan Robert
Rene Alberts, kelibat Robert mula kelihatan semasa perlawanan Sarawak bertemu
Harimau Muda,dalam perlawanan yang dibasahi hujan itu Sarawak menang
2-1.walaupun bertukar jurulatih,Sarawak masih mengekalkan konsistensi nya
dengan menjadi satu-satunya pasukan liga perdana yang berjaya mengalahkan PKNS
dengan jaringan 1-0 di stadium negeri.
perlawanan
terakhir Sarawak di stadium selayang ialah pada bulan jun 2011,perlawanan
antara Sarawak dengan ATM itu hanyalah pelengkap jadual kerana Sarawak sudah
pun layak ke liga super.tetapi untuk mengakhiri musim yang gemilang itu Sarawak
mesti mahu menang lebih-lebih lagi kehadiran penyokong mereka di stadium
selayang ini yang merayakan kejayaan Sarawak mara ke liga super 2012.di minit
akhir perlawanan syaiful sabtu membawa bola di bahagian sayap kiri pasukan Sarawak
dan menolak bola masuk ke gawang gol ATM, untuk menjaringkan gol tunggal
perlawanan di minit akhir untuk memastikan penyokong Sarawak gembira walaupun
di minit ke 80 semasa kedudukan 0-0 mereka bersorak mereka sudah layak ke liga
super,sebaik saja pengadil meniup wisel penamat dengan hanya ada air
mineral,penyokong dan pemain Sarawak meraikan kejayaan itu ditepi
padang.walaupun kehadiran penyokong dalam 50-70 orang.
BACK TO THE FUTURE : 2013
sampai saja di
lrt taman melati,aku bertanya kepada 3 buah teksi untuk menghantar aku ke
stadium selayang,bandar baru selayang.hampir 2 buah teksi menolak kerana tidak
pergi kesitu,cakap saja la tak tau dimana stadium itu dan aku seakan putus
asa,tetapi mujurlah teksi ke 3 tahu stadium itu.tambang diberi 15 ringgit,dan
sebelum masuk stadium aku singgah dulu di 99 speedmart bersebelahan al
ikhsan,aku membeli air mineral berharga 80 sen dan menyorokkannya di dalam beg
silang dimana letaknya bendera Sarawak.
aku mula
bersemangat dan sedar bahawa penyokong pasukan Sarawak di lembah kelang juga
ada mengikuti perkembangan pasukan ini di luar stadium ada ibu bapa yang membawa
anak kecil sekali ke stadium dan ini satu budaya yang bagus supaya anak-anak
kita tahu liga Malaysia itulah liga kita.di kaunter tiket harga tiket ialah rm
10 satu,ini lebih murah daripada 2 tahun dulu dimana harga tiket ialah 12
ringgit dan jangan terkejut aku pergi ke stadium mbpj menyaksikan lions 12
bermain harga tiket ialah rm 15 untuk liga dan rm 20 untuk piala FA.
sudah lah harga
semurah rm 10 tak kan kamu mahu diskaun lagi ?? perlawanan bermula dengan para
pemain sedang memanaskan badan,agak pelik junior eldstal dan muamer salibasic,
aka amer Sali memanaskan badan tanpa memakai kit latihan seperti pemain
lain,mereka memakai jersi untuk game ini tetapi diterbalikkan baju itu.adakah
FAS tidak menyediakan set baju latihan kepada 2 pemain yang baru dibawa masuk
melalui perpindahan bulan april ini ?
perlawanan
bermula 4:45 petang dan barisan para pemain masuk ke padang melintasi tempat
duduk grandstand dahulu dimana letaknya gerombolan penyokong Sarawak era angkat
balit.sebaik saja mereka keluar dari bilik persalinan tepukan gemuruh diberikan
penyokong.
separuh masa pertama
Sarawak gagal
menyerang kerana pemain pos Malaysia banyak menutup ruang dan membuat perangkap
off side.juga di ragui kredibiliti pengadil yang sering membuat keputusan silap
apabila foul yang dilakukan pemain pos tidak dipeduli.peluang menjaringkan gol
datang melalui hantaran jauh ronny ‘delap’ harun ke junior eldstal yang membuat
flick tepat ke pintu gol tetapi g bwele lambat menyerbu ke arah penjaga gol pos
Malaysia.
