Saturday, 30 June 2012

harapan palsu

mamat ice man ni semakin hampir menandatangani kontrak dengan tottenham hotspurs dan di sini aku sering kali menulis komen di page kelab peminat liverpool malaysia bahawa semua rumours yang ditulis sama ada di media cetak atau elektronik ianya harapan palsu semata-mata.kerana contoh gilfy sigurdson yang di sembang pompang akan menyertai brendan rodgers di liverpool semakin panas dari hari ke hari tetapi di saat akhir dikejutkan dengan dia menerima tawaran dari spurs terus terang aku cakap aku hanya percaya pada liverpoolfc.tv kerana ini satu-satunya sumber sahih lagi tepat dan aku tak melayan sebarang gosip perpindahan dari mana-mana sumber.

Thursday, 28 June 2012

catatan WILL versi azfar

 
filem will brennan - cerita perjalanan anak yatim berusia 11 tahun ke istanbul untuk menyaksikan perlawanan akhir uefa champions league 2005 sungguh menusuk ke dalam jiwa aku.tanpa aku sedari pada 2011 angan-angan aku selama 9 tahun menunggu kehadiran liverpool fc ke malaysia akhirnya tercapai.bagai satu mimpi dan angan-angan yang paling mustahil dalam hidup aku.

pada hujung mei 2011 dan di masa cuti semester ...perjalanan bermula dengan aku membeli tiket di rock corner KLCC.sebelum itu aku pergi boutique adidas bertanya tentang ticket availability tapi takde dan aku terus berlari ROCK CORNER klcc untuk mendapatkan tiket dan nasib aku agak kurang baik kerana cashier yang handle jualan tiket tu pergi rehat dan aku menghabiskan masa 45minit aku tengok cd di rak cd rock corner tu tanpa minat.sebaik saja cashier tu sambung kerja aku pun beratur dengan di depan aku pembeli tiket untuk chelsea membeli sebanyak 4 keping tiket.prosedur jualan tiket tu bukan jual dan blah saja,aku kena bagi tau nak beli tiket liverpool lepas tu kena isi butiran dalam satu buku log pasal nama,no ic,alamat,e-mail dan nombor handfon.

masa nak beli tu nasib aku baik pasal banyak lagi tiket yang ada dan aku tak perlu bersusah payah nak pakai kabel orang yang ada kad debit standard chartered.pasal ada tiket yang dijual kepada pemegang kad standard chartered dan ini membuat kan para penyokong liverpool di lowyat forum menggunakan khidmat seorang uncle yang memiliki kad standard chartered dalam hal ini mereka memberi duit tunai kepada uncle tu dan uncle itu akan membeli tiket dan dia juga akan memperolehi mata ganjaran hasil pembelian tiket itu.

hampir sebulan setengah tiket itu disimpan di dalam laci di bilik aku dan dijaga dengan baik.pada hari jumaat sehari sebelum perlawanan aku balek ke KL dan dalam nada bersemangat aku mula mendownload lagu you'll never walk alone dendangan gerry dan pacemaker,jujur aku cakap selama 13 tahun kenal liverpool dan 9 tahun jadi fanatik liverpool aku tak pernah nyanyi lagu you'll never walk alone dan bila kedatangan liverpool ke malaysia aku mula menghafal lirik YNWA dan menyanyikan nya sebelum perlawanan.di petang jumaat itu aku dikejutkan dengan berita kenny dalglish yang harus pulang ke liverpool untuk membincangkan pembelian steward downing.

steve clark akan mengambil alih tugasan kenny D dan aku bertambah semangat bila rtm menyiarkan laporan dari stadium bukit jalil dan temubual dengan penyokong liverpool yang datang sesi latihan petang tu.sabtu 16 julai 2011 satu sejarah baru akan bermula yang akan aku ingati ke akhir hayat pada pagi tu aku memilih menyembunyikan penampilan liverpool aku dengan memakai baju corak kotak dan memakai jersi liverpool di dalam. di dalam lrt sudah ada kelibat penyokong liverpool dan sampai saja di stesen masjid jamek aku macam merasakan diri ni berada di anfield.aku memilih untuk membuka baju kotak dan pergi ke mcdonald berhampiran untuk membeli makanan kerana sejak pagi tadi tidak makan dan terpaksa beratur panjang di stesen masjid jamek untuk membeli tiket perjalanan sehala ke bukit jalil. walaupun beratur panjang tapi aku puas hati dapat jumpa spesies liverpudlian kerana di malaysia ni di gebangkan hanya man utd,chelsea dan arsenal saja yang ada peminat.macam kelab lain takde peminat pulak.

