Sunday 10 June 2012

D lloyd dan aku - semoga aman syamsuar hasyim


sam atau syamsuar hashim,vokalis d llyod telah meninggal dunia malam semalam.aku mula meminati mereka sejak 14 tahun lalu semasa aku masih lagi di tadika,perkenalan aku dengan d lloyd bermula dengn TV3 pada ketika itu diawal pagi sering memainkan video klip mereka semasa selingan malaysia hari ini,boleh kata setiap hari lagu keagungan tuhan di mainkan dan lagu itu masih melekat di dalam otak aku sehingga kini.

bapak Sam
pada masa itu aku menonton video mereka di tv3 sambil makan sarapan nasik goreng masakan arwah nenek beralaskan daun pisang.walaupun aku tak mengerti apa itu muzik,tapi tulisan lagu keagungan tuhan itu benar-benar meresap ke dalam jiwa aku, tak perlukan nasyid,songkok,serban untuk menarik aku mengenali tuhan cukup dengan tulisan lagu yang mendalam dan cara penyampaian yang tidak disertakan bait-bait atau suara latar bahasa arab yang betul atau tidak sebutannya.

bukan lagu keagungan Tuhan saja yang aku tahu, oh tak mungkin,cinta hampa,hidup di Bui antara lagu - lagu mereka yang masih sedap didengar pada hari ini.walaupun D lloyd tak selalu mendapat perhatian media tetapi pengaruh muzik mereka sungguh kuat di malaysia buktinya bila mereka mengadakan konsert di malaysia tahun lalu sambutan yang diterima begitu memuaskan kerana peminat mereka di malaysia terdiri dari golongan berusia 30 tahun ke atas dan kalau ditanya kepada golongan sebaya aku tentang D lloyd mereka pasti mengeleng kepala tanda tak tau dan tak kenal.



Insyaflah wahai manusia
Jika dirimu ternoda
Dunia hanya naungan
Tuk makhluk ciptaan Tuhan


Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa


Dialah pengasih dan penyayang
Kepada semua insan


Janganlah ragu atau bimbang
Pada keagungan Tuhan
 Betapa Maha besarnya
Kuasa segala alam semesta


Siapa selalu mengabdi
Berbakti kepada illahi
Sentosa selama-lamanya
Di dunia dan akhir masa


Dialah pengasih dan penyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada keagungan Tuhan

No comments:

Post a Comment