Thursday 13 August 2015

5 Pasukan Budak Baru Menyerlah Di EPL

Dalam sejarah EPL kebiasaanya pasukan-pasukan yang baru dinaik taraf dari liga Kejohanan sering menjadi pasukan belasahan dan jika terselamat untuk musim pertama, musim berikutnya pasti mereka tersingkir hinggakan ianya digelar " Second Season Syndrome ".  Disini 5 pasukan yang dinaik pangkat dari liga Kejohanan yang berjaya mengegar EPL. Senarai ini diambil bermula dari musim 1992/93 iaitu era bermulanya Barclays Premier League pada hari ini.

Agak memeranjatkan kerana ada pasukan yang sepatutnya layak dalam senarai ini tetapi tidak tercalon seperti Wigan Athletic dimana mereka menjadi naib juara piala liga musim 2005/06 & juara piala FA 2012/13, West Ham United pula menjadi naib juara piala FA 2005/06 musim pertama mereka di naik pangkat, Stoke City yang berjaya kekal selama 7 musim hingga kini dan layak ke final piala FA 2010/11, Portsmouth yang sempat memenangi piala FA 2007/08, Man City & Norwich pula mencatat rekod tersendiri apabila berjaya layak 2 musim berturut-turut iaitu dari League 1 layak ke Championship dan musim berikutnya layak ke EPL.


No comments:

Post a Comment