Tuesday, 5 June 2012

21 dan teruskan mengira

 aku sebenarnya tak berapa sehaluan sangat dengan dia ni, contohnya asal aku begitu menyanjung tinggi ultras malaya tetapi kemudian aku berpecah haluan kerana ada segelintir individu yang baru setahun jagung dalam ultras tetapi sudah pandai menuduh non ultras ini tidak patriotik.pada aku itu sungguh poyo menuduh orang yang tak sebulu dengan kita tak patriotik kerana patriotik seorang itu bukan dinilai dari pemakaian dan cara sokongan dia.

aku jugak selalu berdebat dengan dia pasal aku memberi sokongan penuh kepada kenny d dan dia lebih memuji rafa benitez. hal-hal lain pula aku seorang non partisan dan dia penyokong kuat pakatan rakyat. kitorang memang adik beradik tapi cara hidup dibesarkan dan membesarkan diri amat berbeza.hari ini genap 21 tahun dia.tak banyak yang dapat aku ceritakan kerana kami  sudah berlainan sekolah sejak 9 tahun lalu,sudah tidak tinggal serumah sejak 7 tahun lalu jadi tak banyak yang dapat diceritakan.




No comments:

Post a Comment