pada hari khamis lepas, aku dikejutkan dengan ketibaan satu bungkusan
berdebar-debar menerima bungkusan pertama dalam sejarah hidup......
perkataan ni lagi menambahkan suspen !
setelah dibuka bungkusannya ianya bagai satu penantian lama yang akan berakhir tetapi dari suspen menjadi satu kegembiraan :)
sejujurnya baucer buku 1 malaysia tu aku hantar pada bulan 2 dan setelah sebulan dihantar aku masih belum menerima buku-buku yang dipesan.akhirnya dengan tekad yang ada aku mengeluarkan rm23 untuk membeli sendiri dari kinokuniya buku cerita malaysia tidak ke piala dunia.dan setelah 3 bulan buku itu berada di tangan aku,buku yang dipesan sebelumnya bersama cerita piala dunia 2010 pun sampai.sekarang ni aku memikirkan sama nasib buku cerita malaysia tidak ke piala dunia yang baru sampai ni.semasa entri ni ditaip aku baru habis membaca buku cerita piala dunia.
kedua-dua buku ni hasil tulisan najib annuar @ lucius maximus-seorang pemerhati bolasepak yang kaya dengan fakta yang tiada di wikipedia.
No comments:
Post a Comment