pada hujung mei 2011 dan di masa cuti semester ...perjalanan bermula dengan aku membeli tiket di rock corner KLCC.sebelum itu aku pergi boutique adidas bertanya tentang ticket availability tapi takde dan aku terus berlari ROCK CORNER klcc untuk mendapatkan tiket dan nasib aku agak kurang baik kerana cashier yang handle jualan tiket tu pergi rehat dan aku menghabiskan masa 45minit aku tengok cd di rak cd rock corner tu tanpa minat.sebaik saja cashier tu sambung kerja aku pun beratur dengan di depan aku pembeli tiket untuk chelsea membeli sebanyak 4 keping tiket.prosedur jualan tiket tu bukan jual dan blah saja,aku kena bagi tau nak beli tiket liverpool lepas tu kena isi butiran dalam satu buku log pasal nama,no ic,alamat,e-mail dan nombor handfon.
masa nak beli tu nasib aku baik pasal banyak lagi tiket yang ada dan aku tak perlu bersusah payah nak pakai kabel orang yang ada kad debit standard chartered.pasal ada tiket yang dijual kepada pemegang kad standard chartered dan ini membuat kan para penyokong liverpool di lowyat forum menggunakan khidmat seorang uncle yang memiliki kad standard chartered dalam hal ini mereka memberi duit tunai kepada uncle tu dan uncle itu akan membeli tiket dan dia juga akan memperolehi mata ganjaran hasil pembelian tiket itu.
hampir sebulan setengah tiket itu disimpan di dalam laci di bilik aku dan dijaga dengan baik.pada hari jumaat sehari sebelum perlawanan aku balek ke KL dan dalam nada bersemangat aku mula mendownload lagu you'll never walk alone dendangan gerry dan pacemaker,jujur aku cakap selama 13 tahun kenal liverpool dan 9 tahun jadi fanatik liverpool aku tak pernah nyanyi lagu you'll never walk alone dan bila kedatangan liverpool ke malaysia aku mula menghafal lirik YNWA dan menyanyikan nya sebelum perlawanan.di petang jumaat itu aku dikejutkan dengan berita kenny dalglish yang harus pulang ke liverpool untuk membincangkan pembelian steward downing.
steve clark akan mengambil alih tugasan kenny D dan aku bertambah semangat bila rtm menyiarkan laporan dari stadium bukit jalil dan temubual dengan penyokong liverpool yang datang sesi latihan petang tu.sabtu 16 julai 2011 satu sejarah baru akan bermula yang akan aku ingati ke akhir hayat pada pagi tu aku memilih menyembunyikan penampilan liverpool aku dengan memakai baju corak kotak dan memakai jersi liverpool di dalam. di dalam lrt sudah ada kelibat penyokong liverpool dan sampai saja di stesen masjid jamek aku macam merasakan diri ni berada di anfield.aku memilih untuk membuka baju kotak dan pergi ke mcdonald berhampiran untuk membeli makanan kerana sejak pagi tadi tidak makan dan terpaksa beratur panjang di stesen masjid jamek untuk membeli tiket perjalanan sehala ke bukit jalil. walaupun beratur panjang tapi aku puas hati dapat jumpa spesies liverpudlian kerana di malaysia ni di gebangkan hanya man utd,chelsea dan arsenal saja yang ada peminat.macam kelab lain takde peminat pulak.
di dalam lrt ke bukit jalil aku dibanjiri penyokong liverpool dan ada diantara mereka yang sudah beranak pinak membawa sekali family dan anak lelaki ke stadium.rata-rata penyokong liverpool yang ditemui berusia dalam 30 tahun ke atas dan ada diantara mereka bercerita pengalaman menonton perlawanan liverpool di thailand dan membincangkan kenapa ngok nya david ngog bermain.
aku mula berangan 16 tahun akan datang aku akan membawa azfandi khairul aka andi khairul ke stadium menonton liverpool yang di bimbing jamie carragher.sampai saja di stesen bukit jalil aku berasa sungguh bersemangat melihat begitu merah dan meriah suasananya aku pergi ke gerai-gerai yang ada melihat barang-barang jualan mereka.tapi aku tertarik dengan brother yang jual jersi lama liverpool
disebabkan bajet yang minima aku hanya membeli mafla malaysia dan liverpool saja, masuk saja ke stadium aku mula call adam zhafri dan aku tak dapat join dia pasal tiket dia untuk violet gate dan aku yellow gate. nak carik kerusi tak jadi masalah dan aku terlampau hyperaktif sangat sampai taknak duduk.aku pun merayau la sampai ke teres atas dan dapat seat yang depan sekali cuma masalah masa tu tiket yang dijual melebihi jumlah tempat duduk dan ini menyebabkan mat saleh sebelah aku masa tu sound mamat yang duduk bersila depan dia pasal menghalang pandangan anak dia. perlawanan pun bermula dan aku menonton dengan penuh minat.
bersambung separuh masa kedua aku pergi merayau ke ceruk stadium untuk cari angle yang menarik.dari belakang gol apexx aku pergi ke bahagian tengah stadium dan akhir sekali ke sebelah kanan gawang malaysia di separuh masa kedua. aku keluar untuk menunaikan sembahyang asar yang tertunda dan sebaik saja selesai solat asar kedudukan sudah menjadi 3-1 dan ini mengejutkan aku kerana 5 minit saja aku di luar stadium kedudukan sudah berubah.
gol ke 2 dan 3 dijaringkan oleh david Ngog yang tidak menonjolkan ke ngokkannya dalam game ni.gol keempat pula jaringan maxi rodriguez dan penyokong liverpool mula bersorak tak lama lepas tu safee sali menjadikan kedudukan 4-2 juga disorak oleh penyokong liverpool,kami sorak sebab bukannya kami rasa kami ni dilahirkan di liverpool dan tahu scousers slank sebab tu kami bersorak gembira,sekali lagi safee menjadikan kedudukan 4-3 dan gegak gempita satu stadium bukit jalil dan di hujung perlawanan maxi sekali lagi menjaringkan gol ke 5 liverpool dan kuyt menyumbang gol ke 6.
tak dapat digambarkan kepuasan hati aku pasal dapat menyaksikan pasukan yang diminati di depan mata.yang aku dapat saksikan gelagat penonton di stadium ialah penyokong liverpool rata-ratanya diminati golongan berusia 30++ dan hanya segelintir penyokong liverpool berusia 20++. dan dalam perjalanan pulang aku berfikir bila agaknya liverpool akan kembali dan bila aku akan membawa andi khairul ke stadium bukit jalil ??
No comments:
Post a Comment