Sunday 16 August 2015

7 Keajaiban Tottenham Hotspurs & 5 Muka Baru

Pada 2013 selepas penjualan Gareth Bale sebanyak 86 juta pound ke Real Madrid, Spurs telah membelanjakan 100 juta pound untuk membawa masuk 7 orang pemain yang di atas kertas nya adalah mereka yang dijangka mampu membawa Spurs menduduki tempat 4 teratas atau pun sekurang-kurangnya memenangi 1 piala.

Paulinho, Christian Eriksen, Roberto Soldado, Nacer Chadli, Etienne Capoue, Vlad Chiriches and Erik Lamela

Read more: http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-3199429/Tottenham-Hotspur-s-five-new-signings-unveiled-White-Hart-Lane-fare-better-Bale-money-seven.html#ixzz3iw2LOvMM
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook


Malangnya kesemua " 7 Keajaiban " ini gagal memberi sebarang impak, lagi malang harga perpindahan mereka kesemuanya bernilai puluhan juta. Ini bukan kali pertama ia terjadi, 2007-08 Juande Ramos membawa masuk sejumlah pemain ke White Hart Lane seperti Heurelho Gomes, Luka Modric, Roman Pavluchenko, Jermaine Defoe, Vedran Corluka, David Bentley & Giovanni Dos Santos. Tapi mujurlah Harry Redknapp dibawa masuk dan berjaya menggunakan nama-nama ini sebaik yang boleh hingga menduduki tempat ke 4 musim 2009-2010.

Berbalik kepada " 7 Keajaiban " bernilai 100 juta itu, mereka tidak lah seteruk yang dijangka apabila menduduki tempat ke 6 liga, jatuh 1 anak tangga berbanding musim 2012-13 tetapi itu tetap dianggap gagal apabila pemain bernilai 25 juta seperti Roberto Soldado hanya menjaringkan gol menerusi penalti saja. Ini diibaratkan menukar sebuah Ferrari dengan 10 unit Toyota Vios.

2015-16 pula khalayak umum dikejutkan dengan pendedahan pemain baru Spurs untuk musim ini, dengan cara mirip 2013-14 iaitu para pemain dikumpulkan dalam 1 majlis bukan sidang media seperti biasa kita lihat. Bezanya kali ini pemain-pemain baru ini tidaklah terdiri daripada nama-nama besar, hanya Toby Alderweireld yang begitu dikenali sebagai prospek masa depan. Diharap nama-nama baru ini tidak menjadi bahan ketawa seperti pemain-pemain Spurs sebelum ini.

Kieran Trippier, Delle Alli, Clinton N'Jie, Toby Alderweireld and Kevin Wimmer

Read more: http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-3199429/Tottenham-Hotspur-s-five-new-signings-unveiled-White-Hart-Lane-fare-better-Bale-money-seven.html#ixzz3iw2XH0Wz
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook



No comments:

Post a Comment