Wednesday 1 January 2014

Thriller Filem Aksi Dari Negara-Negara Afrika Yang LOL

Tajuk-tajuk yang ada pada filem ini seakan-akan hebat dan ada watak-watak dalammm filem-filem ini ditiru berdasarkan watak ikon dalam filem barat seperti spiderman, terminator, matrix dan predator tetapi yang melucukan ialah CGI nya sungguh kelakar dan seakan tidak logik , angle kamera dalam filem ini yang tidak cantik kerana filem-filem ini bajet rendah dan sasaran penontonnya ialah penduduk di kawasan negara asal filem ini seperti Uganda, Ghana dan negara Afrika lainnya. Bersyukur lah kita di Malaysia masih mempunyai produser filem tempatan  yang masih mampu menghasilkan CGI yang bagus seperti KRU. 

OPERATION WEMBLAY

Tidak diketahui kenapa dipanggil operasi wemblay, adakah ingin meniru nama stadium Wembley di England ?? paling melucukan ialah darah dan kaca pecah yang dijana oleh computer graphic image dalam thriller ini sungguh laka laka


NKRATO

Kewujudan watak cyborg miri bebop ( watak  babi  hutan dari Teenage Mutant Ninja Turtle ) menjadi bahan penarik dan ketawa dalam filem ini.


GODFATHER

Tajuk filem seakan-akan filem yang menang academy award tetapi yang menarik dalam filem ini ialah ada watak hantu rangka  yang menghisap rokok, menyamar menjadi orang tua dan boleh memanah


 
KOMPILASI FILEM DARI PRODUKSI EMMANUEL ROCKSON

Dalam thriller ini mengandungi beberapa filem terbitan Rockson Emmanuel, karakter yang lol seperti terminator dan spiderman, juga ditambah dengan watak raksaksa jahat yang dihasilkan menggunakan CGI ala-ala zaman batu.



THE RETURN OF UNCLE BENON
Uncle Benon dalam filem ini agaknya seorang lelaki tua yang boleh merasuk ke dalam badan orang lain dan menjadikan orang itu kuat, di katakan filem yang penuh aksi oleh suara latar dalam thriller ini, yang pasti scene tembak menembak, ludah meludah dalam filem ini ialah aksi sebenar dan yang paling dinantikan ialah adegan pada minit 1.43 dalam thriller ini, sungguh ngeri hasil CGI itu



TEBAATUSASULA
Anda tidak perlu risau dengan masalah untuk mengeja dan menyebut dengan betul tajuk filem ini kerana suara latar dalam thriller ini akan mengulangi tajuk filem ini pada setiap saat hingga anda rasa menyampah pada tajuk filem ini. Ditambah dengan aksi sepak terajang tanpa henti dan scene tembak menembak yang sungguh "realistik", jangan ragu-ragu lagi untuk menonton kerana ini produksi filem no 1 di Uganda kata suara latar. Durasi pada 1.30 - 1.36 sungguh menakjubkan


OBONSAM BESU ( DEVIL MAY CRY / THE KILLER )

Tajuk filem ini tiada kaitan dengan permainan video Devil May Cry itu dan lembaga hitam dalam filem ini seakan-akan orang minyak. Begitu juga dengan filem The Killer yang diselitkan sekali, watak singa jadian dalam filem The Killer ini sungguh fail dan seakan-akan singa tak siap pun ada. Tukul melayang-layang dalam filem ini juga mungkin cuba meniru konsep Tukul milik Thor


12.00

Robot hitam legam + separuh siap dalam filem ini seakan-akan robocop dan adegan me elastikkan diri dari mengelak torpedo robot hitam dalam thriller ini yang paling dikagumi kerana dibuat tanpa bantuan krew.



2016

Filem yang mempertemukan Terminator dan Predator, tinggi sungguh imaginasi pihak produksi dari Ghana ini dan adegan paling mencuit hati ialah bila predator menendang seorang budak kecil



WHO KILLED CAPTAIN ALEX ??

Siapa kapten Alex ?? masih menjadi misteri. Tetapi apabila mendengar suara latar dalam thriller dibawah ini sudah cukup untuk membuat kita ketawa dengan suara budak-budak yang digunakan dan AYAAYAYAYYA yang disebut banyak kali.


No comments:

Post a Comment