di dalam lrt ke bukit jalil aku dibanjiri penyokong liverpool dan ada diantara mereka yang sudah beranak pinak membawa sekali family dan anak lelaki ke stadium.rata-rata penyokong liverpool yang ditemui berusia dalam 30 tahun ke atas dan ada diantara mereka bercerita pengalaman menonton perlawanan liverpool di thailand dan membincangkan kenapa ngok nya david ngog bermain.
aku mula berangan 16 tahun akan datang aku akan membawa azfandi khairul aka andi khairul ke stadium menonton liverpool yang di bimbing jamie carragher.sampai saja di stesen bukit jalil aku berasa sungguh bersemangat melihat begitu merah dan meriah suasananya aku pergi ke gerai-gerai yang ada melihat barang-barang jualan mereka.tapi aku tertarik dengan brother yang jual jersi lama liverpool
disebabkan bajet yang minima aku hanya membeli mafla malaysia dan liverpool saja, masuk saja ke stadium aku mula call adam zhafri dan aku tak dapat join dia pasal tiket dia untuk violet gate dan aku yellow gate. nak carik kerusi tak jadi masalah dan aku terlampau hyperaktif sangat sampai taknak duduk.aku pun merayau la sampai ke teres atas dan dapat seat yang depan sekali cuma masalah masa tu tiket yang dijual melebihi jumlah tempat duduk dan ini menyebabkan mat saleh sebelah aku masa tu sound mamat yang duduk bersila depan dia pasal menghalang pandangan anak dia. perlawanan pun bermula dan aku menonton dengan penuh minat.
pesta gol liverpool bermula dengan charlie adam mengambil penalti,satu stadium bersorak dan tak lama lepas tu safiq rahim mengambil free kick dan tepat menerjah jaring brad jones,masa ni team liverpool tak disertai pemain-pemain utama kerana pepe reina cedera,steven gerrard cedera,luis suarez & lucas leiva main di copa america jadi ini hanya 70 % skuad utama liverpool.1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
bersambung separuh masa kedua aku pergi merayau ke ceruk stadium untuk cari angle yang menarik.dari belakang gol apexx aku pergi ke bahagian tengah stadium dan akhir sekali ke sebelah kanan gawang malaysia di separuh masa kedua. aku keluar untuk menunaikan sembahyang asar yang tertunda dan sebaik saja selesai solat asar kedudukan sudah menjadi 3-1 dan ini mengejutkan aku kerana 5 minit saja aku di luar stadium kedudukan sudah berubah.

gol ke 2 dan 3 dijaringkan oleh david Ngog yang tidak menonjolkan ke ngokkannya dalam game ni.gol keempat pula jaringan maxi rodriguez dan penyokong liverpool mula bersorak tak lama lepas tu safee sali menjadikan kedudukan 4-2 juga disorak oleh penyokong liverpool,kami sorak sebab bukannya kami rasa kami ni dilahirkan di liverpool dan tahu scousers slank sebab tu kami bersorak gembira,sekali lagi safee menjadikan kedudukan 4-3 dan gegak gempita satu stadium bukit jalil dan di hujung perlawanan maxi sekali lagi menjaringkan gol ke 5 liverpool dan kuyt menyumbang gol ke 6.
tak dapat digambarkan kepuasan hati aku pasal dapat menyaksikan pasukan yang diminati di depan mata.yang aku dapat saksikan gelagat penonton di stadium ialah penyokong liverpool rata-ratanya diminati golongan berusia 30++ dan hanya segelintir penyokong liverpool berusia 20++. dan dalam perjalanan pulang aku berfikir bila agaknya liverpool akan kembali dan bila aku akan membawa andi khairul ke stadium bukit jalil ??

Monday, 25 June 2012

RIP miki roque

 miki roque 
8 julai 1988 - 24 jun 2012.
bekas graduan akademi liverpool ini menghidap kanser pelvik sejak setahun yang lalu dan satu-satu aksi nya bersama pasukan senior ialah pada perlawanan liga juara-juara menentang galatasaray pada disember 2006.

Thursday, 21 June 2012

komen TROLL sejati di youtube

sumber  dan lokasi : gol amirul hadi

masa baca komen ni,seorang komentar telah menarik perhatian aku dengan maklumbalas dia kepada seorang lagi komentar.cara dia komen sebijik macam cara aku bakar budak-budak harimau malaya pasca aff 2010.legend !!





