Sunday, 19 February 2017

Stadium Bolasepak Yang Terbiar Usang

Pasti anda berasa canggung apabila melihat senarai stadium ini bukan ?? kami sendiri pun tidak begitu arif dengan nama-nama stadium ini kerana kebiasaannya stadium lama yang tidak digunakan lagi akan dirobohkan untuk projek baru tidak lama selepas penyewa berpindah ke gelanggan baru. Tetapi entah kenapa stadium ini terbiar begitu saja sehinggakan padang yang cantik dan rata dulu kini menjadi semak samun. 




1. Turnfurlong Lane

Tiada maklumat tepat mengenai stadium ini, yang terdekat kami capai ialah ianya dahulu di sewa oleh kelab semi pro Ayelsburry United sebelum kelab itu berpindah sewa ke stadium lain. Agak lama juga kelab itu meninggalkan stadium ini, lebih 20 tahun. 

2. Boothferry Park 

Kelab Liga Perdana Inggeris, Hull City AFC dahulunya bermain di sini selama lebih 50 tahun sebelum mereka berpindah ke KC Stadium. Info terkini stadium ini telah dirobohkan pada 2010. Selepas Hull city, stadium ini menjadi tapak untuk pasarraya Kwik Save dan Iceland. 

3. Don Valley 

Stadium pelbagai guna ini telah pun dirobohkan. Pada waktu penutupannya, stadium ini menjadi stadium pelbagai guna yang kedua terbesar di Britain dengan kapasiti 25 000 penonton. Dibelakang London Olympic Stadium yang kini menjadi rumah baru untuk West Ham United. 

4. Lluis Sitjar Stadium 

Satu ketika dulu menjadi rumah untuk Real Mallorca. Tetapi kini tinggal kenangan saja kerana telah pun dirobohkan. 

5. Estadio Insular 

Semasa kelab sensasi La Liga, Las Palmas masih lagi beraksi di liga bawahan mereka menggunakan stadium ini sehingga 2003. Sama seperti stadium lain, sebahagian binaan stadium ini telah pun dirobohkan. 

6. Feethams Stadium 

Sebuah lagi venue yang digunakan oleh kelab amatur, Darlington FC. Sejak 1883 hingga 2003 stadium ini menjadi gelangggang kelab itu. Ada perancangan untuk menjadikan tapak stadium ini sebagai kawasan perumahan tetapi dihalang perjanjian 1903 yang hanya memperuntukkan padang ini untuk tujuan permainan kriket dan sukan kerana kawasan tanah itu dimiliki oleh Kelab Kriket Darlington yang telah wujud terlebih dahulu. 

7. Central Dynamo Stadium 

Menjadi gelanggang rasmi pasukan kebangsaan Soviet Union dan Dynamo Moscow. Kini telah pun dirobohkan  untuk memberi laluan kepada pembinaan VTB Arena. 

8. Stadion Za Luzankami 

Pernah menjadi stadium terbesar di era Czechoslovakia. Tetapi tidak menepati kriteria yang ditetapkan FIFA menyebabkan penyewa ketika itu, FC Zbrojovka Brno berpindah ke arena lain. Masih belum dirobohkan cuma terbiar ditumbuhi semak samun. 

9. Stadion Petrzalka 

Stadium yang terletak di Bratislava, Slovakia ini disewa oleh kelab kecil, FC Petrzalka. Disebabkan tidak menepati piawaian UEFA penyewa telah berpindah ke stadium lain. 

10. Stadium Maracana

Satu ketika menjadi gelanggang keramat pasukan La Selecao Brazil. Dibina semula untuk Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016, juga menjadi saksi kebankrapan Brazil dimana kerajaan negara itu tidak mempunyai wang untuk membayar pekerja sektor awam disebabkan dana negara banyak terbazir membina monumen yang mengikut jejak langkah Greece 2004 dan Beijing 2008. 

No comments:

Post a Comment