semalam aku balek dari kerja. sebagai non partisan atau orang yang tak menyokong mana-mana parti aku tak kisah pasal bersih 3.0 kalau aku tak bekerja aku tak dapat elaun 10 ringgit sehari dan lepas saja aku balek kerja aku singgah PWTC pasal ada pesta buku. balek saja dari pesta buku aku pun serabut dengan keadaan di stesen lrt PWTC pasal ramai sangat orang dari bersih sampai la ke rakyat biasa yang sependapat dengan aku untuk pergi ke PWTC adalah jauh lebih bermakna dari duduk bantah BERSIH yang sudah 3 kali dibuat tapi masih gagal menunjukkan hasilnya.aku cukup panas hati kerana orang BERSIH buat taik, golongan tak bersalah seperti aku menjadi mangsa keadaan.ceritanya macam ni semasa aku berbaris nak beli token di mesin token lrt PWTC tiba-tiba staff rapid KL buat pengumuman ' sesiapa yang sudah beli token cepat naik lrt sekarang,sesiapa yang belum beli sila keluar kerana stesen ini akan ditutup'. dalam barisan panjang macam lipan memang harapan aku untuk beli token adalah tipis dan dengan perasaan marah aku keluar dari stesen pwtc dan berjalan kaki patah balik ke stesen titiwangsa.sampai di stesen masjid jamek untuk tukar tren tiba-tiba mata aku pedih pasal sisa gas pemedih mata masih ada dan mata & hidung aku terasa perit.masa tu stesen masjid jamek jugak ditutup dari sebarang kemasukan penumpang.
bersih ni asalnya diasaskan oleh golongan aktivis yang mahukan sistem pilihanraya di malaysia bersih dan telus tetapi masuk saja bersih kali ni AMBINGAI aka AMBIGA antara penaung nya. aku cukup berbulu dengan bersih ni pasal kenapa harus di buat di kawasan peniaga melayu mencari rezeki ?? sudah la mereka mencari nafkah hidup dengan berniaga di gerai kawasan masjid jamek, para aktivis ni pulak boleh buat DEMONstrasi di kawasan mereka berniaga.tidak kah itu menjejaskan pendapatan mereka untuk sehari dan pada hari sabtu dimana orang awam keluar membeli belah pastinya pendapatan peniaga di situ bertambah berbanding hari biasa dan lebih-lebih pasar malam jalan TAR setiap hari sabtu yang menjadi lubuk emas peniaga melayu mencari rezeki.dengan menjalankan DEMONstrasi di kawasan yang sama sejak 5 tahun lalu nampaknya ini seperti mahu menjahanamkan periuk nasi mereka.kalau ye pun para peniaga tu ikut duduk bantah setakat 150 ringgit sebagai upah besar mana la sangat berbanding jika mereka berniaga pada hari itu yang menjanjikan pendapatan berlipat ganda.
sudah 5 tahun bersih wujud,dari zaman aku pasca PMR hinggalah zaman praktikal di vistana KL.cuma untuk edisi bersih terdahulu aku tak mengalami situasi seperti semalam kerana bersih 1.0 (2007) aku seorang homie - suka duduk rumah dan bersih 2.0 - update blog di rumah. jadi untuk bersih 3.0 aku kena bekerja kerana itu sudah termaktub dalam jadual aku dan aku bukannya dibayar 150 ringgit untuk DUDUK BANTAH. dan demonstrasi itu bukanlah sehebat yang berlaku di mesir,tunisia dan libya sehingga mampu menumbangkan kerajaan.dan bila aku tengok utusan malaysia hari ni najib masih hidup dan rosmah masih membolot kekayaan negara hari demi hari dan dalam manifesto bersih mereka tidak menuntut supaya had umur mengundi dikurangkan kepada 18 tahun macam di amerika syarikat. mereka lupa di masa akan datang anak muda la yang akan memerintah negara dan dunia pada hari ini dipinjamkan buat sementara kepada golongan BERSIH ini untuk menyumbang sesuatu kepada generasi masa hadapan dan bukannya untuk kepentingan mereka.
aku masih teguh dengan pendirian aku untuk menjadi seorang non partisan atau tidak menyokong mana-mana parti dan aku tak pernah sama sekali terlibat dengan parti bebas atau pun gerakan SALURAN TIGA.bukan aku tak ambik tau pasal politik tetapi pada aku ahli politik penuh dengan janji palsu,mereka menjanjikan macam-macam tetapi itu hanyalah sembang kosong mereka dan tak kira pakatan rakyat atau pun barisan national aku tak memihak pada mereka.yang aku inginkan ialah malaysia ini mampu menjadi negara berkebajikan seperti norway bukannya berkiblatkan pemimpin berserban,ber tali leher, tetapi hanya menjual agama islam dalam ceramah mereka.
