Tuesday 4 August 2015

Pelakon Kamen Rider Meninggal Dunia

Izumi Miyasaki 35, yang dikenali dengan watak Yuji Kiba dalam siri Kamen Rider 555 ( 2003 ) dilaporkan meninggal dunia hari ini. Punca kematiannya adalah penyakit ( tidak didedahkan ) yang telah lama dihidapi nya.

Dikenali dengan watak Yuji Kiba, seorang manusia yang sudah mati tetapi dihidupkan sebagai orphenoch ( separuh manusia separuh raksaksa ). Dia asalnya memusuhi manusia normal tetapi kemudiannya berkawan dengan manusia biasa dan hanya menggunakan kuasa orphenoch nya untuk menyelamatkan manusia.

Dalam siri Kamen Rider Faiz 555 itu dia bukan setakat berperanan sebagai orphenoch, hasil dari DNA orphenoch itu dia mampu memakai tali pinggang KR Kaixa dan Faiz tanpa masalah. Juga bertindak sebagai bidan terjun sebagai KR Faiz dikala Takumi Inui dalam krisis identiti.

Dalam filem Kamen Rider 555 : Paradise Lost, dia juga berperanan sebagai Kamen Rider Orga, iaitu KR antagonis selain KR Psyga.

sumber : klik untuk baca   



No comments:

Post a Comment