di tempat duduk penonton penyokong Sarawak sering memaki hamun refree
kerana sudah jelas tindakan refree lebih menyebelahi pos Malaysia, zamri
morshidi ada juga cuba melakukan larian ke pintu gol tetapi dia dihalang dan
dengan jelas bola itu terkena tangan pemain pos Malaysia tetapi tidak
dipedulikan pengadil, amer Sali juga menerima hantaran jauh untuk menyerang
tetapi pengadil meniup wisel kerana bola terkena bahunya , kami di grandstand
melihat bola itu jelas terkena pada bahu amer Sali.mafry balang juga teruk
diasak dan dia bertahan dengan baik sehingga satu ketika tindakannya mengangkat
kaki terlalu tinggi untuk clear bola diberikan kad kuning oleh refree.
pemain pos Malaysia bernombor 12 menjadi kutukan penyokong Sarawak kerana dia
sering saja jatuh dan berpura-pura sakit.paling menghiburkan bila ada penyokong
yang menyanyikan lagu refree kayu mengikut lenggok lagu tema IM4U
#15 junior eldstal sering juga memberi amaran kepada rakan sepasukan jangan
terlalu membuang bola dan peluang yang terhidang.dia lebih banyak bersuara dari
mana-mana pemain di dalam padang walaupun dia baru saja sebulan berada dalam
pasukan ini.
separuh masa kedua
perubahan
dibuat dengan zamri morshidi #33 dikeluarkan dan digantikan #8 azizan baba dan #16 kapten shahrol saperi dikeluarkan
untuk memasukkan #3 mazwandi zakaria. di separuh masa kedua Sarawak mula
menyerang dan junior eldstal dan g bwele bertahan baik di bahagian tengah. free
kick g bwele berada pada sudut cantik tetapi goalkeeper pos Malaysia berjaya
menepis keluar bola itu.
corner kick mazwandi zakaria yang dihantar ke amer Sali
membuahkan gol dengan amer merembat dari luar kotak penalti.penyokong sarawak
mula bersorak.gol kedua muncul pada minit ke 88 dengan bobby G melambung bola
dengan kaki kirinya goalkeeper pos Malaysia gagal menolak kemas bola itu dan
tercipta lah gol kedua,gol ketiga tercetus dengan bobby G membawa bola melepas
pertahana pos Malaysia dan menolak ke penjuru kanan gawang gol pos Malaysia pada
minit ke 90.
sebaik saja
wisel ditiup penyokong Sarawak meraikannya dengan turun ke tepi padang untuk
bersalaman dengan para pemain,aku sempat juga bersalaman dengan G Bwele #7.dan
bergambar di belakang Robert albert yang meminta rakannya mengambil gambar
berlatarbelakang kan kami.selepas saja mereka ke padang untuk cool down,kami
pula bersorak dengan sehabis boleh untuk meluahkan betapa gembiranya kami
kerana sime darby juga kalah dan kami kini mendahului dengan 49 mata dan masih
lagi kekal rekod tanpa kalah.kami bersorak jauh lebih meriah dari meraikan gol
pertama,kedua dan ketiga tadi.
ketika berjalan
di luar stadium ke perhentian teksi, masih terdengar sorakan penyokong masih
berada dalam stadium dan di luar stadium ini juga aku bertanya hampir 3 teksi
yang tidak tahu mana letaknya rumah aku di datuk keramat.mujur la satu teksi
ini sanggup menghantar ke rumah itu pun selepas adik aku tunjukkan jalan yang
perlu dia lalui.di twitter junior eldstal memuji penyokong Sarawak dengan
berkata walaupun jauh dari tempat asal (Sarawak) mereka (penyokong) begitu
menakjubkan. walaupun jumlah kami hanya 200 orang tetapi itu cukup membuatkan
pemain rasa bersemangat