Sunday, 29 April 2012
Friday, 27 April 2012
22 tahun martin kelly !!
martin kelly kini pada hari ini berusia 22 tahun.aku mula kenal dengan si gergasi kurus ni masa liverpool lawan olimpique lyon masa uefa champions league 2009-2010. permainan martin kelly pada ketika itu agak menyakitkan hati dan lembik.aksinya nya mula meningkat semasa diturunkan menentang chelsea di anfield pada 2010=2011 dengan memainkan peranan menyekat dider drogba dan martin kelly berjaya melakukannya.
di bawah kenny dalglish martin mula diberi peluang bermain dengan lebih kerap dan menyebabkan glen johnson panas punggung kerana martin kelly jauh lebih kental semasa bertahan di bek kanan berbanding glen johnson.
Sunday, 22 April 2012
bye bye timeline facebook !!
hari ini mencatat sejarah sepanjang aku ber fb.setelah hampir 4 bulan menggunakan time line akhirnya aku menemui cara untuk mem buang timeline facebook aku.takde yang best nye time line ni.yang cantik hanyalah cover photo saja itu pun bukannya ada fungsi selain hiasan.
bagi aku time line agak bersepah dengan update yang kita tulis dah jadi macam nota kaki pulak.dan kalau nak bace pun tak cantik.cara untuk remove this timeline are
mula-mula sekali kena pergi ke website :
http://www.timelineremove.com/
lepas tu pilih jenis browser yang korang guna untuk online. yang disediakan ialah
mozilla firefox, internet explorer dan google chrome, untuk safari belum boleh lagi pasal diorang baru nak buat ujian.
lepas klik jenis browser yang korang semua guna klik plak allow
selepas klik allow, software installation akan bermula
selepas di install kita perlu sign out lepas tu refresh dan baru la boleh sambung online balek.
bagi aku time line agak bersepah dengan update yang kita tulis dah jadi macam nota kaki pulak.dan kalau nak bace pun tak cantik.cara untuk remove this timeline are
mula-mula sekali kena pergi ke website :
http://www.timelineremove.com/
lepas tu pilih jenis browser yang korang guna untuk online. yang disediakan ialah
mozilla firefox, internet explorer dan google chrome, untuk safari belum boleh lagi pasal diorang baru nak buat ujian.
lepas klik jenis browser yang korang semua guna klik plak allow
selepas klik allow, software installation akan bermula
barcelona + bana = barcabana
perlawanan el classico pagi tadi berakhir dengan kekalahan barca di tangan real madrid.gol dari sami khedira dan cristiano ronaldo sudah cukup membuatkan pep guardiola mimpi ngeri selepas kekalahan kepada chelsea.pada separuh masa pertama pertahanan real cukup mantap dengan alvaro arbeloa memainkan peranan penting menghalang pergerakan lionel messi.
gol sami khedira berpunca dari corner kick mezut ozil dan bola tandukan pepe gagal ditangkap kemas victor valdes dab carles puyol teragak-agak nak clearance bola sehingga sami khedira mengambil kesempatan dengan menolak bola masuk ke pintu gol barca.
separuh masa kedua defend real madrid goyah sedikit dan ini menjadi punca kepada gol alexis sanchez setelah casillas & co gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalti.
Wednesday, 18 April 2012
cerita malaysia tidak ke piala dunia
penantian 5 bulan setengah akhirnya terubat setelah aku berjaya memiliki buku cerita malaysia tidak ke piala dunia edisi kedai buku yang di beli di kinokuniya KLCC pada harga 23.00 ringgit cash !
asalnya aku dah hantar baucar buku 1 malaysia ke dubook press iaitu syarikat yang mencetak buku ni tapi tak tau apa perkembangan nya sama ada baucar buku aku tak sampai atau orang dubook buat tak tau lepas aku buat aduan pasal tak dapat buku tu.dan baucar buku tu nilainya rm 50 burn macam tu saja.
resit pembelian buku yang paling aku tunggu-tunggu sejak 2011 lagi
dalam makna nya disebalik kata-kata hikmat di kulit belakang buku ni
asalnya aku dah hantar baucar buku 1 malaysia ke dubook press iaitu syarikat yang mencetak buku ni tapi tak tau apa perkembangan nya sama ada baucar buku aku tak sampai atau orang dubook buat tak tau lepas aku buat aduan pasal tak dapat buku tu.dan baucar buku tu nilainya rm 50 burn macam tu saja.
resit pembelian buku yang paling aku tunggu-tunggu sejak 2011 lagi
dalam makna nya disebalik kata-kata hikmat di kulit belakang buku ni
Monday, 16 April 2012
jenama tiruan dari china yang LOL
panosaonic ??
anmani ??
pada pandangan pertama nampak macam takde beza je
owega ??