Tuesday, 19 June 2012

leyton high street berwajah baru

leyton high street terletak berhampiran dengan stadium olimpik london.jadi untuk memastikan imej london antara bandaraya terbersih di dunia tidak tercalar sejumlah peruntukan telah disalurkan untuk membaik pulih imej leyton high street.dari sebuah kawasan perniagaan yang usang,tidak terurus leyton high street kini kelihatan seperti sebuah kawasan perniagaan seperti terdapat di chelsea dan notting hill.dinding yang kotor telah dibersihkan dan di cat semula,tingkap yang pecah telah digantikan,dan papan iklan yang usang diganti baru.

kalau di KL jika ada sesuatu temasya baru pasti akan dibina monumen baru kononnya nak meraikan delegasi luar atau menarik kehadiran pelancong.tanpa disedari wang yang ada itu lebih baik digunakan untuk membaik pulih kekurangan yang ada seperti kawasan central market yang kurang bersih dan kawasan masjid india yang kelihatan seperti berada di bangladesh dan india sana dengan tahap kebersihan berada di paras teruk.


justin bieber + mc hammer = justin hammer

 
hammertime !! mc hammer rapper zaman 90 an yang terkenal dengan lagu u cant touch this pernah terkenal dengan trend memakai seluar ketat di kaki dan besar di bahagian paha.seluar yang menjadi identiti mc hammer ini digelar hammer pants juga dipanggil seluar payung terjun kerana kainnya yang mengembang seperti payung terjun.kini seluar jenis ini kembali dipopularkan oleh justin bieber semasa membuat persembahan di much video music award di toronto,kanada.

mc hammer

Saturday, 16 June 2012

4 bulan penantian

 pada hari khamis lepas, aku dikejutkan dengan ketibaan satu bungkusan 

berdebar-debar menerima bungkusan pertama dalam sejarah hidup......

perkataan ni lagi menambahkan suspen !

setelah dibuka bungkusannya ianya bagai satu penantian lama yang akan berakhir tetapi dari suspen menjadi satu kegembiraan :)

sejujurnya baucer buku 1 malaysia tu aku hantar pada bulan 2 dan setelah sebulan dihantar aku masih belum menerima buku-buku yang dipesan.akhirnya dengan tekad yang ada aku mengeluarkan rm23 untuk membeli sendiri dari kinokuniya buku cerita malaysia tidak ke piala dunia.dan setelah 3 bulan buku itu berada di tangan aku,buku yang dipesan sebelumnya bersama cerita piala dunia 2010 pun sampai.sekarang ni aku memikirkan sama nasib buku cerita malaysia tidak ke piala dunia yang baru sampai ni.semasa entri ni ditaip aku baru habis membaca buku cerita piala dunia.

kedua-dua buku ni hasil tulisan najib annuar @ lucius maximus-seorang pemerhati bolasepak yang kaya dengan fakta yang tiada di wikipedia.

Tuesday, 12 June 2012

memahami slang australia

sebagai persediaan ke australia untuk 15 tahun akan datang,aku harus memahami slang atau bahasa pasar australia terlebih dahulu supaya aku tak blur dengan apa ausie akan cakap nanti.video di bawah ni serba sedikit membantu

australia oi oi oi !!!!



Sunday, 10 June 2012

D lloyd dan aku - semoga aman syamsuar hasyim


sam atau syamsuar hashim,vokalis d llyod telah meninggal dunia malam semalam.aku mula meminati mereka sejak 14 tahun lalu semasa aku masih lagi di tadika,perkenalan aku dengan d lloyd bermula dengn TV3 pada ketika itu diawal pagi sering memainkan video klip mereka semasa selingan malaysia hari ini,boleh kata setiap hari lagu keagungan tuhan di mainkan dan lagu itu masih melekat di dalam otak aku sehingga kini.

bapak Sam
pada masa itu aku menonton video mereka di tv3 sambil makan sarapan nasik goreng masakan arwah nenek beralaskan daun pisang.walaupun aku tak mengerti apa itu muzik,tapi tulisan lagu keagungan tuhan itu benar-benar meresap ke dalam jiwa aku, tak perlukan nasyid,songkok,serban untuk menarik aku mengenali tuhan cukup dengan tulisan lagu yang mendalam dan cara penyampaian yang tidak disertakan bait-bait atau suara latar bahasa arab yang betul atau tidak sebutannya.

bukan lagu keagungan Tuhan saja yang aku tahu, oh tak mungkin,cinta hampa,hidup di Bui antara lagu - lagu mereka yang masih sedap didengar pada hari ini.walaupun D lloyd tak selalu mendapat perhatian media tetapi pengaruh muzik mereka sungguh kuat di malaysia buktinya bila mereka mengadakan konsert di malaysia tahun lalu sambutan yang diterima begitu memuaskan kerana peminat mereka di malaysia terdiri dari golongan berusia 30 tahun ke atas dan kalau ditanya kepada golongan sebaya aku tentang D lloyd mereka pasti mengeleng kepala tanda tak tau dan tak kenal.



Insyaflah wahai manusia
Jika dirimu ternoda
Dunia hanya naungan
Tuk makhluk ciptaan Tuhan


Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa


Dialah pengasih dan penyayang
Kepada semua insan


Janganlah ragu atau bimbang
Pada keagungan Tuhan
 Betapa Maha besarnya
Kuasa segala alam semesta


Siapa selalu mengabdi
Berbakti kepada illahi
Sentosa selama-lamanya
Di dunia dan akhir masa


Dialah pengasih dan penyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada keagungan Tuhan

Thursday, 7 June 2012

kempen Euro 2012 england kini bermula

 barisan belakang-dari kiri : Andy Carroll, Phil Jones, John Terry, Rob Green, Joe Hart, Jack Butland, Joleon Lescott, Martin Kelly, Danny Welbeck (barisan tengah) Gary Neville (coach), Ray Lweington (assistant manager), Jordan Henderson, James Milner, Glen Johnson, Scott Parker, Phil Jagielka, Stewart Downing, Ray Clemence (goalkeeping coach), Dave Watson (goalkeeping coach), (barisan depan) Alex Oxlade-Chamberlain, Jermain Defoe, Theo Walcott, Steven Gerrard, Roy Hodgson (manager), Wayne Rooney, Ashley Cole, Ashley Young, Leighton Baines

semalam pasukan england selamat sampai ke poland.sebelum naik flight apa-apa pun kita  amik gambar dulu dengan penaja iaitu vauxhall penaja utama pasukan england.vauxhall ialah pengeluar kereta. selepas tu baru naik flight ke poland.sampai saja di poland, the three lions disambut oleh anak-anak tempatan yang mengibar bendera england dan poland dan mereka juga diberi autograf oleh pemain england,bukan senang nak dapat autograf diorang tu.



semoga berjaya!!


selamat sampai



sesi autograf bersama penyambut tetamu


naik bas pergi ke hotel.


apa tunggu lagi,check in la

selamat jalan steve clarke


steve clarke memilih untuk meninggalkan liverpool.dia dikhabarkan ke west bromwich albion untuk menggantikan tempat uncle woy selaku pengurus.sejak steve clarke menjadi orang no 2 kenny dalglish liverpool semakin sukar dikalahkan oleh chelsea kerana dia asalnya dari pasukan kejurulatihan chelsea seperti ray wilkin juga.dan dalam tempoh setahun 5 bulan di anfield liverpool hanya kalah sekali kepada chelsea ini fakta yang benar.clarke pergi kerana tidak sehaluan dengan buck rodgers dan dengan pemergian kenny dalglish lagi menegangkan suasana.clarke asalnya telah menghantar surat berhenti tetapi tidak dipersetujui oleh kelab dan brendan rodgers membuat keputusan membawa skuad kejurulatihannya dari swansea untuk mengisi tempat clarke dan ini membolehkan clarke meninggalkan kelab.

Wednesday, 6 June 2012

jersi euro 2012 kumpulan D

kumpulan D
 Sweden
Ukraine
 England

Perancis

untuk grup D ni jersi yang paling cantik ialah Ukraine,kombinasi biru - kuning nampak menarik dan jarang team guna warna ni,satu lagi kombinasi biru kuning ialah sweden tapi jersi swedean nampak old school dan warna agak luntur,jersi away sweden pulak sebijik macam baju polo.jersi atau kit england malas aku nak komen bukan setakat klasik tapi jugak KUNO atau ketinggalan zaman,sungguh membosankan sehingga gagal menarik aku untuk membelinya.jersi home perancis dah macam banduan, tapi jersi away dia style pasal nampak macam baju kemeja guna untuk pergi jalan-jalan.

jersi euro 2012 kumpulan C

kumpulan C
 Sepanyol
 Croatia
 Itali
                                                                     Republik Ireland
jersi hijau republik ireland sungguh cool! jersi croatia buat main chess je la.spain macam biasa,setiap kali tournament jersi mesti cantik.itali pulak membosankan macam puma takde designer yang kreatif

jersi euro 2012 kumpulan B

kumpulan B

 Denmark
 Belanda
 Portugal
German

jersi paling cantik untuk grup ni ialah denmark,rekaan dia sungguh klasik + moden.jersi portugal ni macam dah recycle sejak euro 2008 pun ada.jersi belanda yang away tu ok la tapi design yang away guna untuk home jersi rasanya jauh lebih cantik pasal jersi home tu kureng menarik la.jersi jerman macam biasa maintain cantik tapi aku bagi kredit kat jersi away jerman tu nampak lain dari yang lain la bila jerman pakai warna hijau.