nake ??
adidoss ?? adios!
corc ?? terbelit lidah menyebutnya
kalau mabuk heineken ke heiemekem ke tetap togak jugak
anmani ??
pada pandangan pertama nampak macam takde beza je
owega ??
pearl boy ?? untuk playboy junior |
adidoss ?? adios!
corc ?? terbelit lidah menyebutnya
kalau mabuk heineken ke heiemekem ke tetap togak jugak
aeippie ?? I appie ??
sebijik macam psp. seronok jugak kalau troll orang guna benda ni
gol hantu chelsea
gol hantu chelsea menyebabkan moral pemain spurs jatuh menjadikan kedudukan 2-0 .bola sepakan juan mata itu ternyata belum lagi melepasi garisan gol dan hasil ulang tayang dan gambar-gambar diambil menunjukkan hanya benoit assou ekotto berada di dalam gol dan bola itu berada betul-betul di luar garisan gol dan ini mengundang rasa tak puas hati harry redknapp dan pemain spurs.
majlis memperingati titanik
gambar di bawah ialah gambar but dan kot yang dipercayai milik mangsa titanik yang tenggelam,dari kedudukannya seperti but itu dipakai oleh si mangsa sehingga jasadnya reput dan bukannya tertanggal semasa dia tenggelam. gambar ini diambil pada tahun 2004 dan james cameron,pengarah filem titanik yang sudah 33 kali melawat tapak kapal itu tenggelam berkata semasa gambar itu diambil mereka hanya melihat but dan tiada rangka manusia.
gambar ini pula menunjukkan upacara memperingati titanik kali ke 100 dengan 3 jambangan bunga dicampak ke laut untuk mengenang mangsa-mangsa korban titanik.majlis itu diadakan di atas kapal MS BALMORAL kapal itu melalui semula laluan yang dilalui kapal titanik sebelum merempuh iceberg.sebanyak 1309 penumpang turut serta dengan 50 daripadanya mempunyai pertalian darah dengan mangsa-mangsa yang tenggelam.
ini ialah dr robert ballard yang mengetuai ekspedisi menjejak titanic dan kumpulannya berjaya menemui titanik pertama kali pada 1985 sejak ia tenggelam pada 15 april 1912.
gambar ini pula menunjukkan upacara memperingati titanik kali ke 100 dengan 3 jambangan bunga dicampak ke laut untuk mengenang mangsa-mangsa korban titanik.majlis itu diadakan di atas kapal MS BALMORAL kapal itu melalui semula laluan yang dilalui kapal titanik sebelum merempuh iceberg.sebanyak 1309 penumpang turut serta dengan 50 daripadanya mempunyai pertalian darah dengan mangsa-mangsa yang tenggelam.
ini ialah dr robert ballard yang mengetuai ekspedisi menjejak titanic dan kumpulannya berjaya menemui titanik pertama kali pada 1985 sejak ia tenggelam pada 15 april 1912.
Sunday, 15 April 2012
23 tahun hillsborough
15 april 2012 genap la 23 tahun tragedi hillsborough,iaitu insiden dimana penyokong liverpool terhimpit di lepping lane dan menyebabkan tolak-menolak berlaku dan ada yang mati dipijak kerana lepping lane berkapasiti 15 000 orang dan pihak stadium menjual tiket melebihi had dan ini menjadi punca kenapa insiden itu berlaku.
sebab lain ialah pintu masuk di kaunter tiket tidak berfungsi dan pintu pagar bersebelahan dibuka dan penyokong meluru masuk ke dalam stadium kerana di laluan masuk sempit dan mereka perlu ruang untuk bernafas dan berlaku lah insiden rempuhan dari belakang hingga ada muka penyokong terlekap di pagar belakang gol yang memisahkan padang dan tempat duduk.dalam sekelip mata 95 nyawa penyokong liverpool terkorban dan mangsa ke 96 meninggal setelah 4 tahun koma.
kematiannya 96 penyokong ini merubah landskap anfield sehingga terbinanya memorial hillsborough yang menempatkan nama-nama penyokong liverpool yang terkorban di stadium hillsborough milik kelab sheffield wednesday itu.sebagai tanda peringatan obor api menyala di abadikan di logo liverpool sempena mengenang 96 mangsa tragedi hillsborough.setiap tahun juga diadakan majlis memperingati mereka di stadium anfield dan pada 15 april setiap tahun liverpool tidak akan bermain pada tarikh itu.
fakta-fakta menarik filem titanik
fakta-fakta ni agak lama iaitu semasa pembikinan filem titanic pada tahun 1996 dan hanya kini baru fakta-fakta ini diceritakan pada umum,ada banyak fakta tapi aku ambil yang menarik saja
Subscribe to:
Posts (Atom)